Menanggalkan Hijab Kerana Ingin Menjadi Diri Sendiri


AssalamualaikumBismillah
Pernahkah dalam kalangan kita yang mendengar seseorang berkata "tak nak pakai tudung, sebab rasa bukan diri sendiri, rasa macam hipokrit". Hati-hati sahabat dengan apa yang kita ucapkan. Aku menulis untuk mengingatkan diri aku

Memang susah sebenarnya memakai hijab ataupun menutup aurat dengan sempurna sekiranya kita memang dibesarkan dalam kalangan keluarga yang tidak mementingkan kesempurnaan dalam menurup aurat. 
Apa yang aku maskudkan di sini ialah persekitaran. Keluarga tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Solat asal solat saja. Kadang lambat kadang tak solat langsung. Pakai tudung asal pakai tudung saja, tetapi pakai baju ketat, seluar ketat. 
Mungkin dari kecil dah biasa tidak menutup aurat. Dan ibu bapa kita juga tidak menekankan soal aurat. Takpalah tunggu dah besar macam tu. Tetapi apabila dah besar remaja kita akan rasa janggal untuk menutup aurat. Sebab dah terbiasa. 
Apabila cuba untuk berhijrah pula rasa berat dan rasa bukan diri sendiri. Sebenarnya apa yang kita rasakan itu bukanlah hipokrit, atau bukan jadi diri sendiri tetapi memang fasa hijrah itu sesuatu yang kita tidak akan selesa pada mulanya. 


Buat sahabat Muslimah yang aku cintai dan kasihi kerana Allah. Aku tahu bukan senang mahu berubah, tetapi aku juga pernah berada di fasa-fasa seperti kalian. Aku menulis kerana aku sayang dengan sahabat Muslimah semua. Jadi marilah sama-sama kita belajar untuk memperbaiki diri kita. 
Banyak yang aku tidak tahu. Oleh itu aku kongsikan dari Mufti tentang hukum menanggalkan hijab kerana ingin menjadi diri sendiri. 
Firman Allah dalam surah an-Nur, 24:31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّMaksudnya: “Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;”
Berkata Imam Ibn al-Jarir al-Tabari Rahimahullah dalam Jami al-Bayan (19/159): “Yakni hendaklah para wanita itu melabuhkan tudung kepala mereka menutup dada-dada mereka supaya tertutup juga dengan itu rambut, tengkuk dan telinga mereka.”
Berkata Syeikh al-Maraghi dalam Tafsir-nya (18/99) : “Wanita pada zaman dahulu menutup kepala mereka dengan khimar (tudung) dan melabuhkan hujung tudung itu ke belakang badan supaya terdedah leher dan dada mereka, seperti kebiasaan zaman Jahiliyyah, lalu mereka dilarang syarak daripada berbuat sebegitu lagi. 
Berkata Sayyidatuna Aisyah RA: “Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yang awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yang diperbuat daripada bulu bebiri) mereka lalu mereka jadikan sebagai tudung.”
Ini merupakan dalil jelas tentang kewajipan menutup aurat dan inilah yang disepakati oleh para ulama

Menanggalkan Hijab Kerana Ingin Menjadi Diri SendiriUcapan sebegini adalah berbahaya kerana ditakuti padanya mengandungi unsur kekufuran. 
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah: “Jika seorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yang sudah disepakati ke atasnya dan mudah diketahuinya dalam agama, maka dia sudah kafir.” Rujuk al-Mutamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233). 
Justeru sewajarnya seorang Muslim itu mengelakkan sedaya mungkin menyebut “Ingin menjadi diri sendiri” sebagai justifikasi terhadap maksiat yang dia lakukan.
Adapun jika dia menyebut perkataan itu kerana dia tidak mahu menutup aurat tetapi dia mengiktiraf bahawa dia tertakluk kepada hukum syarat tersebut, maka hukumnya adalah fasiq dan kufur nikmat.
“Sekiranya seseorang itu beri`tikad dan mengakui bahawa semua hukum syarak yang telah disepakati dan diketahui dalam agama secara darurat (mudah), tetapi tidak melakukan tuntutan itu, lalu melakukan perbuatan yang dilarang itu, maka orang itu adalah pelaku maksiat, fasiq dan bukannya kafir.” Lihat Ibid.
Begitu juga jika seseorang itu tidak memakai tudung atas alasan-alasan lain seperti kejahilan dan mendapat ancaman daripada sebahagian masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku di negara-negara luar. Kes-kes seperti ini ulama telah berbincang panjang dan ramai dalam kalangan ulama yang membenarkan atas alasan darurat.

Sebenarnya, perintah untuk menutup aurat itu adalah datang daripada Pencipta diri manusia itu sendiri yakni Allah SWT. 
Justeru menjadi diri sendiri bererti menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang soleh dan soleh. Sewajarnya manusia membenarkan ayat-ayat Allah dan melatih dirinya untuk mengikut hukum hakam yang telah Allah SWT tetapkan untuk bertanggungjawab ke atas amalannya di Hari Kiamat kelak. 
Firman Allah SWT:

نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Maksudnya: “Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).” (Surah al-Waqi`ah: 57)
Manusia-manusia yang melatih dirinya mengikut kehendak Allah SWT, mesti pun penuh dengan dugaan dan rintangan, luar dan dalam, akhirnya akan sedar dan tenang tenteram hatinya kerana itulah acuan dirinya yang sebenar. 
Firman Allah SWT:

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

Maksudnya: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah( yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Surah al-Baqarah: 138)
Allah SWT mengetahui perkara ini kerana Dialah yang paling mengetahui masa lalu, masa sekarang, dan masa depan para hamba, lantas menerangkan kepada manusia keadaan mereka yang tenang dan pasrah apabila mengetahui perjuangan mereka selama ini berbaloi. 
Firman-Nya:

يَاأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي(30)
Mereka yang beralasan menjadi diri sendiri untuk tidak menutup aurat berkata mereka tidak mahu bersikap hipokrit atau munafik. Padahal berasa berat dan malas untuk melaksanakan syariat Allah itulah ciri munafik yang patut dijauhi. 
Firman Allah Taala:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Surah al-Nisa: 142)
Sememangnya jalan menuju kesempurnaan diri itu melalui pelaksanaan syariat itu akan bertemu pelbagai mehnah dan tribulasi khususnya daripada hawa nafsunya. 
Namun Allah SWT telah memberi jaminan bahawa Dia sendiri akan membukakan jalan kemudahan kepada mereka yang melatih dirinya untuk menjadi dirinya yang sebenar mengikut acuan Allah SWT. 
Firman-Nya:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah al-‘Ankabut: 69)
Semoga kita diberikan hidayah dan direzekikan kekuatan untuk mengikut hidayah itu. 

Sumber : AL-KAFI #699 : MENCABUT TUDUNG KERANA INGIN MENJADI DIRI SENDIRI?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/07/menanggalkan-hijab-kerana-ingin-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Jadi Mak Mak Semua Kita Buat Untuk Anak Tak Fikir Diri Sendiri Dah

Dah Jadi Mak Mak Semua Kita Buat Untuk Anak Tak Fikir Diri Sendiri Dah

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 251 hits
Sebagai seorang ibu kita akan mengutamakan semua perkara sehingga terlupa untuk beri perhatian pada diri sendiri Bila buat sesuatu ada masanya melebihi kemampuan diri kerana kita mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta Jangan lupa untuk...
Beli Subang Emas Katup Habib Jewels Untuk Diri Sendiri

Beli Subang Emas Katup Habib Jewels Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 344 hits
Mulanya saja belek belek website Habib Jewels sebab dok mencari cincin viral wonder woman tu Yang bentuk V tu Pelik kenapa dipanggil wonder woman sedangkan wonder women huruf W Mungkin sebab bentuknya V sama macam di crown wonder woman kot ...
Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri Dulu

Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri Dulu

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 271 hits
REWARD DIRILAH DULU Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan Janji konvo bro cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri letih gila kerja nie Kita kena...
Bantu Pelaku Umkm Di Banjarmasin Sandiaga Kita Ingin Ini Menjadi Lapangan Pekerjaan

Bantu Pelaku Umkm Di Banjarmasin Sandiaga Kita Ingin Ini Menjadi Lapangan Pekerjaan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 134 hits
Sandiaga berharap dengan bantuan ini bisa meningkatkan produksi teman teman di Rumah Kreatif dan Pintar Ia juga mendukung Arifin untuk memasarkan produknya sampai menembus pasar ekspor
Hiburan Saya Kecewa Dengan Diri Sendiri Isu Buka Tudung Di Bali Nelydia Senrose Mohon Maaf Pada Peminat

Hiburan Saya Kecewa Dengan Diri Sendiri Isu Buka Tudung Di Bali Nelydia Senrose Mohon Maaf Pada Peminat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 234 hits
Pelakon jelita Nelydia Senrose berkata dia berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tidak istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna setelah menunaikan umrah dan haji tempoh hari Ditemui Nelydia juga memohon maaf di atas kesilapan dan ke...
Petronas Tajuddin Akan Keluarkan Kenyataan Sendiri Jawapan Ringkas Pm Buat Rakyat Kecewa

Petronas Tajuddin Akan Keluarkan Kenyataan Sendiri Jawapan Ringkas Pm Buat Rakyat Kecewa

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 288 hits
Petronas Tajuddin akan keluarkan kenyataan sendiri Jawapan ringkas PM buat rakyat kecewaDi kala banyak pihak menuntut penjelasan dari Putrajaya berhubung isu dua aset Petronas di Azerbaijan telah dirampas oleh waris Kesultanan Sulu Perdana ...
Buah Cempedak Goreng Sendiri Lebih Puas Hati

Buah Cempedak Goreng Sendiri Lebih Puas Hati

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 557 hits
Buah Cempedak Di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan itulah pantun yang kita belajar dari dulu sampai sekarang Tak ada silapnya pantun tersebut Memang betul tapi yang tak syoknya zaman...
Berjaya Miliki Kereta Idaman Puteri Sarah Bangga Mampu Beli Atas Usaha Sendiri

Berjaya Miliki Kereta Idaman Puteri Sarah Bangga Mampu Beli Atas Usaha Sendiri

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 254 hits
Kontroversi kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa waktu kebelakangan ini sama sekali tidak membuatkan pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berputus asa dalam bekerja Dia yang dilihat sebagai wanita heba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner