40 Contoh Pantun Raya 2025 Sesuai Untuk Caption Media Sosial


Koleksi Pantun Raya 2025 – Kongsikan Bersama Rakan & Ahli Keluarga! 
Pejam celik pejam celik, Hari Raya pun dah nak tiba.
Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita untuk menjalani bulan suci Ramadan kali ini. Semoga segala amal baik kita diterima Allah. 
Kemeriahan Aidilfitri selalunya diserikan dengan ucapan-ucapan selamat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Apa kata tahun ini, anda kongsikan pula pantun Raya sebagai pengganti ucapan. Barulah syok!
Berikut dikongsikan koleksi & contoh pantun Raya untuk tahun 2025.
BACA JUGA: 20 Jenis Balang Kuih Raya Yang Kedap Udara
40 Contoh Pantun Raya 2025  1.
Hari Raya di bumi Malaysia,
Baju baru berwarna ceria,
Keluarga berkumpul tidak sia-sia,
Maaf dipinta di pagi raya.
2.
Meja penuh di pagi raya,
Keluarga berkumpul penuh gembira;
Mari bersama rayakan hari raya,
Maaf dipinta, kasih tidak terkira.
3.
Suara takbir bergema indah,
Ketupat rendang dihidang rapi,
Bertemu keluarga di rumah,
Selamat Hari Raya, jangan main mercun api!
4.
Dari jauh terdengar takbir,
Sayup-sayup terbawa suasana,
Hari ini puasa terakhir,
Esok nak raya mana?
5.
Jarum patah di dalam peti,
Makan kurma buka puasa,
Raya datang membelai hati,
Maaf zahir batin jika ada terasa.
6.
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
7.
Pergi ke kedai membeli santan,
Santan di letak di atas peti,
Silap dan salah minta dimaafkan,
Jangan disimpan di dalam hati.
8.
Walau jauh bukan halangan,
WhatsApp dihantar tanda ingatan, 
Maaf ku pohon selama berkawan,
Salam aidilfitri, anak bulan dah kelihatan!
9.
Baju baru berwarna-warni,
Kegembiraan jelas terpancar dari hati,
Mari kita merayakan hari ini,
Moga silaturrahim terjalin sehingga mati.
10.
Baju raya warna merah,
Kepunyaan anak Mak Rahimah,
Hari raya saling ziarah-menziarah,
Barulah hubungan mesra dan berkah.
11.
Dalam senyuman kita bersua,
Dalam doa kita bersatu,
Di hari raya yang kedua,
Jangan lupa bantu-membantu.
12.
Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
13.
Syawal datang berakhirlah puasa,
Takbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun dipinta bersihkan jiwa.
14. 
Ramadan bakal beransur pergi, 
Syawal menjelma di Aidilfitri,  
Seikhlas hati menyusun jari, 
Mohon maaf kekhilafan diri. 
15.
Bunga api cantik berseri, 
Pelita bulu menghiasa halaman;
Hari Raya menjelma lagi, 
Tangan dihulur bermaaf-maafan.
16.
Sungai disusur sehari-hari, 
Dalam gelap menangkap ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
17.
Ketupat pulut jatuh dalam paya, 
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Pagi raya jangan lupa gosok gigi!
18.
Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal menanti menjelang tiba, 
Salam diutus pohon kemaafan. 
19.
Pohon Jambu pohon Mengkudu, 
Dahan dipotong dibuat ampaian,
Ramadan berlalu pasti rindu, 
Syawal diraih penuh kesyukuran.
20.
Anak lembu, anak biri-biri,
Selamat Hari Raya Aildilfitri!
21.
Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan,
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan.
22.
Asam paya buahnya manis,
Bawa dari Sungai Tongkang,
Pagi raya duduk menangis,
Mengenang diri di rantau orang.

Burung putuh meniti di batang,
Batang manggis condong ke paya,
Kebaya labuh bersanggul lintang,
Senyum manis di pagi raya.
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 23.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
24.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
25.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
26.
Disisir diandam dengan cekap,
Dipotong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Marilah kita menyambut hari raya.
27.
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
28.
Katak kenyang laku tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
29.
Meja dihias dengan bunga telur,
Diberi tetamu sebagai tanda,
Ramadan ajar kita bersyukur,
Syawal sambut penuh agenda.
30.
Meja penuh dengan juadah sedap,
Tetamu ditunggu siapa yang datang,
Bulan ramadan kita puasa lengkap,
Syawal tiba mari makan lemang!
31.
Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan,
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan
32.
Kuih semperit dalam balang,
Biskut coklat menggoda pula,
Makan banyak perut pun kembang,
Raya kedua baru diet semula!
33.
Lemang dipanggang enak dimakan,
Kuah kacang cicah ketupat,
Hari Raya kita raikan,
Buang yang keruh ambil yang… dekat!
34.
Cahaya pelita bersinar terang,
Malam raya meriah berseri,
Ampun maaf dipohon sekarang,
Moga bahagia selamanya nanti!
35.
Mercun berdentum riuh rendah,
Budak-budak lari ke dapur,
Hari Raya datang sudah,
Salah silap harap diampun.
36.
Kuih tart enak dimakan,
Air sirap sejuk terasa,
Salam dihulur tanda kemaafan,
Selamat Hari Raya, habis dah puasa!
37.
Kuih bangkit dibuat ibu,
Biskut almond dipesan satu,
Hari Raya senyum selalu,
Jangan gaduh dengan menantu!
38.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
39.
Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara Jepung dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling memaafkan.
40.
Bangun pagi terus bersiap,
Makan rendang ibu masakkan,
Kalau ada salah silap,
DM WhatsApp kita settlekan!
Kesimpulan Marilah kita menyambut bulan Syawal dengan penuh kesyukuran dan keseronokkan. Nikmati masa-masa indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga hari raya tahun ini membawa makna yang indah untuk anda. Selamat Hari Raya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pantun-raya-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pantun-raya-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelita Raya 2025 Mendapat Sambutan Yan Luar Biasa Meriah Sungguh

Pelita Raya 2025 Mendapat Sambutan Yan Luar Biasa Meriah Sungguh

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 155 hits
semalam berkesempatan mengunjungi Pelita Raya 2025 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak Sungguh hebat dan luarbiasa sambutanya Gaya persembahan daripada agensi yang menyertai juga hebat dan menarik Macam macam tema dan...
Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 165 hits
kuliah bisnesMenulis konten untuk pemasaran produk memerlukan pendekatan yang jelas dan efektif Berikut adalah langkah langkah yang boleh diikuti 1 Kenali Sasaran PembacaSebelum menulis fahami demografi dan keperluan sasaran pelanggan Ini m...
Media Sosial Boleh Merosakkan Akhlak Terutama Kepada Anak Muda Rosmah

Media Sosial Boleh Merosakkan Akhlak Terutama Kepada Anak Muda Rosmah

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 123 hits
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata media sosial boleh merosakkan akhlak terutama kepada anak anak muda kerana menyebarkan sesuatu berita tanpa etika dan adab Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenag...
Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 199 hits
Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025 terdapat beberapa pilihan warna baju raya 2025 yang menjadi pilihan dan dijangka trending pada tahun ini Kebanyakan warna ini menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sama ada baju melayu at...
Photoshoot Raya 2025 Di Studio Raya The Empire Studio Johor Bahru

Photoshoot Raya 2025 Di Studio Raya The Empire Studio Johor Bahru

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 209 hits
Photoshoot Raya 2025 di Studio Raya The Empire Studio Johor Bahru Pejam celik pejam celik Raya Aidilfitri 2025 bakal menjelma tak lama lagi Pelbagai persiapan raya telah dibuat sedikit demi sedikit Betul tak Bagaimana dengan photoshoot raya...
Mengumpul Dosa Di Bulan Puasa Sidang Media Ppim 28 02 2025

Mengumpul Dosa Di Bulan Puasa Sidang Media Ppim 28 02 2025

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 161 hits
Pembaziran makanan di bulan Ramadan menjadi isu yang perlu diberi perhatian serius Baru baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan mengenai beberapa pekerja baharu di hotel 5 bintang yang berlainan Oleh kerana tiada wang peke...
Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 207 hits
AEON MALL Seloka RAYA bersama Tom and Jerry Korang dah buat persiapan hari raya ke Kalau belum jom ke Aeon Mall terdekat terutama kepada peminat kartun Tom and Jerry Nostalgia zaman kanak kanak kan mesti teringat hari cuti dok melangut depa...
Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 188 hits
Bila sebut tentang Hari Raya pasti terbayang kegembiraan berkumpul bersama keluarga juadah lazat di atas meja dan tentunya baju raya baru yang dah siap dipakai Tapi sayangnya semua itu hanya berlalu jika tiada kenangan yang dirakam Jangan b...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta