Haram Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang


Bagaimana Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang? Kebiasaan umat islam di Malaysia apabila tibanya hari raya bermulalah tradisi beri duit raya sebagai tanda sedekah dan hadiah terutama kepada golongan kanak-kanak. Namun persoalan pula timbul, apakah hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang? Adakah ia dibolehkan dalam islam dan bagaimana pula dengan keadaan orang yang berhutang?
Melihatkan keadaan ini, masih belum menjadi perdebatan ramai dan ramai yang terlepas pandang berkenaan hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang. Walaubagaimanapun, hutang tetap hutang dan wajib dilunaskn oleh mereka yang berhutang walaupun nilainya kecil. Pembaca boleh ikuti perkongsian lengkap berkenaan hutang dan apakah hukum beri duit raya tapi tiak bayar hutang.
Berkenaan Hutang Dalam Islam dan Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang Apa Itu Hutang? Hutang atau dalam bahasa arabnya “al-qard” adalah bermaksud penyerahan sesuatu bentuk barang atau harta daripada pemiutang(Pemberi hutang) kepada penghutang(Penerima hutang) dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilainya dengan perkara yang akan digantikan semula kepada pemilik asal tanpa apa-apa bentuk penambahan. Contohnya, pinjam seratus dibayar seratus.
Apa Hukum Bayar Hutang? Orang yang berhutang adalah wajib untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa perkara atau apa-apa bentuk tambahan terhadap harta yang dipinjam itu. Perkara ini telah dijelaskan bahawa hutang wajib dibayar berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
Yang bermaksud: “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.”
(Surah al-Baqarah ayat 183) Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang Berkenaan beri duit raya tapi tidak bayar hutang, duit raya dapat dikelaskan sebagai ‘sedekah’. Duit raya adalah merupakan jumlah duit yang seseorang itu boleh berikan kepada si penerima. Dalam konteks memahami perbincangan mengenai hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang, kita boleh faham dalam konteks sedekah seperti mana yang dibincangkan oleh Buya Yahya.
Bertanyakan soalan kepada Buya Yahya, Penceramah Indonesia berkenaan hutang dengan mengatakan dia tidak mampu untuk membayar hutang dan mengambil keputusan untuk memberi sedekah dengan tujuan untuk mohon Allah permudah urusan dia bayar hutang.
Buya Yahya menjawab bahawa seseorang itu apabila melakukan amalan perlu mengetahui ilmu sebagai panduan. Buya mengatakan bahawa hutang adalah wajib dibayar dan pahala bayar hutang adalah lebih besar daripada memberi sedekah berdasarkan kenyataannya mengukur atas kewajipan membayar hutang.
2 Situasi Bayar Hutang Apabila Si Penghutang Ingin Bersedekah Semasa perbincangan tersebut, Buya Yahya membawa dua situasi yang mana keadaan haram dan harus jika seseorang yang berniat untuk bersedekah namun masih berhutang seperti berikut:
1.Hukum Haram Sedekah Jika Hutang yang Sudah Jatuh Tempoh
Wajib bayar hutang yang sudah jatuh tempoh untuk bayaran bagi si penghutang kerana membayar hutang itu lebih wajib berbanding sedekah yang sunat. Kalau seseorang itu sengaja melambat-lambatkan bayaran hutang yang telah dipersetujui untuk membayar, maka hukumnya adalah haram dan dihukum berdosa.
Selagi mana belum jatuh tempoh hutang adalah dibolehkan seseorang itu untuk sedekah menurut Buya Yahya. Walaubagaimanapun, adalah lebih afdhal untuk penghutang menjelaskan bayaran hutang kepada pemiutang.
2. Hukum Harus Sedekah Jika Hutang Sudah Jatuh Tempoh
Ada keadaan yang Buya Yahya katakan bahawa penghutang dibolehkan untuk bersedekah dengan syarat meminta izin daripada pemiutang. Sekiranya mendapat keizinan daripada pemiutang maka pemberi hutang boleh melakuka sedekah. Namun, haram dan wajib bayar hutang sekiranya diminta oleh pemiutang apabila tempoh bayar hutang tiba.
Dalam situasi ini, Buya Yahya juga menegaskan bahawa tiada yang lebih utama daripada sedekah sekiranya diyakini lebih baik bersedekah berbanding membayar hutang. Ini adalah salah jika diyakini sedemikian, kerana perkara wajib adalah perlu diutamakan daripada perkara yang sunat dilakukan.
Kesimpulan Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang Berdasarkan penjelasan Buya Yahya mengenai keharusan sedekah bagi orang berhutang dan telah sampai tempoh, maka dapat dinyatakan bahawa hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang yang jelas sampai tempohnya adalah haram dan berdosa. Bukanlah menghalang daripada bersedekah, namun kewajipan muslim itu sendiri adalah menyelesaikan hak muslim yang lain yakni pemiutang.
Seperti pendapat nabi berkenaan larangan melambat-lambatkan membayar hutang tetapi dia mampu adalah dihukum sebagai seorang zalim. Selesaikanlah kewajipan kita sesama muslim kerana ia adalah tuntutan yang lebih utama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/hukum-beri-duit-raya-tapi-tidak-bayar-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Aku Tinggi Sampai Susah Dapat Bantuan Tapi Orang Tak Tahu Duit Habis Bayar Hutang Suami

Gaji Aku Tinggi Sampai Susah Dapat Bantuan Tapi Orang Tak Tahu Duit Habis Bayar Hutang Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 167 hits
Dalam perkahwinan suami perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan keluarga dan bukan letak pada satu pihak sahaja Jika isteri bekerja maka ringankanlah beban isteri di rumah dan jangan jadi biawak hidup seperti suami wanita in...
Ayah Kaki Hutang Duit Kwsp Rm120k Bayar Hutang Je Lepas Ayah Meninggal Datang Lelaki Mengaku Kawan Ayah

Ayah Kaki Hutang Duit Kwsp Rm120k Bayar Hutang Je Lepas Ayah Meninggal Datang Lelaki Mengaku Kawan Ayah

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 186 hits
Sehinggalah selepas berbelas tahun ayah meninggaI datang seorang lelaki mengaku kawan ayah Dia bagi kami duit 180k dia bagitahu yang Assalamualaikum Saya harap confession ni boleh bagi sedikit semangat kepada orang yang sedang rasa gagal da...
Nube Takes 3 Unions To Task For Siding With Hr Minister On Duit Raya For Bank Employees

Nube Takes 3 Unions To Task For Siding With Hr Minister On Duit Raya For Bank Employees

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 205 hits
KL 7 April Four months into the job Human Resources Minister Steven Sim has already incurred the wrath of NUBE The trade union is upset with Sim for going behind its back NUBE was demanding a month s salary in duit raya for its 20 000 membe...
Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 208 hits
Sham Ghaz Kerajaan Madani bagi Terengganu RM276 3 juta dan Kelantan dapat RM58 6 juta antaranya untuk Kerajaan Negeri bayar gaji kakitangan Bulan 4 dah habis duit dah Kerajaan Negeri
Rekaan Sampul Duit Raya Tempatan 2024 Rebut Cepat Sebelum Terlambat

Rekaan Sampul Duit Raya Tempatan 2024 Rebut Cepat Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 228 hits
Koleksi sampul duit raya daripada jenama di Malaysia Nak bagi duit raya tak akan nak bagi begitu sahaja Kenalah ada sampul raya baru cantik sikit Betul tak jadi jom kita selongkar antara koleksi sampul duit 2024 Ayam Gepuk Top GlobalPos Mal...
Tukar Duit Raya

Tukar Duit Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari Khamis dua hari yang lepas selesai proses pertukaran duit raya alhamdulillah dapat juga tukar duit raya baru Ada juga di beberapa bank tukar tapi dapat duit recycle Seawal 10 00 pagi CCL dan kawan pe...
30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 377 hits
Rekaan sampul duit raya daripada Bank 2024 Nak bagi duit raya tak akan nak bagi begitu sahaja Kenalah ada sampul raya baru cantik sikit Betul tak Nak tukar duit baru kenalah pegi tukar di bank jadi jom kita selongkar antara koleksi sampul d...
Jangan Menghakimi Jumlah Duit Raya Yang Diterima

Jangan Menghakimi Jumlah Duit Raya Yang Diterima

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 216 hits
Duit raya duit yang diberikan semasa Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang ramai daripada kita nantikan Tetapi mudah untuk tidak menghargai kegembiraan menerima duit Raya apabila kita terlalu kisah tentang jumlahnya Jabatan Mufti Negeri ...
Khairul Aming Buat Hal Selamba Bagi Duit Raya Qr Code Setiap Netizen Yang Komen

Khairul Aming Buat Hal Selamba Bagi Duit Raya Qr Code Setiap Netizen Yang Komen

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 215 hits
Dia sebelum itu meminta para pengikutnya di laman Twitter untuk berkongsi kod QR akaun bank mereka sebelum beliau berkongsi rezeki Dalam satu ciapan yang dimuat naik semalam Khairuaming berkata Duit raya tak pecah lagi Sampul raya tak beli ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa