Memorandum Haram Vape Sedang Dirangka Pastikan Pelaksanaan Menyeluruh Dzulkefly


Memorandum Haram Vape Sedang Dirangka, Pastikan Pelaksanaan Menyeluruh – Dzulkefly
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses merangka Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai pengharaman rokok elektronik atau vape bagi memastikan pelaksanaannya dirancang secara intensif dan menyeluruh.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata butiran dan fasa pelaksanaan pengharaman vape akan dibentangkan kepada Kabinet setelah ia selesai dirangka, maka semua pihak perlu bersabar menunggu pengumuman lanjut termasuk bila, bagaimana dan fasa-fasa seterusnya.
“Saya tidak boleh mendahului keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat menyokong usaha ini dan meminta saya memastikan bahawa ia teratur (in order) dan kita akan bentangkan pada masa yang tepat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (MPSI) Sedunia Peringkat Kebangsaan Peringkat Hospital PUSRAWI 2025 di sini hari ini.
Pada 23 Ogos lepas, Dzulkefly dilaporkan berkata MJM berhubung pengharaman vape akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya hujung tahun ini dan KKM telah membentangkan laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Kabinet.
Selain itu, Dzulkefly berharap lebih banyak hospital swasta melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) bagi menyokong penyusuan ibu.
Katanya setakat ini, sebanyak 128 hospital kerajaan atau 100 peratus telah mencapai pengiktirafan BFHI manakala hanya 31 daripada 180 hospital swasta (17.2 peratus) berjaya mendapat pengiktirafan sama.
Beliau berkata penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan memberi impak besar kepada pertumbuhan fizikal, perkembangan otak dan perlindungan terhadap penyakit serta intervensi paling efektif dalam membentuk asas kesihatan jangka panjang.
Katanya ia juga selaras dengan matlamat Dasar Pemakanan Negara Malaysia untuk mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Dzulkefly turut memuji Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur sebagai hospital swasta pertama di Malaysia yang menawarkan klinik cetusan laktasi (induced lactation) untuk ibu angkat bagi membolehkan mereka merasai pengalaman penyusuan yang penuh makna.
“Ini juga menyokong pembentukan ikatan emosi yang lebih erat antara ibu dan anak angkat, selari dengan aspirasi BFHI dalam memastikan setiap ibu mendapat sokongan menyeluruh serta pengalaman keibuan yang positif,” katanya.
BACA: Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal Sumber: Bernama
The post Memorandum Haram Vape Sedang Dirangka, Pastikan Pelaksanaan Menyeluruh – Dzulkefly appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/11/memorandum-haram-vape-sedang-dirangka-pastikan-pelaksanaan-menyeluruh-dzulkefly/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Euro Sedang Menyusut

Euro Sedang Menyusut

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1534 hits
Eropah sedang bergolak Titik panas muncul di Perancis Belanda Britain dan bahkan di Jerman Penolakan parti sayap kanan untuk mematuhi peraturan defisit belanjawan EU sebanyak 3 daripada KDNK hampir membawa kepada peletakan jawatan kerajaan ...
Zaman Ketidakadilan Sedang Bermaharajalela

Zaman Ketidakadilan Sedang Bermaharajalela

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1287 hits
Analisis komen aku melihat apa yang terjadi mutakhir ini Pada akhir zaman ni dunia semakin dipenuhi dengan fitnah dan kekacauan sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa akan muncul zaman di mana orang yang amanah dia...
10 Tanda Buah Pinggang Anda Mungkin Sedang Rosak

10 Tanda Buah Pinggang Anda Mungkin Sedang Rosak

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2023 hits
Original Content Buah pinggang merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia Walaupun manusia masih boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang fungsi yang dimainkan oleh organ ini amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan ...
Pemuda Pas Rakyat Sedang Tunggu Pas Rampas Pn

Pemuda Pas Rakyat Sedang Tunggu Pas Rampas Pn

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1272 hits
MalaysiakiniMuktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 71 sebulat suara menyokong usul untuk mengambil alih pentadbiran Perikatan Nasional daripada Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 yang akan datang Usul yang dibentangkan oleh wakil Dewan P...
Pastikan Tidak Rugi

Pastikan Tidak Rugi

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 732 hits
Demi masa Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecualilah orang orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar Daripada Amru bin Sa id al As sabda Baginda SAW Maksud...
Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4595 hits
PEKAN Temasya Warisan Pahang 2025 yang melabuhkan tirainya semalam bukan sekadar persembahan kebudayaan sebaliknya dilihat menjadi platform mengetengahkan legasi seni budaya dan warisan agar terus hidup dalam jiwa masyarakat khususnya gener...
Double X Amway Nutrilite Double X Rahsia Kesihatan Menyeluruh

Double X Amway Nutrilite Double X Rahsia Kesihatan Menyeluruh

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1575 hits
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam kehidupan seharian kita Ramai orang sibuk dengan urusan kerja keluarga dan tanggungjawab lain sehingga lupa untuk menjaga pemakanan harian Akibatnya tubuh mudah letih kurang bertenaga dan terdedah...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warna Baju Raya 2026

Makan Buffet Dinner Di Renaissance Johor Bahru Hotel Dengan Geng Makan Makan

Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

Quick Beef Goulash Recipe Nigella

Cara Terminate Unifi Online Je

Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing