Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 Tarikan Utama


Anjung Syawal @ Festival Ramadan Putrajaya 2025 – Tarikan Utama
Bulan Ramadan tiba lagi!
Pasti ramai yang tidak sabar untuk merasai suasana bazar yang meriah dengan pelbagai pilihan juadah, aktiviti menarik dan pakaian raya. 
Tahun ini, Anjung Syawal @ Festival Ramadan Putrajaya 2025 kembali lagi dengan 300 lot niaga (booth) serta pelbagai tarikan menarik. Sejuta pengunjung dijangka akan memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia ini!
Dengan tema “Memori Ramadan, Aspirasi Syawal”, festival ini menjadi platform terbaik untuk anda membeli-belah, beriadah dan merasai suasana ramadan serta membuat persiapan untuk Syawal kelak. 
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak info-info penting mengenai Anjung Syawal @ Festival Ramadan Putrajaya 2025 ini. 
BACA JUGA: Waktu Berbuka Puasa KL & Putrajaya 2025 (1446H)
Anjung Syawal @ Festival Ramadan Putrajaya 2025 Anjung Syawal adalah sebahagian daripada Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025. Ia akan berlangsung dari 28 Februari hingga 30 Mac 2025 di Dataran Putrajaya, Presint 3. 
Tahun ini, festival ini memasuki edisi ke-13 dengan skala yang lebih besar dan pelbagai tarikan menarik. 
Terdapat 300 lot niaga tersedia yang menawarkan pelbagai produk persiapan raya dan juga juadah berbuka puasa. 
Selain itu, festival ini memperkenalkan konsep baharu seperti Pangkin Seni dan Serambi Santai,  ruang khas untuk pengunjung menikmati persembahan seni dan budaya dalam suasana santai. 
Memang meriah!
Menariknya lagi, festival ini juga menyokong inisiatif hijau dengan sistem pembayaran tanpa tunai serta kempen kesedaran seperti pengurangan sisa makanan dan pengurangan penggunaan plastik sekali guna.
Demi keselesaan pengunjung, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk ruang solat, parkir berpatutan, dan kawasan berbuka puasa terbuka dengan konsep berkelah.
Festival Ramadan Putrajaya 2025 menjanjikan pengalaman membeli-belah dan berbuka puasa dalam suasana yang penuh kemeriahan dan keselesaan!
Festival Ramadan Putrajaya 2025 @perbadananputrajaya Suasana kemeriahan Laman iftar @ Festival Ramadan Putrajaya 2025 #frp2025 #festivalramadanputrajaya2025 #WilayahPersekutuanKita #IndahnyaPutrajaya #putrajaya
♬ I Love Ramadan – Ramol Festival Ramadan Putrajaya 2025 dibahagikan kepada 4 komponen utama iaitu
Bazar Ramadan P3 Anjung Syawal Laman Oasis Laman Iftar Bagi komponen Bazar Ramadan P3, terdapat 288 gerai yang bakal menjual lebih 1000 menu juadah berbuka puasa bertempat di lot berhampiran Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin. 
Pengunjung turut mempunyai pilihan untuk mendapatkan juadah berbuka di Laman Oasis terletak di antara Blok AB dan CD, Kompleks Perbadanan Putrajaya. 
Selain itu, pengunjung juga berpeluang berbuka puasa berkonsepkan berkelah di kawasan padang berhadapan Kompleks PPj.
Bagi komponen Anjung Syawal pula, dianggarkan 300 penggerai akan turut serta termasuk selebriti tempatan dan pempengaruh terkenal Malaysia yang menjual barangan persiapan raya. 
Di samping itu, pengisian tazkirah, persembahan dan hadiah cabutan bertuah lumayan turut disediakan kepada para pengunjung.
Perbadanan Putrajaya juga berkolaborasi bersama pempengaruh Pin Yang melalui program “Yang Riang Raya” yang bersiaran secara live di Anjung Syawal.


Lagu Tema Tahun ini, suasana raya di Anjung Syawal dimeriahkan lagi dengan lagu tema bertajuk “Raya Sebenarnya”. Lagu ini ciptaan Choky Nainggolan, dengan lirik oleh Rayme & Choky Nainggolan. 
Jangan lupa nikmati muzik video lagu tema ini sambil membeli-belah di Anjung Syawal @ Festival Ramadan Putrajaya 2025!
Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3 Tarikh: 28 Februari – 30 Mac 2025 Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam (Isnin- Jumaat), 10.00 pagi hingga 12.00 malam (Sabtu & Ahad) Masuk adalah percuma!!
Tarikan Utama 1. Bazar Aidilfitri Terbesar di Lembah Klang Dengan lebih daripada 300 lot niaga, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan persiapan Hari Raya seperti pakaian, aksesori rumah, kuih-muih dan banyak lagi.
2. Juadah Berbuka Puasa yang Pelbagai Festival ini turut menampilkan Bazar Ramadan Utama di Presint 3 yang menawarkan lebih daripada 1,000 jenis juadah berbuka puasa. Ada macam-macam jenis makanan yang tersedia untuk memuaskan selera anda. 
3. Konsep Berbuka Puasa Unik Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman berbuka puasa beramai-ramai dengan konsep berkelah sambil menikmati pemandangan indah sekitar Dataran Putrajaya. 
4. Pangkin Seni & Serambi Santai Segmen terbaru ini menyediakan ruang istirahat dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional, persembahan gamelan dan pameran seni. Ia juga menjadi tempat bersantai untuk pengunjung selepas membeli-belah.
Kehadiran artis-artis tanah air juga pastinya akan memeriahkan lagi Festival Ramadan Putrajaya 2025 ini!
5. Kempen Hijau & Pembayaran Tanpa Tunai Festival Ramadan Putrajaya 2025 menyediakan konsep pembayaran tanpa tunai (Cashless Initiative) sepenuhnya bagi menyokong inisiatif Putrajaya sebagai Bandar Raya Rendah Karbon. 
Festival ini juga menyokong inisiatif hijau melalui pelaksanaan kempen Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna, Kempen Elakkan Pembaziran Makanan (Beli Apa Yang Perlu sahaja), Kempen Pengurangan Sisa Organik Melalui Pengkomposan di Festival Ramadan Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai.
@perbadananputrajaya Plastik hitam dah elak, sekarang plastik sekali guna pulak! Jom buat perubahan kecil, tapi impaknya besar tau 🌿 Bersama – sama kita sertai Kempen Hindari Plastik Sekali Guna. #perbadananputrajaya #festivalramadanputrajaya2025 #putrajayakebanggaannegara
♬ original sound – Perbadanan Putrajaya – Perbadanan Putrajaya 6. Kemudahan Lengkap Terdapat lebih daripada 2,000 tapak parkir disediakan dengan kadar bayaran rendah untuk semua pengunjung. Selain itu, terdapat juga kemudahan solat berjemaah dan solat tarawih di lokasi berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  
7. Cabutan Bertuah Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan melalui cabutan bertuah yang disediakan. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pengunjung perlu membeli-belah di gerai-gerai yang terdapat di Anjung Syawal.
8. Aktiviti Kebajikan & Tazkirah Festival ini turut menganjurkan aktiviti keagamaan seperti tazkirah Ramadan dan program qiamulail pada malam-malam terakhir Ramadan. Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menghayati bulan mulia ini dengan lebih mendalam. 
Tips Berkunjung ke Festival Ramadan Putrajaya 2025  1. Rancang Perjalanan Anda Dan Datang Awal
Festival ini dijangka menarik ribuan pengunjung setiap hari terutama pada hujung minggu dan menjelang Hari Raya. 
Sebaiknya datang lebih awal untuk membolehkan anda meneroka setiap gerai dengan lebih tenang serta mendapatkan tempat yang selesa untuk berbuka puasa.
Anjung Syawal beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
2. Gunakan Pengangkutan Awam
Gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan masalah tempat letak kereta. Walau bagaimanapun, jika anda memandu, terdapat lebih 2,000 tapak parkir yang disediakan. 
3. Sediakan Wang Elektronik untuk Pembayaran
Festival ini menyokong inisiatif hijau dengan sistem pembayaran tanpa tunai. Jadi, pastikan e-wallet seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost, atau GrabPay tersedia untuk urusan pembelian.
4. Bawa Beg Kitar Semula
Sokong inisiatif hijau festival ini dengan membawa beg kitar semula sendiri untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
5. Periksa Jadual Acara
Semak jadual acara dan aktiviti di laman web atau media sosial rasmi Perbadanan Putrajaya untuk maklumat terkini agar anda tidak terlepas mana-mana aktiviti menarik. 
6. Hormati Kebersihan dan Jaga Keselamatan
Sebagai festival berkonsep mesra alam, pengunjung digalakkan untuk membuang sampah di tempat yang disediakan dan mengurangkan penggunaan plastik. Selain itu, pastikan keselamatan diri dan barangan berharga sentiasa dijaga ketika berada di kawasan yang sesak.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Anjung Syawal dan juga info keseluruhan Festival Ramadan Putrajaya 2025, anda boleh rujuk:
Telegram Perbadanan Putrajaya Facebook Perbadanan Putrajaya Facebook Festival Ramadan Putrajaya 2025  Instagram festivalramadanputrajaya2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/anjung-syawal-festival-ramadan-putrajaya-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anjung-syawal-festival-ramadan-putrajaya-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 229 hits
Hi Everyone This Ramadan Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio Hotel invites you to experience the Bazar Citarasa Kita a grand iftar buffet set in the hotel s Ballroom from 2 30 March 2025 Step into a vibrant bazaar inspired setti...
Buffet Ramadan 2025 D Anjung Astacona Port Dickson Negeri Sembilan

Buffet Ramadan 2025 D Anjung Astacona Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan sebuah lokasi berbuka puasa menarik khas buat merek...
Laman D Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah Rm 23

Laman D Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah Rm 23

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 172 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke preview Ramadan LAMAN D ANJUNG ASTACONA dan merasai sendiri keenakan hidangan buffet Ramadan di sini yang akan dibuka bermula 8 Mac 2025 sehingga 29 Mac 2025 Sempena Ramadan 2025 D ANJUN...
Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 212 hits
Nikmati Sajian Eratkan Jalinan at Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025 Ramadan is a time of reflection gratitude and togetherness And what better way to celebrate than by sharing a delicious meal with your loved ones Hilton Garden ...
Emas Ai Dan Mata Wang Kripto Pemacu Utama Di Sebalik Perubahan Ekonomi Global 2025

Emas Ai Dan Mata Wang Kripto Pemacu Utama Di Sebalik Perubahan Ekonomi Global 2025

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 182 hits
Dalam era kemajuan teknologi dan ketidakpastian ekonomi pemain utama pasaran menunjukkan pelbagai strategi untuk penyesuaian dan pertumbuhan Microsoft secara aktif memperluaskan kedudukannya dalam teknologi awan dan AI Meta terus memanfaatk...
Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2025

Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 160 hits
Sedang mencari BazarRamadan di Shah Alam Jom kita selongkar senarai lokasi BazarRamadan untuk tahun 2025 yang boleh anda kunjungi Bazar Ramadan di Shah Alam dijangka kembali dengan lebih meriah pada tahun 2025 menawarkan pelbagai juadah tra...
Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 150 hits
Kuala Lumpur Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepanjang seminggu Ramadan Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata pihaknya menerima banyak...
Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 228 hits
Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru Pertama kali merasa buffet Ramadan di New York Hotel Johor Bahru ALhamdulillah sedap kena dengan tekak Ummi Selama ni dengar The post appeared first on
Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 196 hits
Setiap kali masuk bulan Ramadan jadual kehidupan seharian sudah pasti berubah tak seperti hari hari biasa Baik pada yang mereka yang taat menunaikan amalan puasa mahupun pada mereka yang masih tidak mendapat kelembutan hati untuk mengamalka...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita

Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Menggubah Bunga Hiasan Meja