Campur Tangan Politik Di Mahkamah Mantan Ketua Hakim Negara


“PENDIRIAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji. Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara. Semoga reformasi ini akan berjaya direalisasikan sepenuhnya.”
Itu adalah perenggan pertama dalam rencana yang ditulis oleh Prof Dr Haim Hilman daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Keusahawanan, College of Business, Universiti Utara Malaysia dan disiarkan oleh Sinar Harian pada 30 Julai lalu.
Rencana saya ini hanya berkenaan perenggan itu dan tertumpu kepada keputusan hakim dalam sesuatu kes. Ia tidak termasuk campur tangan, jika ada, dalam keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan lain-lain.
Apakah kesimpulan (inference) yang kita boleh buat daripada tiga ayat itu? Bagi saya, kita boleh membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:
(1) Adalah perkara biasa bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam keputusan hakim dalam sesuatu kes atau, sekurang-kurangnya, perkara seperti itu berlaku;
(2) Bahawa tindakan Muhyiddin yang tidak campur tangan dalam kes Najib itu wajar dipuji;
(3) Bahawa institusi kehakiman negara tidak bersih daripada campur tangan sedemikian;
(4) Tindakan Muhyiddin itu menunjukkan satu usaha untuk membersihkan institusi kehakiman negara; dan
(5) Ia adalah satu reformasi yang diharapkan akan berjaya.
Mengenai (1), dalam ucapan saya bertajuk Independence of the Judiciary: My Personal Experience di Universiti Teknologi Mara pada 10 Jun 2015 antara lain, saya berkata:
“Saya bercakap daripada pengalaman, bukan daripada persepsi atau buku. Saya menghabiskan 21 tahun sebagai pegawai di Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Pendakwaan. Saya menghabiskan 18 tahun di Badan Kehakiman, menjadikan keseluruhannya 39 tahun. Saya bersidang di semua mahkamah di negara ini daripada Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.”“Saya juga mengetuai Mahkamah Khas dan menjadi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, saya mendengar rayuan yang melibatkan seorang Ketua Menteri Barisan Nasional di sebuah negeri. Penghakiman majoriti yang saya tulis membatalkannya daripada jawatan tersebut. Sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, saya mengetuai Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penghakiman majoriti yang saya tulis melepas dan membebaskannya. Sebagai Ketua Hakim Negara, saya mengetuai persidangan Mahkamah Khas yang mendengar tuntutan sivil terhadap mantan Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang sedang bertakhta di sebuah negeri. Keputusan sebulat suara Mahkamah yang saya tulis memerintahkannya membayar plaintif sebanyak AS$1 juta. (Anda boleh membaca semua penghakiman itu di laman web saya).
”Dalam tempoh 39 tahun kerjaya, saya tidak pernah menerima panggilan telefon atau nota, dan tidak ada sesiapa yang menghampiri saya bagi pihak pentadbiran, eksekutif atau ahli politik untuk mengarahkan, meminta, mencadangkan atau membayangkan bagaimana saya patut memutuskan sesuatu kes.
Ya, memang benar bahawa sebelum saya mendengar rayuan kes Anwar, ada seorang (bukan ahli politik) berkata kepada saya, “Sekiranya anda melakukannya dengan betul, salah satu jawatan kosong yang lebih tinggi itu boleh menjadi milik anda.”
Saya menjawab, “Saya tidak tahu apa keputusan saya kelak, tetapi saya bersedia untuk bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.” (Ertinya, saya sanggup jika tidak diberi kenaikan pangkat). Kemudian, saya berkata kepada hakim-hakim yang bersidang bersama saya: “Jika ada sesiapa cuba mempengaruhi saya, saya akan naik ke mahkamah, menyatakannya secara terbuka dan menarik diri daripada mendengar rayuan kes itu.” Selepas itu, tidak ada sesiapa yang cuba mempengaruhi saya lagi. Saya tidak tahu mengenai hakim lain.
Turut hadir membentangkan kertas kerjanya dalam Persidangan Meja Bulat Majlis Profesor Negara itu ialah Datuk Mohamad Arif, mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Saya berkata kepada beliau: “Sekarang, saya merujuk kepada Mohamad Arif. Saya tahu bahawa beliau bertanding dalam pilihan raya atas tiket Pas dan kalah. Namun, saya mengesyorkannya untuk jawatan Pesuruhjaya Kehakiman dan diterima oleh kerajaan BN. Arif disahkan sebagai Hakim dan kemudian dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.
Sekarang, saya minta beliau menceritakan pengalamannya: sama ada, ada ahli politik atau orang yang berkuasa terhadapnya atau mewakili eksekutif pernah mengarah, mencadang atau membayangkan kepadanya untuk memutuskan kes supaya memihak kepada kerajaan atau adakah beliau pernah menerima ugutan, amaran atau peringatan daripada mereka atau adakah sesiapa yang berkuasa (in authority) pernah mencuba mengganggu beliau dalam membuat keputusannya?” Beliau diam.
Perdana Menteri yang mula sekali menyebabkan hakim-hakim yang lebih kanan dilangkau dan yang lebih junior dilantik ke jawatan yang lebih tinggi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliaulah yang menyebabkan Datuk Mohd Azmi Kamaruddin dan Datuk Harun Hashim dilangkau oleh Datuk Eusof Chin dan Datuk Lamin Idris. Beliau jugalah yang menyebabkan Datuk Malek Ahmad dan Datuk Siti Norma Yaakob dilangkau oleh Datuk Ahmad Fairuz.
Betul, beliau bertanggungjawab bagi pembuangan Tun Mohd Salleh Abas Salleh untuk mengelak beliau mendengar rayuan kes yang berkaitan dengan perebutan jawatan Presiden UMNO antaranya dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi, saya tidak pernah mendengar cerita beliau mengarahkan hakim membuat keputusan seperti yang beliau kehendaki.
Tun Abdullah Badawi juga, atas desakan UMNO, cuba melantik hakim yang lebih junior untuk untuk melangkau hakim yang lebih kanan ke jawatan Hakim Besar (Malaya) dan selepas itu ke jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara. Hakim yang hendak dilangkau itu adalah saya. Dosa saya adalah kerana saya membebaskan Anwar dalam kes liwatnya yang pertama.
Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Tun Mohd Raus sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan walaupun mereka telah mencapai umur 66 tahun kerana, saya percaya, beliau lebih selesa dengan mereka. Saya telah mengkritik tindakan tersebut.
Dr Mahathir mengulangi amalannya apabila beliau menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua apabila beliau melantik Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menjadi Ketua Hakim Negara melangkau beberapa orang hakim yang lebih kanan dan lebih luas pengalaman kerana, saya percaya, beliau lebih selesa dengan Tengku Maimun.
”Dalam tempoh 39 tahun kerjaya, saya tidak pernah menerima panggilan telefon atau nota, dan tidak ada sesiapa yang menghampiri saya bagi pihak pentadbiran, eksekutif atau ahli politik untuk mengarahkan, meminta, mencadangkan atau membayangkan bagaimana saya patut memutuskan sesuatu kes.
Saya tidak mengatakan bahawa pelantikan mesti dibuat berdasarkan kekananan semata-mata. Tetapi, saya tidak bersetuju apabila nampak sangat Perdana Menteri mengetepikan hakim-hakim yang lebih kanan dan lebih luas pengalaman dan memilih hakim-hakim yang junior untuk dinaikkan pangkat, melangkau mereka. Perbuatan itu menampakkan adanya sesuatu motif yang yang tidak sepatutnya menjadi asas pemilihan itu.
Namun demikian, apa yang mereka lakukan adalah memilih hakim-hakim yang senada dengan mereka untuk memegang jawatan tertinggi itu. Ada yang justified, ada yang tidak. Biar apa pun, itu berlainan daripada campur tangan dalam proses membuat keputusan kes-kes yang dibicarakan oleh hakim-hakim, seperti yang digambarkan dalam rencana itu.
Mengenai (2), iaitu tindakan Muhyiddin yang tidak campur tangan dalam kes Najib itu wajar dipuji, tidak perlu disebut langsung. Saya berpendapat bahawa beliau melakukan contempt of court jika beliau berbuat demikian.
Mengenai (3), iaitu institusi kehakiman negara tidak bersih daripada campur tangan sedemikian, adalah tanggapan yang tidak betul.
Mengenai (4), iaitu tindakan Muhyiddin itu menunjukkan satu usaha untuk membersihkan institusi kehakiman negara, juga tidak betul. Saya lebih mudah bersetuju jika dikatakan, mengambil kira Muhyiddin dipecat oleh Najib kerana Muhyiddin mempersoalkan Najib mengenai penglibatannya dalam 1MDB, maka tidak ada sebab mengapa Muhyiddin sanggup masuk penjara (kerana contempt of court) kerana hendak membela Najib dengan cara yang salah dan atas asas yang salah.
Mengenai (5), iaitu ia adalah satu reformasi yang diharapkan akan berjaya, adalah satu observation yang tidak kena pada tempatnya. Tidak ada apa yang hendak direformasikan. Sepanjang pengetahuan saya belum ada seorang Perdana Menteri, termasuk Dr Mahathir yang berani campur tangan atau mengarah hakim supaya membuat keputusan seperti yang mereka kehendaki.
Jika ada sesiapa yang tahu perkara seperti itu berlaku, sila dedahkan. Jika tidak ada, adalah lebih baik tidak membuat kenyataan seperti itu yang mungkin dipercayai oleh pembaca.
* Tun Abdul Hamid Mohamad ialah mantan Ketua Hakim Negara
The post Campur tangan politik di mahkamah – Mantan Ketua Hakim Negara appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/02/campur-tangan-politik-di-mahkamah-mantan-ketua-hakim-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekatan As Tidak Jejas Industri Sarung Tangan Negara

Sekatan As Tidak Jejas Industri Sarung Tangan Negara

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 205 hits
Oleh Aishah Mohmad AfandiKUALA LUMPUR 19 JULAI Semasa pandemik Covid 19 kali pertama membawa gelombang kejutan kepada pasaran ekuiti global industri sarung tangan merupakan antara yang menongkah arus dan melonjak dengan begitu tinggi beriku...
Jika Di Mahkamah Hakim Akan Penjarakan Anda Azalina Beritahu Rayer

Jika Di Mahkamah Hakim Akan Penjarakan Anda Azalina Beritahu Rayer

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Pertikaman lidah antara RSN Rayer dengan timbalan speaker Azalina Othman Said tercetus apabila wakil DAP tidak berpuas hati dengan kenyataan wakil kerajaan bahawa Pakatan Harapan menjual aset negara ketika memerintah Kekecohan ...
Usah Ragui Kemampuan Anwar Terajui Pentas Politik Negara

Usah Ragui Kemampuan Anwar Terajui Pentas Politik Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 192 hits
Strategi adalah pilihan bagi sesebuah parti Tetapi sesuatu strategi itu tidak boleh melangkaui kepentingan bagi sesebuah parti Berkuburnya gagasan Perikatan Nasional sebelum ia ditubuhkan lagi adalah bukti strategi penjajaran politik antara...
Tiada Tindakan Hentikan Prosiding Mahkamah Di London Terhadap Ipic Kata Peguam Negara

Tiada Tindakan Hentikan Prosiding Mahkamah Di London Terhadap Ipic Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 226 hits
Jabatan Peguam Negara mengesahkan buat masa ini tiada tindakan untuk menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap International Petroleum Investment Company untuk membatalkan perjanjian penyelesaian antara 1Malaysia Development Berhad...
Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 210 hits
Baru Pindah Rumah Rakaman Dipercayai Entiti Jenguk Guru Ketika Online Class Bikin Seram2 hari laluSatu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang ...
Aturan Ma Soal Koruptor Dipenjara Seumur Hidup Bisa Jadi Pedoman Hakim Beri Putusan

Aturan Ma Soal Koruptor Dipenjara Seumur Hidup Bisa Jadi Pedoman Hakim Beri Putusan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 128 hits
PerMA itu dinilai Pukat UGM sebagai langkah maju penindakan perkara korupsi di Indonesia
Hakim Nazlan Faham Jenayah Perdagangan

Hakim Nazlan Faham Jenayah Perdagangan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 118 hits
Mohamed Hadi AH Ada sesuatu yang mungkin ramai tak tahu mengenai Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali Bukan bukan ini bukan pasal dia cucu sedara Tun Itu mengarut Beliau sebenarnya seorang peguam korporat yang kemudiannya menyertai Maybank se...
Ky Sebut 178 Orang Daftar Calon Hakim Agung Dan Hakim Ad Hoc Di Ma

Ky Sebut 178 Orang Daftar Calon Hakim Agung Dan Hakim Ad Hoc Di Ma

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 110 hits
KY mendahulukan seleksi untuk posisi yang dirasa paling mendesak misalnya sejumlah hakim ad hoc Tindak Pidana Korupsi di MA akan segera selesai masa jabatannya pada akhir 2020 Batas akhir pendaftaran 30 Juli 2020
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Mengenal Tts Penyakit Yang Dikaitkan Dengan Efek Samping Vaksin Astrazeneca

Digotong Ramai Ramai Begini Drama Penangkapan Suami Yang Mutilasi Istri Dan Tawarkan Dagingnya Ke Warga

Penampakan Mantan Bupati Kuansing Sukarmis Dijebloskan Ke Penjara Usai Korupsi Proyek Hotel Rp22 6 Miliar

4 Tahun Beruntun Pemkot Pasuruan Kembali Raih Opini Wtp

Badan Geologi Buka Suara Terkait Kabar Pulau Tagulandang Akan Tenggelam Akibat Erupsi Gunung Ruang

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda