Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Peroleh Pekerjaan Pada 2020


Oleh Bernama Golongan siswazah turut melakukan kerja khidmat penghantar makanan dan bungkusan atau p-hailng sementara menanti pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. GAMBAR: Abd Razak Aid HANYA kira-kira 73,400 atau 27 peratus graduan Bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020 berbanding 103,900 atau 40 peratus pada 2019, menurut Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Kajian TERAJU mendapati penurunan peluang pekerjaan kepada graduan Bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.
“Sekiranya dilihat secara teliti, pengurangan peluang pekerjaan disebabkan negara sedang dilanda pandemik COVID-19,” menurut dapatan kajian TERAJU bertajuk ‘Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Di Kalangan Graduan Bumiputera’ yang dijalankan menerusi Unit Penyelidikan, Analitik dan Teknologi Maklumat (RAIT) agensi itu.
Dapatan kajian TERAJU itu diperolehi melalui dua kaedah iaitu, mengenal pasti saiz graduan Bumiputera di IPTA dan IPTS dengan membuat perbandingan antara tahun serta komposisi kaum bagi melihat impak sebenar wabak COVID-19 kepada graduan dihasilkan pada ketika ini.
Kaedah kedua pula, agensi itu mengadakan kajian dengan meneliti ketidaksamaan dalam peluang pekerjaan dalam tahun sama dan membandingkannya dengan bilangan graduan Bumiputera dihasilkan pada tempoh sama.
Kajian tersebut menggunakan sumber sekunder melibatkan laporan kaji selidik kadar pengangguran, statistik Bumiputera 2020 dan statistik pekerjaan suku keempat 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, serta Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
Menurut kajian berkenaan, berdasarkan data dan maklumat graduan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), secara keseluruhannya, mendapati saiz graduan Bumiputera dihasilkan meningkat seramai 259,659 iaitu 84 peratus, diikuti kaum Cina seramai 35,904 (12 peratus) dan kaum India seramai 12,055 (empat peratus) sepanjang 2017 sehingga 2020.
Kajian TERAJU yang memetik sumber Statistik Graduan Jabatan Statistik Malaysia 2020 pula mendapati jumlah siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya dan 70 peratus daripadanya adalah graduan Bumiputera.

Kajian berkenaan juga mendapati sebahagian besar jumlah graduan menganggur berkenaan adalah terdiri daripada kumpulan B40 dan M40 yang bergantung kepada gaji dan upah sebagai sumber pendapatan utama mereka.
“Mengambil kira keadaan ini, graduan institusi pendidikan terutamanya bagi Bumiputera, sangat terdedah kepada kejutan ekonomi negatif seperti pengangguran, disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Ini kerana jurang agihan pendapatan Bumiputera adalah besar dan sumber kewangan mereka yang terhad,” menurut kajian itu.
Menurut TERAJU, berdasarkan kajian khas berkaitan kesan COVID-19 terhadap saiz graduan Bumiputera dan bukan Bumiputera IPTA serta IPTS yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas pula, menunjukkan hampir 270,000 graduan Bumiputera dihasilkan iaitu peningkatan hampir 10 peratus berbanding 2018.
“Ini adalah selari dengan pertumbuhan jumlah graduan di Malaysia iaitu seramai 316,000 orang graduan yang diunjurkan pada 2020, berbanding hanya hampir 300,000 orang graduan pada 2018, iaitu peningkatan sebanyak 5.4 peratus dari 2018,” menurut kajian itu.
Kajian berkenaan yang memetik sumber Jabatan Perangkaan Malaysia juga mendapati corak penawaran pekerjaan mula menurun secara keseluruhan, bermula dari suku ketiga 2019 sehingga suku keempat 2020.
“Pewujudan peluang pekerjaan dalam kategori mahir telah menurun secara drastik kepada 3,600 pekerjaan pada suku kedua 2020, berbanding lebih 12,000 pewujudan pekerjaan pada suku sama 2019, iaitu penurunan sebanyak 70 peratus.
Sehubungan itu, TERAJU telah merangka beberapa inisiatif dalam memperkasakan dan meningkatkan penyertaaan Bumiputera dalam pasaran tenaga kerja mahir, selaras dengan hala tuju Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) yang bakal dilancarkan.
“Sebagai sebuah agensi penyelaras utama dalam pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, TERAJU menubuhkan Pusat Kecemerlangan Bumiputera (CoE) bagi menyediakan pendidikan dan latihan bermula dari usia awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi, selain program pembangunan profesional lain seperti program celik kewangan, keusahawanan dan kursus pelbagai disiplin untuk Bumiputera,” menurut kajian tersebut.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/hanya-27-peratus-graduan-bumiputera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengoperasian Sekolah Hanya 50 Peratus Kehadiran Murid Dalam Kelas Kurangkan Risiko Penularan Radzi Jidin

Pengoperasian Sekolah Hanya 50 Peratus Kehadiran Murid Dalam Kelas Kurangkan Risiko Penularan Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 164 hits
Dr Radzi Jidin Sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibenarkan untuk dibuka semula akan menggunakan sistem penggiliran di dalam kelas atau 50 peratus kehadiran sahaja Menteri Kanan Pendidikan Dat...
Dasar Jual Saham Syarikat Bumiputera Hanya Pada Bumiputera Akan Diperkenal

Dasar Jual Saham Syarikat Bumiputera Hanya Pada Bumiputera Akan Diperkenal

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 135 hits
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa jaringan keselamatan baru akan diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 untuk memastikan kelangsungan pemilikan ekuiti bumiputera Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengatakan ini adalah untu...
Hanya 1 6 Peratus Kes Hari Ini Kategori 3 4 Dan 5

Hanya 1 6 Peratus Kes Hari Ini Kategori 3 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 128 hits
19 kluster baharu dikesan 13 berkaitan tempat kerja KUALA LUMPUR Hanya 1 6 peratus atau 243 kes daripada 14 954 kes baharu COVID 19 yang dilaporkan hingga 12 tengah hari ini adalah daripada kategori tiga empat dan lima kata Ketua Pengarah K...
Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Pusat pelancongan pulau berserta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa
Vaksin Covid 19 81 8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Dos

Vaksin Covid 19 81 8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Dos

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 219 hits
81 8 peratus populasi dewasa dalam negara telah lengkapkan vaksinasi mereka sekali gus menyaksikan sasaran untuk capai imuniti kelompok semakin hampir SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWA...
82 5 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Vaksinasi Semalam

82 5 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Vaksinasi Semalam

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 161 hits
Sebanyak 82 5 peratus atau 19 311 563 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid 19 setakat semalam Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal Covidnow hari ini Kementerian Kesihata...
Pulau Langkawi Hotel Bajet Terima 15 Peratus Tempahan

Pulau Langkawi Hotel Bajet Terima 15 Peratus Tempahan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 248 hits
Hotel hotel bajet hanya menerima 15 peratus tempahan sepanjang hampir dua minggu pelaksanaan projek rintis gelembung pelancongan Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Dan Bisnes Malaysia Zon Langkawi Datuk Azly Rosly berkata ia disebabkan oleh pe...
85 Peratus Bid Babit Individu Tak Divaksin

85 Peratus Bid Babit Individu Tak Divaksin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 104 hits
BH ONLINE Kira Kira 85 peratus kes kematian di luar fasiliti kesihatan di Sandakan akibat COVID 19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi Foto hiasan NSTP Danial Saad SANDAKAN Kira Kira 85 peratus kes kematian di luar fasiliti k...
Kutipan Sampah Di Pantai Kuala Terengganu Melonjak 50 Peratus

Kutipan Sampah Di Pantai Kuala Terengganu Melonjak 50 Peratus

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 224 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID ROZALI SALLEHKUALA TERENGGANU Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh hanya sehari Bercakap kepada Utusan Malaysia Datuk Bandar Kuala Terengganu Rozali Sa...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024