Menanti Titah Yang Dipertuan Agong


SUSUPAN PAGI

Raja Abdullah Ri'ayatuddin
Al Mustafa Billah ShahPAGI ini dijangka Anwar Ibrahim akan menghadap Yang diPertuan Agong untuk mempersembahkan jumlah kerusi yang menyokongnya bagi dinobat sebagai perdana menteri. Beliau akan membawa nama-nama atau 82 kerusi yang diperolehi PH. Bersama itu Zahid Hamidi juga akan hadir sama untuk menyatakan sokongan daripada Umno (BN) berjumlah 30 kerusi bagi mengenapkan jumlah diperlukan 112 kerusi. Maklumat terkini katanya Zahid dan Anwar akan berada di suatu tempat untuk bergerak ke Istana Negara secara serentak. 
Dengan sokongan BN itu Anwar mempunyai sokongan mencukupi 112 kerusi. 
Persoalan kini, timbul pula berita boleh mengganggu jiwa apabila 20 daripada 30 ahli parlimen Umno itu tidak menyatakan persetujuan dengan keputusan Zahid itu membawa BN menyokong PH itu. Ada individu tertentu telah mengeluarkan kenyataan bercanggah atau menentang Zahid. Sebagai tindakan penentangan itu dikatakan mereka telah membuat SD mengatakan sokongan kepada Mahiaddin Yassin.
Apakah pengakuan Mahiaddin yang beliau memiliki SD datangnya daripada kumpulan 20 ahli parlimen Umno itu? Tindakan atau sikap diambil kumpulan 20 itu bertentangan dengan semangat dan aspirasi parti. Mereka akan dituduh sebagai pengkhianat kerana tidak akur dan setia kepada parti. 
Dalam situasi getir begini sesuatu yang malang apabila saki baki pengkhianat dalam kejadian kudeta di Sheraton masih wujud. 
Mahiaddin Yassin yang mendapat sokongan daripada GPS dan GRS mendakwa beliau juga telah mendapat cukup kerusi, apabila ada sokongan daripada 20 ahli parlimen Umno berupa saki baki atau keturunan pengkhianat Sherton tersebut. 
Persoalanya apakah SD dibuat oleh 20 orang ahli parlimen Umno valid atau sahih, kerana sebelum ini mereka telah pun membuat aku janji dan memberi mandat kepada Zahid selaku presiden parti menentukan apa-apa keputusan dan arah tuju parti sekiranya BN tidak mendapat kerusi mencukupi.
Realitinya, Umno jauh daripada mendapat kerusi mencukupi apabila hanya menang 30 kerusi sahaja. 
Katanya aku janji itu dibuat atau ditanda tangani oleh semua ahli parlimen Umno itu, semasa menerima watikah untuk bertanding daripada Zahid. Ketika itu semua calon-calon Umno diminta berbuat demikian, kecuali Tengku Razaleigh Hamzah seorang?
Ada bayangan aku janji itu tidak valid atau diterima sebagai sokongan mutlak daripada ahli parlimen daripada Umno itu, apabila tiba-tiba Speaker Azhar Harun diuar-uarkan katanya telah meminta semua ahli parlimen membuat SD kononnya untuk mengesahkan sokongan mereka. Untuk apa lagi SD daripada ahli parlimen Umno jika aku janji yang dibuat itu akan diterima pakai. 
Dan wajarkah serta berhakkah Azhar membuat arahan itu sedang ahli parlimen termasuk daripada Umno itu masih belum mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Selagi mereka tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, bermakna mereka bukan berada dalam "peremis" speaker? Lantaran itu tidak perlu dan kena dengan tindakan Azhar itu bertindak diluar bidang kuasanya.  
Apakah dalam menentukan kesahihan sokongan ini, Yang diPertuan Agong akan mengulangi amalan sebelum ini dimana baginda akan menemui dan bersemuka dengan setiap orang wakil rakyat bagi menyata dan membuktikan sokongan? Apakah akan berlaku sekali lagi upcara dan "pesta" menghadap sebegitu seperti tahun lepas? 
Sekiranya keadaan itu berlaku ini bererti aku janji yang diberikan oleh 30 ahli parlimen Umno kepada Zahid itu tidak diterima pakai. Sekiranya upacara menghadap seakan-akan pesta itu berulang kembali ia memberi gambaran keputusan dibuat rakyat menerusi pilihan raya tidak memberi apa-apa makna. 
Cara dan perilaku itu seolah-olah tidak menghormati keputusan rakyat. Ini menggambarkan sebarang kemelut membabitkan perebutan kuasa tidak dapat diatasi dengan mengadakan pilihan raya sebaliknya perlu ditindakkan dengan kebijaksaan dan kehemahan kuasa.
Padahal semangat dan tujuan diadakan pilihan raya bagi memulangkan mandat kepada rakyat untuk ditentukan, tetapi kalau urusan penobatan seorang perdana menteri akhirnya diminta dibuat atau ditentukan oleh ahli parlimen yang diselubungi dengan pelbagai kepentingan, tanpa berladaskan aspirasi rakyat, ia seakan-akan tidak membawa apa-apa makna dan keperluan mengadakan pilihan raya. 
Jika ini terjadi sesuatu yang parah akan berlaku. Anwar Ibrahim sudah pasti menghadapi kemungkinan tidak mendapat perkenan untuk untuk dinobatkan sebagai perdana menteri kerana tidak mencukupi sokongan. Hakikat Anwar mempunyai jumlah kerusi terbayak 82 kerusi berbanding dengan tempat kedua PN 73 kerusi, tidak terpakai dan dipedulikan langsung.
Natijah daripada kemalangan ini nanti menjadikan rakyat sebak, kecewa, marah dan dukacita. Gumpulan dan bauran perasaan itu semua menjadikan kerajaan yang dibentuk oleh perdana menteri selain daripada Anwar nanti selepas usai Piraum ia merupakan kerajaan yang tidak didokongi oleh rakyat secara mutlak.
Keadaan itulah menyebabkan ada sesetengah rakyat merasakan mereka ditipu secara hidup-hidup dan kuasa mereka tidak membawa apa-apa signifikan dalam pembentukan kerajaan nanti. Raja Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu mempertimbang dan memperhatikan perkara ini sedalam-dalamnya. Kita tidak mahu sejarah sedih, duka dan hitam negara senarainya menjadi kian panjang. Menanti titah Yang diPertuan Agong. [wm.kl. 7:51 am 21/11/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/menanti-limpahan-kebijaksanaan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah 30 Mp Bn Datang Mengadap Yang Datang Cuma 3

Agong Titah 30 Mp Bn Datang Mengadap Yang Datang Cuma 3

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 82 hits
agendaily com22 11 2022Hanya tiga pimpinan tertinggi Barisan Nasional datang mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Seti...
Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 473 hits
Agong titah tubuh kerajaan perpaduan Anwar tiada masalah tetapi Muhyiddin tak setujuSelesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi Pengerusi Pakatan Harapan Anwar ...
Bn Seolah Ingkar Titah Agong

Bn Seolah Ingkar Titah Agong

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 97 hits
ismaweb net0 1 minute read Ada sesuatu tak kena di pihak BN bukan Istana Negara BANGI 28 Rabiulakhir 1444H Rabu Permohonan Barisan Nasional menangguhkan sembah menghadap Yang Di Pertuan Agong dilihat sebagai perbuatan ingkar dan menunjukkan...
Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 299 hits
Malaysiakini Yang di Pertuan Agong bertitah perkenan untuk ketua ketua gabungan Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4 30 ini di Istana Negara Menerusi kenyataan daripada Datuk Pengelola B...
Pertemuan Mahiaddin Dengan Bn Di St Regis Tindakan Cuba Permainkan Titah Agong

Pertemuan Mahiaddin Dengan Bn Di St Regis Tindakan Cuba Permainkan Titah Agong

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 78 hits
Selepas tengahari tadi Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan berkenaan titah Yang Dipertuan Agong agar 30 Ahli Parlimen BN menyertai pembentukan kerajaan perpaduan Titah itu disampaikan ketika Ahmad Zahid mengadap baginda bersama Tim...
Annuar Dedah Konspirasi Terancang Cubaan Kelirukan Agong Gagal

Annuar Dedah Konspirasi Terancang Cubaan Kelirukan Agong Gagal

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 90 hits
agendaily com22 11 2022Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata proses pemilihan Perdana Menteri kesepuluh ...
Bn Mesyuarat Lagi Malam Ini Sebelum Hadap Agong Esok

Bn Mesyuarat Lagi Malam Ini Sebelum Hadap Agong Esok

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 131 hits
freemalaysiatoday com November 22 2022 8 57 PMBendahari Agung BN Hishammuddin Hussein tiba di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini KUALA LUMPUR Pemimpin Barisan Nasional tiba di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia un...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Ultimate Guide To Ghibli Park

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru