Menangi Kereta Raya Impian Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025


MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 | Assalammualaikum semua! Pertama kali dalam hidup Ruby dapat sertai taklimat pempamer. Terima kasih pihak Absolut Event & Management dan My Events International menjemput, baru Ruby nampak persiapan untuk bazar bukan hanya cari pempamer, cari sponsor dan terus biar pempamer datang tanpa jadual dan susun atur yang selamat. Faktor keselamatan paling kita semua bimbang. Mungkin ada yang dah biasa join bazar akan rasa dihargai apabila join Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya ni. 
Pengalaman Ruby hanya berniaga di Bazar Ramadan hanya masak, logistik ke bazar, sediakan gerai dan hidang makanan. 3 petang hingga 8 malam. Begitulah rutin anak-beranak di Bazar Ramadan. Tapi kalau 66 jam tanpa henti? Jangan degil tak dengar arahan okay? Nanti masa pengunjung sesak membeli-belah, masa itulah pempamer nak tambah stok. Plan bagaimana anda sebagai pempamer nak urus perniagaan semasa di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya okay? Patutlah ramai pempamer ikut rapat selama 4 tahun. Mereka selesa dengan lokasi di MITEC dan bagaimana semua urusan teratur. 

8 Mac 2025 telah berlangsung taklimat pempamer Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 (ABxFGR25) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada semua usahawan yang menjadi pempamer ABxFGR25. Pada tahun ini, ABxFGR membuka jualan tapak reruai lebih daripada 700 termasuk Mini Absolut Food Fest dan ini adalah yang terbesar berbanding pada tahun 2024.Pihak penganjur memulakan sesi taklimat dengan mengumumkan barisan rakan penaja untuk ABxFGR25. Pada tahun ini, ABxFGR25 dibawakan secara eksklusif oleh USANITA Sdn Bhd manakala Boost sebagai Bank Digital Rasmi, Proton sebagai Rakan Eksklusif Automotif, Aik Cheong sebagai Minuman Rasmi dan Ombak Exclusive sebagai Rakan Percetakan Rasmi.





Selain itu, ABxFGR25 juga mendapat sokongan daripada barisan rakan penaja bersama seperti GlamPick, Wardah, Kahf, Todak, Sugar Bomb, Isetan, Pos Malaysia, Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Dally, Kunafa Aiwahhh, Mis-clarie, NIMS Adeliciousz, She Dazzle, Mira Gold, Blanco Fragrance dan Lavvanya Beauty.



Di samping itu, penganjur juga turut mengumumkan aktiviti menarik sepanjang 66 jam, yang menawarkan habuan menarik kepada pengunjung. Pada tahun ini pihak penganjur menyediakan hadiah yang sangat lumayan kepada semua pengunjung yang hadir dan berbelanja di ABxFGR iaitu sebuah kereta Proton Saga. Semua pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum RM500 berpeluang untuk menyertai peraduan ‘Teka dan Menang Kereta Raya Bersama Proton’. 



Aktiviti wajib dan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung pada hari pertama ABxFGR tentunya Money Chamber, di mana hanya dibuka kepada 100 pengunjung terawal sahaja. Selain daripada itu, turut disediakan Wheel of Fortune Raya, di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi wang tunai. Aktiviti sampingan setiap tahun seperti jualan ‘Happy Hour’, sesi beramah mesra bersama selebriti Malaysia dan mini konsert juga menjadi tumpuan untuk semua pengunjung ABxFGR.

ABxFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang-bintang besar. Pelbagai artis terkemuka akan menyertai acara ini dan menyajikan hiburan yang menghiburkan.
Absolut Event & Management merupakan jenama baru yang dicipta dengan pengluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali keempat mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak.
Dengan pengalaman selama 18 tahun, My Events International, merupakan peneraju dalam pengurusan acara, menyediakan pelbagai penyelesaian dan mencipta kandungan global yang memukau. Dengan keupayaan yang telah teruji dan kebolehan untuk berinovasi, syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan telah membuka cawangan untuk berkhidmat kepada pasaran global di 10 buah negara lain termasuk Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda, dan United Arab Emirates. Syarikat ini teguh berdiri dengan matlamat untuk melampaui jangkaan, membina modal insan, dan membentuk acara yang memukau. 




Pihak penganjur menyeru semua warga Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 yang bakal berlangsung pada 21 - 24 Mac 2025 di MITEC, Kuala Lumpur. Festival raya terbesar 2025 ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti, bermula pada 12 tengah hari (21 Mac) sehingga 6 pagi (24 Mac).
Jumpa anda di ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/menangi-kereta-raya-impian-di-absolut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flux Raya Xtra Bergaya Deal Langgan Kereta Raya Dengan Gaya

Flux Raya Xtra Bergaya Deal Langgan Kereta Raya Dengan Gaya

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 171 hits
Tahun ini sambut Raya dengan penuh gaya tanpa perlu risau tentang kos besar untuk memiliki kereta Dengan anda boleh menikmati tawaran FREE bulan pertama langganan apabila anda melanggan selama 12 bulan atau lebih Tawaran ini sah untuk SEMUA...
Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 351 hits
FIPPER X JUJUTSU KAISEN LANGKAH BERGAYA DENGAN SEMANGAT ANIME RAYA 2025 Assalammualaikum semua Fipper dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama siri anime terkenal Jujutsu Kaisen untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu...
40 Contoh Pantun Raya 2025 Sesuai Untuk Caption Media Sosial

40 Contoh Pantun Raya 2025 Sesuai Untuk Caption Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 262 hits
Koleksi Pantun Raya 2025 Kongsikan Bersama Rakan Ahli Keluarga Pejam celik pejam celik Hari Raya pun dah nak tiba Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita untuk menjalani bulan suci Ramadan kali ini Semoga sega...
Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 338 hits
Bila sebut tentang Hari Raya pasti terbayang kegembiraan berkumpul bersama keluarga juadah lazat di atas meja dan tentunya baju raya baru yang dah siap dipakai Tapi sayangnya semua itu hanya berlalu jika tiada kenangan yang dirakam Jangan b...
Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 327 hits
AEON MALL Seloka RAYA bersama Tom and Jerry Korang dah buat persiapan hari raya ke Kalau belum jom ke Aeon Mall terdekat terutama kepada peminat kartun Tom and Jerry Nostalgia zaman kanak kanak kan mesti teringat hari cuti dok melangut depa...
Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 278 hits
Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 terdapat beberapa pilihan warna baju raya 2025 yang menjadi pilihan dan dijangka trending pada tahun ini Kebanyakan warna ini menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sama ada baju melayu at...
Beli Kasut Raya 2025

Beli Kasut Raya 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 296 hits
Ma lebih baik Mama beli kasut kat Malaysia kat sana lagi murah Pesan anak2 ai nun di benua lain sana nbsp Padahal kat kepala ai dah terbayang nak shopping kasut dengan besties di David Jones atau pun Myers Akhirnya teracun juga dgn nasihat ...
Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 Tarikan Utama

Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 429 hits
Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 Tarikan Utama Bulan Ramadan tiba lagi Pasti ramai yang tidak sabar untuk merasai suasana bazar yang meriah dengan pelbagai pilihan juadah aktiviti menarik dan pakaian raya Tahun ini Anjung Syawa...
Hardwell Kembali Ke Malaysia Di Neon Music Festival 2025 Bersama Artbat Dan Lain Lain

Hardwell Kembali Ke Malaysia Di Neon Music Festival 2025 Bersama Artbat Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 383 hits
HARDWELL KEMBALI KE MALAYSIA DI NEON MUSIC FESTIVAL 2025 BERSAMA ARTBAT DAN LAIN LAIN Penganjur NEON Music Festival NEON Projects Sdn Bhd telah mengumumkan secara rasmi barisan penuh untuk festival besar besaran mereka yang akan berlangsung...
4 New Ai Updates On Android Coming To Samsung Galaxy Devices

Essential School Supplies Equipping Students For Academic Success

Tumbuhan Hoya R Br Si Cantik Yang Wangi

Of Singapore S Talent Angels Snatching Away Already Scarce Malaysian Healthcare Professionals

Seni Sabar Dalam Islam Panduan Praktikal Menurut Ibn Qud Mah

Apa Kebaikan Utama Tiga Suplemen Hebat Minyak Ikan Nv Minyak Zaitun Olivie 30 Plus Dan Tocotrienol Sofgel

Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

Ancelotti Dihukum Penjara Setahun Tapi Tak Perlu Masuk Penjara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Pisang Rangup Sedap Dan Senang Dibuat

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Xai Lancar Grok 4 Model Ai Berkuasa Dengan Pelan Premium Usd300 Sebulan

100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda

Kadar Opr Terkini 2025 Bnm Ambil Langkah Proaktif