Menangis Bukan Sebab Jenis Kuat Meragam Itu Cara Bayi Ekspres Apa Dia Mahu


Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum boleh bercakap, menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Artikel Menarik: [Bayi Tak Sedap Perut, Asyik Meragam. Rupanya Minum Dari Botol Yang Rosak]
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa. Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus. Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya. Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk. Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu. Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
Artikel Menarik: [Kerap Betul Si Kecil Demam. Mama Kena Cari Punca Untuk Elak Penyakit Berulang]
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
Artikel Menarik: [Mahal Macam Mana Pun Botol Susu, Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali]
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
The post Menangis Bukan Sebab Jenis Kuat Meragam. Itu Cara Bayi Ekspres Apa Dia Mahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menangis-bukan-sebab-jenis-kuat-meragam-itu-cara-bayi-ekspres-apa-dia-mahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 270 hits
Dalam tempoh membesar anak anak mungkin banyak buat perangai Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak Jangan dibentak atau dimarahi apatah l...
Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 397 hits
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu ibubapa sepertinya turut sama...
13 Tafsir Mimpi Bayi Menangis Tidur Menyusu Dan Lain Lain Menurut Pandangan Islam Dan Kepercayaan Masyarakat

13 Tafsir Mimpi Bayi Menangis Tidur Menyusu Dan Lain Lain Menurut Pandangan Islam Dan Kepercayaan Masyarakat

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 863 hits
10 Tafsir Mimpi Bayi Menangis Tidur Menyusu Dan Lain Lain Menurut Pandangan Islam Dan Kepercayaan Masyarakat Mimpi bayi yang comel mesti seronokkan Tapi jauh di lubuk hati tentu ada rasa ingin tahu akan maksud untuk mimpi tersebut Walaupun ...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 640 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Tenangkan Bayi Menangis Malam Tanpa Sebab Baca Surah Ini Hembus Di Ubun Ubun

Tenangkan Bayi Menangis Malam Tanpa Sebab Baca Surah Ini Hembus Di Ubun Ubun

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 374 hits
Ramai ibu mengadu kadang kadang rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas sedangkan baru je lepas menyusu atau tukar lampin Nak kata kembung perut semua ok Mungkin bagi yang baru bergelar ibu tak tahu nak buat apa kerana tiada...
Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 456 hits
Ibu yang mempunyai darah jenis O mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir Bagi memahami kenapa perkara ini berlaku kita kena faham kenapa ada blood grouping system Seperti yang kita tahu ...
9 Jenis Migrain Yang Harus Diketahui Dan Cara Mengatasinya

9 Jenis Migrain Yang Harus Diketahui Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 197 hits
Jangan anggap sepele migrain karena beda jenis migrain beda pula cara mengatasinya Berikut merupakan beberapa jenis migrain yang harus anda ketahui dan cara mengatasinya
Anak Yang Setiap Menangis Sejak Bayi Diberi Susu Botol 9762

Anak Yang Setiap Menangis Sejak Bayi Diberi Susu Botol 9762

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 370 hits
ObesitasTimbulnya Obesitas dipengaruhi berbagai faktor di antaranya faktor keturunan dan lingkungan Tentu saja faktor utama adalah asupan energi yang tidak sesuai dengan penggunaan Menurut Aven Hen obesitas sering ditemui pada anak anak seb...
Malulah Menangis Kesan Buruk Halang Anak Lelaki Menangis Tangisan Itu Satu Bentuk Komunikasi

Malulah Menangis Kesan Buruk Halang Anak Lelaki Menangis Tangisan Itu Satu Bentuk Komunikasi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 317 hits
Adakah anda biasa mendengar kata kata ini Bagi anda yang lelaki anda biasa mendengarnya terutama semasa kecil Sebenarnya ini adalah satu pembohongan Good boys or big boys do cry Bila anak anda menangis baik lelaki ataupun perempuan bukanlah...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game