Bn Seolah Ingkar Titah Agong


ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe
0 1 minute read
'Ada sesuatu tak kena di pihak BN, bukan Istana Negara'
BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Permohonan Barisan Nasional (BN) menangguhkan sembah menghadap Yang Di-Pertuan Agong dilihat sebagai perbuatan ingkar dan menunjukkan ada ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya dalam parti itu.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, BN tidak sepatutnya menyulitkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan tugas.

Dakwanya, percubaan menghalang titah yang telah dikeluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menyempurnakan tugas baginda.

“Sewajarnya BN lebih terbuka dan telus dengan orang ramai kerana ini adalah perkara menyentuh kepentingan ramai.

“Kini jelas ada sesuatu yang tidak kena dipihak BN dan bukannya Istana Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pemimpin utama BN, khususnya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan daripada MIC, MCA serta sejumlah besar ahli Parlimen BN telah secara terbuka menyatakan penolakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk mempertahankan dasar parti.

“Ini menjadi bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah gagal mendapat cukup bilangan kerana beliau memerlukan sekurang-kurangnya 27 daripada 30 MP BN.

“Terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah menghadap, kerana jika itu berlaku sudah pasti rancangan dan komplot murid dan guru akan gagal,” katanya.

Menurut Annuar, penangguhan itu jika diperkenankan akan meletak baginda dalam keadaan serba salah dan mungkin dituduh bekerjasama dengan satu pihak tertentu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong hanya mahu kemelut ini disempurnakan dengan baik serta berperlembagaan.

“Ini bakal mendedahkan Istana Negara kepada pelbagai tuduhan yang tidak wajar. BN perlu telus dengan memberi perkembangan perkara sebenar.

“Hal ini juga meletakkan BN sebagaie parti yang dilihat berterusan menimbulkan masalah kepada rakyat, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

“Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat. Semuanya berpunca dari satu orang. Parti menanggung akibat. Belum cukupkah lagi kerosakan yang telah dibawa kepada parti ini?,” soalnya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/bn-seolah-ingkar-titah-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

Agong Titah Anwar Muhyiddin Menghadap Jam 4 30 Petang

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 417 hits
Malaysiakini Yang di Pertuan Agong bertitah perkenan untuk ketua ketua gabungan Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4 30 ini di Istana Negara Menerusi kenyataan daripada Datuk Pengelola B...
Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

Agong Titah Tubuh Kerajaan Perpaduan Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tak Setuju

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 601 hits
Agong titah tubuh kerajaan perpaduan Anwar tiada masalah tetapi Muhyiddin tak setujuSelesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi Pengerusi Pakatan Harapan Anwar ...
Menanti Titah Yang Dipertuan Agong

Menanti Titah Yang Dipertuan Agong

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 217 hits
SUSUPAN PAGIRaja Abdullah Ri ayatuddinAl Mustafa Billah ShahPAGI ini dijangka Anwar Ibrahim akan menghadap Yang diPertuan Agong untuk mempersembahkan jumlah kerusi yang menyokongnya bagi dinobat sebagai perdana menteri Beliau akan membawa n...
Agong Titah 30 Mp Bn Datang Mengadap Yang Datang Cuma 3

Agong Titah 30 Mp Bn Datang Mengadap Yang Datang Cuma 3

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 186 hits
agendaily com22 11 2022Hanya tiga pimpinan tertinggi Barisan Nasional datang mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Seti...
Pertemuan Mahiaddin Dengan Bn Di St Regis Tindakan Cuba Permainkan Titah Agong

Pertemuan Mahiaddin Dengan Bn Di St Regis Tindakan Cuba Permainkan Titah Agong

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 230 hits
Selepas tengahari tadi Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan berkenaan titah Yang Dipertuan Agong agar 30 Ahli Parlimen BN menyertai pembentukan kerajaan perpaduan Titah itu disampaikan ketika Ahmad Zahid mengadap baginda bersama Tim...
Tiada Keputusan Lantikan Pm Tunggu Jawapan Agong Kata Anwar

Tiada Keputusan Lantikan Pm Tunggu Jawapan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 247 hits
freemalaysiatoday com November 22 2022 6 09 PMPETALING JAYA Tiada keputusan rasmi setakat ini berhubung pelantikan perdana menteri ke 10 kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Beliau berkata segala keputusan akan diserahkan kepada hem...
Annuar Dedah Konspirasi Terancang Cubaan Kelirukan Agong Gagal

Annuar Dedah Konspirasi Terancang Cubaan Kelirukan Agong Gagal

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 167 hits
agendaily com22 11 2022Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa Veteran UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata proses pemilihan Perdana Menteri kesepuluh ...
Bn Mohon Penangguhan Pertemuan Ahli Parlimennya Dengan Agong

Bn Mohon Penangguhan Pertemuan Ahli Parlimennya Dengan Agong

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 23 November 8211 Barisan Nasional sudah mempersembahkan permohonan menangguhkan pertemuan bersama Yang di Pertuan Agong yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 10 pagi esok kata Setiausaha Agung MCA Datuk Chong S...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan