Menanti Duit Raya Anwar


 

Pada Rabu, dalam suasana masih berhari raya, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan bermesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang lebih 16 bulan selepas kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim mengambil alih pentadbiran di Putrajaya pasca PRU15.
Blok pembangkang yang diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tentunya ternanti-nantikan pengumuman ‘duit raya’ oleh perdana menteri walaupun ia tidak dijangka dibuat sejurus selesai mesyuarat berkenaan. Namun, sekurang-kurangnya mereka harus berasakan pengumuman peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang yang sekian lama ditunggu tidak akan berlanjutan terlalu lama lagi.
Seperti dibayangkan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof kelmarin, mesyuarat lusa akan membincangkan apa yang dihasratkan pembangkang dan keputusan akan dibuat berkaitan jumlah peruntukan yang akan disalurkan. Pada tahap ini sudah ada perkembangan positif selepas isu itu kerap dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat yang menyaksikan perdebatan hangat tanpa sebarang bayangan ia hampir menuju kepada penyelesaian sehinggalah satu perjumpaan yang dipengerusikan oleh Fadillah di Parlimen pada 19 Mac lalu.
Dengan Fadillah di kerusi pengerusi bersama Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee, kemesraan yang dipertontonkan dalam sekeping foto yang tular nampak bukan dibuat-buat.
Berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri di Parlimen dan topik perbincangan pula berkait peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang yang selama ini berbahang dan membara, mana mungkin Fadillah meleretkan senyuman, begitu juga Hamzah dan Kiandee, sambil Takiyuddin lebih tertumpu kepada kertas notanya jika tiada rasa hormat dan persefahaman sesama mereka.
Sebaliknya suasana yang menyusul di luar bilik perjumpaan itu pula jauh berlawanan apabila keadaannya gegak-gempita dengan pertelingkahan, cuma pelakunya sama-sekali berbeza hingga timbulnya tuduh-menuduh dan bermacam-macam sangkaan.
Ceritanya bermula begini. Pada 21 Mac, Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu memaklumkan di Dewan Rakyat yang pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Dalam menimbulkan saspens terhadap plot ceritanya, Ahli Parlimen Larut itu tidak memberi banyak huraian mengenai perkara itu kecuali timbul desas-desus konon perdana menteri menerusi “wakilnya yang berpangkat tinggi dalam negara” sudah menyerahkan draf dokumen perjanjian berkaitan agihan peruntukan untuk pembangkang kepada setiausaha agung Bersatu itu.
Menyangkalnya ketika itu, Fadillah dalam satu kenyataan pada 24 Mac menegaskan tidak timbul draf perjanjian baharu itu seperti yang didakwa. Pertemuan di Parlimen 19 Mac lalu, tambahnya, hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi atau pun diterima.
Paling lantang menyanggah Fadillah selepas itu ialah Wan Ahmad Fayhsal, seolah-olah timbalan perdana menteri tidak bercakap benar dan mahu menyembunyikan sesuatu. Pada pengetahuannya, pembangkang ada menerima draf perjanjian peruntukan Ahli Parlimen pembangkang daripada kerajaan.
“Kami tidak berbohong, ini fakta. Ketua whip boleh sahkan, beliau lebih terbabit secara langsung,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Takiyuddin di Parlimen pada 25 Mac.
Kritikan Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari yang mendakwa tiada apa-apa perjanjian atau perbincangan mendalam mengenai perjanjian dengan pembangkang, malah pembangkang didakwanya mula ‘menjual’ cerita yang tidak sahih dan menyifatkan mereka sinonim dengan berita palsu, Wan Ahmad Fayhsal bertambah berang.
“Bukan semua benda PMX nak cerita dengan kamu macam dia buat ‘deal’ dengan Bagan Datuk dulu. Memanglah timbalan perdana menteri dan kamu tak tahu. Bukan ‘fake news’,” katanya dalam satu hantaran di platform X.
Mahu mengeyakan hujah rakannya itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid menyatakan Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam “draf tawaran perjanjian baharu” itu — jumlah sama pernah disalurkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pasca PRU14. Jumlah itu, katanya, wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM300,000 setahun bagi perbelanjaan pengurusan pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen.
Sekali lagi Fadillah tampil mempersoalkan kesahihannya. “Adakah Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?” soal Fadillah. “Jika belum, mintalah ‘draf’ itu daripada ketua pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak.”
Melanjutkan perdebatan mengenai perkara itu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil bukan sekadar menafikan wujudnya draf perjanjian seperti didakwa, malah turut menyindir Wan Ahmad Fayhsal sebagai mungkin mencetak draf perjanjiannya sendiri. Ini merujuk kepada Ahli Parlimen Machang itu ketika menganggotai pentadbiran PN pada November 2020 yang melontarkan ‘teori cetak duit’ dan pengampunan hutang bagi mengatasi isu ekonomi, yang dijelaskan beliau kemudian telah diputar-belitkan, namun terus dipersendakan.
Lama membisu dan membiarkan ramai berteka-teki mengenai “kekalutan” itu, Hamzah tampil memberi pencerahan dalam satu temu bual dengan FMT yang laporannya tersiar 6 Apr lalu. Ketua pembangkang mengesahkan menerima cadangan draf perjanjian berhubung isu peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang melalui seorang yang mewakili individu “berpangkat tinggi” dalam negara.
“Draf ini pernah saya terima daripada individu yang diwakilkan oleh seseorang tetapi saya tidak mahu timbulkan polemik yang lebih besar kerana nanti membabitkan seseorang yang tinggi pangkatnya dalam negara kita,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya kini menunggu kerajaan mengemukakan cadangan rasmi berhubung peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang sebanyak kira-kira RM3.8 juta setahun.
Barangkali apa yang menimbulkan persoalan ialah kenyataan Fadillah Sabtu lalu yang mengulangi keraguannya mengenai kewujudan draf perjanjian berkenaan.
“Saya sendiri pun tidak tahu (mengenai perjanjian dikata dikemukakan wakil perdana menteri). Saya dapatkan pengesahan daripada perdana menteri dan beliau juga kata tidak ada,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Petra Jaya di Kuching.
Dengan pencerahan yang dibuat Hamzah, kita tidak berniat untuk mempertikaikannya, tidak juga mahu menyoal siapa individu “berpangkat tinggi” dalam negara yang dimaksudkannya, tambahan ia sudah sampai ke peringkat mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan membuat ketetapan kesudahannya.
Dalam suasana masih berhari raya yang menuntut bermaaf-maafan, ini kesempatan terbaik untuk Anwar menghulurkan ‘duit raya’ kepada Ahli Parlimen pembangkang yang manfaatnya akan sampai kepada rakyat yang diwakili mereka. Ia bakal menjadi penamat terbaik kepada satu pertikaian yang sudah terlalu lama berlarutan untuk kerajaan perpaduan memfokus kepada isu-isu lain yang menuntut penyelesaian. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/menanti-duit-raya-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Raya U Turn Is Anwar Bending Backwards To Pander To Civil Servants And At What Cost

Duit Raya U Turn Is Anwar Bending Backwards To Pander To Civil Servants And At What Cost

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 260 hits
Didn t Anwar earlier claim that the government has to be more prudent in spending due to the excesses of the previous governments IT is no secret that the unity government s Achilles heel is its fledgling support from the Malays which forms...
Nube Takes 3 Unions To Task For Siding With Hr Minister On Duit Raya For Bank Employees

Nube Takes 3 Unions To Task For Siding With Hr Minister On Duit Raya For Bank Employees

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 263 hits
KL 7 April Four months into the job Human Resources Minister Steven Sim has already incurred the wrath of NUBE The trade union is upset with Sim for going behind its back NUBE was demanding a month s salary in duit raya for its 20 000 membe...
Rekaan Sampul Duit Raya Tempatan 2024 Rebut Cepat Sebelum Terlambat

Rekaan Sampul Duit Raya Tempatan 2024 Rebut Cepat Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 264 hits
Koleksi sampul duit raya daripada jenama di Malaysia Nak bagi duit raya tak akan nak bagi begitu sahaja Kenalah ada sampul raya baru cantik sikit Betul tak jadi jom kita selongkar antara koleksi sampul duit 2024 Ayam Gepuk Top GlobalPos Mal...
Haram Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang

Haram Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 247 hits
Bagaimana Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang Kebiasaan umat islam di Malaysia apabila tibanya hari raya bermulalah tradisi beri duit raya sebagai tanda sedekah dan hadiah terutama kepada golongan kanak kanak Namun persoalan pula t...
30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 415 hits
Rekaan sampul duit raya daripada Bank 2024 Nak bagi duit raya tak akan nak bagi begitu sahaja Kenalah ada sampul raya baru cantik sikit Betul tak Nak tukar duit baru kenalah pegi tukar di bank jadi jom kita selongkar antara koleksi sampul d...
Khairul Aming Buat Hal Selamba Bagi Duit Raya Qr Code Setiap Netizen Yang Komen

Khairul Aming Buat Hal Selamba Bagi Duit Raya Qr Code Setiap Netizen Yang Komen

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 316 hits
Dia sebelum itu meminta para pengikutnya di laman Twitter untuk berkongsi kod QR akaun bank mereka sebelum beliau berkongsi rezeki Dalam satu ciapan yang dimuat naik semalam Khairuaming berkata Duit raya tak pecah lagi Sampul raya tak beli ...
How Malaysian Is Duit Raya

How Malaysian Is Duit Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 347 hits
Hari Raya Aidilfitri gifts cash or otherwise are a common tradition in many Muslim communities worldwide PETALING JAYA With Hari Raya Aidilfitri being celebrated now children have begun to debate who will collect the most duit raya this yea...
Wanita Menyetrika Duit Rm20 Lama Untuk Digunakan Sebagai Duit Raya

Wanita Menyetrika Duit Rm20 Lama Untuk Digunakan Sebagai Duit Raya

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 281 hits
SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri kepada semua dan tahu apa maksudnya duit Raya Sementara ramai rakyat Malaysia berusaha mencari wang kertas baru untuk berikan kepada anak anak mereka untuk Raya satu wanita telah memberikan penyelesaian pintar u...
Tukar Duit Raya

Tukar Duit Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari Khamis dua hari yang lepas selesai proses pertukaran duit raya alhamdulillah dapat juga tukar duit raya baru Ada juga di beberapa bank tukar tapi dapat duit recycle Seawal 10 00 pagi CCL dan kawan pe...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara