Memindahkan Universiti Malaya Hanya Menguntungkan Kapitalis


 Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Apabila pemimpin gagal menilai falsafah dan makna universiti, dengan mengaitkan perkiraan untung rugi SAYA jadi makin hairan, apa kaitan dan rasional penentangan judi nombor ekor dengan minta UM dipindahkan?
Apakah salah universiti berada di tengah bandar? Benarkah merugikan?
Benarkah universiti sepatutnya berada di luar bandar atau kawasan kampung untuk memajukan kawasan tersebut? Perlukah dimajukan semua kampung pedalaman?
Apabila semua kampung sudah berubah wajah menjadi bandar nanti, apakah UM perlu pindah ke awan?
Semua universiti di Singapura dalam bandar, kenapa tidak cadangkan pindah ke tengah laut?
Kenapa kita perjudikan ilmu dengan nilai ekonomi?
Tidakkah dengan ilmu itu yang menjana kekayaan?
Akan adakah lagi cadangan selepas ini minta UPNM, UPM, UTM KL, UKM, UIA dan lain-lain yang berada di kawasan segi tiga emas dan Lembah Klang, dipindahkan ke kawasan yang lebih kampung bagi menjana ekonomi?
Apakah akan ada cadangan nanti untuk memindah universiti di kawasan segi tiga emas ke kawasan Orang Asli bagi memajukan kawasan tersebut?
Bagaimana pula dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR), kepunyaan MCA di tengah bandar Kuala Lumpur (dekat Setapak)? Kenapa tidak suruh pindah? Kenapa hanya target UM? Berani cadangkan di Parlimen?
Selicik-licik ultra kiasu, belum kedengaran lagi mereka suruh USM berpindah daripada tengah bandar Pulau Pinang. Kenapa? Kerana ultra kiasu tahu nilai ilmu dan ekonomi?
Tidakkah kita belajar daripada kesilapan melepaskan tanah strategik keselamatan negara iaitu lapangan terbang tentera udara Malaysia (TUDM), Sg Besi, Kuala Lumpur untuk projek Bandar Malaysia? Siapakah yang mendapat keuntungan kalau bukan kapitalis? Kalau tidak silap 60 peratus pegangannya adalah konsortium negara komunis?
Ketika itu kita berfikir tidak ada keperluan TUDM berada di dalam bandar? Apakah benar? Sedangkan di situ nadi strategik keselamatan negara?
Begitu juga Kem Tentera Sg Besi di mana terletaknya UPNM, sudah lama kedengaran untuk dipindah kerana tidak menjana ekonomi. Inilah pemikiran pandir dan bebal yang perlu dibenteras.
Pada mereka, kem tentera dan pusat latihannya, institusi pengajian tinggi seperti universiti awam perlu berada di luar bandar untuk dijadikan bandar.
Saya tidak kata cadangan ditolak sepenuhnya, boleh sahaja buka cawangan UM dan universiti awam lain di luar bandar, tetapi bukan memindahkan kampus yang sedia ada di tengah kerana atas alasan ia merugikan ekonomi negara?
Sedar atau tidak bahawa universiti awam dan universiti swasta di negara kita sudah lebih daripada mencukupi dengan keperluan penduduk dan saiz negara ini. Tidakkah kita membuat kajian?
Lambakan graduan menganggur dan lantikan kontrak pegawai perubatan hari ini adalah merupakan salah satu tempias dan bahananya.
Nasihat saya, apabila mengeluarkan kata-kata di Parlimen, fikir dahulu. Jangan cuba untuk berlagak pandai, walhal hakikat sebenarnya tidak. Buatlah kajian terlebih dahulu. Rujuk pakar kalau kurang maklumat. Jangan cakap semborono.
Memaksa memindahkan universiti awam dalam kawasan bandar ke kawasan ceruk pedalaman hanya menguntungkan kapitalis (ultra kiasu), bukan menguntungkan negara.ISMA WEB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/memindahkan-universiti-malaya-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why The Steep Hike In Tuition Fees Union Asks Universiti Malaya

Why The Steep Hike In Tuition Fees Union Asks Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 576 hits
The Universiti Malaya students union wants the university to explain the rationale for the hike in fees for certain courses PETALING JAYA The Universiti Malaya students union has demanded that the administration explain why it is raising tu...
Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA TERENGGANU Arkitek Terengganu FC Makan Konate enggan memikirkan status kumpuIan maut yang diIabeI bagi KumpuIan B berikutan dibarisi juara PiaIa MaIaysia 33 kaIi Selangor FC selain Perak FC dan Kuching City FC SebaIiknya pemain beraga...
Hanya Uli Guna Tangan Resipi Mudah Roti Manis Gebu

Hanya Uli Guna Tangan Resipi Mudah Roti Manis Gebu

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 280 hits
Menu roti adalah yang paling mudah untuk disediakan Hanya perlukan yis yang aktif dan bahan bahan lain pun mudah didapati Menerusi perkongsian daripada Arm Ika cara buat resipi roti manis ini mudah dan tidak memerlukan masa yang lama RESIPI...
Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan Kukus Sahaja Memang Moist Sedap

Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan Kukus Sahaja Memang Moist Sedap

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 367 hits
Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan Bahan bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai Bagi yang ingin mencuba re...
Bomoh Dari Singapura Kaut Untung Rm216 000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera

Bomoh Dari Singapura Kaut Untung Rm216 000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 256 hits
Bomoh Dari Singapura Kaut Untung RM216 000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera Di alam serba moden ini anda mungkin tidak percaya dengan wujudnya ahli sihir atau mereka yang masih mengamalkan ilmu hitam Tetapi jika anda berpeluang untuk si...
Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Peroleh Pekerjaan Pada 2020

Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Peroleh Pekerjaan Pada 2020

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh Golongan siswazah turut melakukan kerja khidmat penghantar makanan dan bungkusan atau p hailng sementara menanti pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka GAMBAR Abd Razak Aid HANYA kira kira 73 400 atau 27 peratus graduan Bumipute...
Hanya Lihat Batu Nisan Sedih Tak Sempat Minta Ampun

Hanya Lihat Batu Nisan Sedih Tak Sempat Minta Ampun

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 322 hits
Ibunya meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini pada 6 Jun lalu Bekas banduan terduduk dapat tahu ibu kakak meninggal dunia Kota Kinabalu Keterujaan seorang pemuda Roslan Amir untuk kembali ke pan...
Pemerintah Kembali Tegaskan Vaksin Booster Hanya Untuk Nakes

Pemerintah Kembali Tegaskan Vaksin Booster Hanya Untuk Nakes

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 240 hits
Pemerintah menegaskan vaksin booster hanya diberikan untuk nakes untuk melindungi mereka dalam menjalankan tugasnya di tengah pandemi COVID 19
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti