20 Idea Aktiviti Bersama Anak Anak Pada Musim Cuti Sekolah
20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah || hi there, cuti sekolah dah start kan ... so ramai la juga mak mak yang up status stress layan karenah anak bila cuti sekolah, penat, mak yang cantik tetiba menjadi singa lapar dan sebagainya ...
well, mak mak semua, I FEEL YOU ... mrs pip pun ada dua orang anak yang boleh tahan kaki gaduh sesama sendiri, penat bebel bebel tapi dorang tak layan kita bebel ... penat juga nak marah marah jadi mak garang
so, mrs pip dan mr.Husband dah siap siap rancang apa nak buat selama cuti sekolah lil' Iman dan lil' Amin ni .... kalau tak rancang awal awal nak bagi budak budak ni buat apa time cuti sekolah, nanti silap silap haribulan, mrs pip bukan bertukar jadi singa lapar tau, risau jadi AHLI SIHIR JAHAT ! hiks. mulut kalau marah, macam macam ayat boleh keluar kan ...
ok, cuti budak budak ni ada 5 weeks la gitu ... so nak buat apa dalam 5 weeks ni eh? ... ni apa yang mrs pip plan buat untuk dorang ..
Kelas Tuition : Isnin - Rabu (9am - 11.30am) half day rumah aman tenteram coz budak budak ni pi kelas tuition ... so, mrs pip ada masa nak me-time, nak kemas rumah spring cleaning dan update blog sebelah siang ... selalu mmg update blog sebelah malam ..
let say kalau teda kelas tuition, so lepas sarapan dan mandi pagi, mrs pip akan duduk bersama dorang buat work sheet sama ada maths, BM, BI, bahasa Cina, Agaama atau Sains ... biasanya ni ambil masa 1 jam ..
lepas tu bagi dorang bermain / tengok TV sambil tunggu lunch hour ... siap lunch, mrs pip bagi dorang tengok TV / bermain / tidur petang till 5PM ...
after 5pm, kena buat work sheet lagi dalam 1 jam, then standby makan malan jam 7pm ... lepas tu rutin malam memang mrs pip ajak dorang kemas bilik dorang ... mainan kena letak dalam box, kalau ada kertas yang disepahkan kena buang kalau tak nak guna, buku buku dan alat tulis kena letak atas meja belajar ..
lepas tu tengok TV sekejap, dan 8.30pm kena masuk tidur ...
20 Idea aktiviti bersama anak-anak pada musim cuti sekolah
kredit gambar : pexels.com
tapi selain tu, mrs pip juga plan untuk aktiviti lain , tak boleh asyik buat work sheet sahaja kan, tak bolehlah asyik perap dalam rumah ulang aktiviti yang sama saja , nanti bosan juga anak anak ni ...
jadinya ni di antara 20 aktiviti yang boleh dibuat semasa cuti sekolah:-
Aktiviti melukis dan mewarnaBawa anak ke masjid - Iman hari tu tanya daddy bila nak bawa dia pigi rumah Allah Buat lawatan sambil belajar seperti pergi zoo atau kebun buah - boleh ajar anak anak kenali jenis haiwan / tumbuhanBawa naik kenderaan awam sambil eksplorasi kawasan setempat Piknik di tepi pantai - ni fav anak anak mrs pipBawa jalan jalan pigi tamu minggu sambil ajar anak anak nama sayur/buah/kuih dan sebagainya yang ada dijual kat tamu minggu tuBaca buku cerita - ni boleh buat setiap malam sebelum anak anak masuk tidur Origami mudahMenghafal surah ringkas - hope Iman n Amin boleh hafal ayat kursi dan surah al-fatihah dengan lancarMemenuhi undangan walimatulurus - kalau dapat jemputan, why not bawa anak anak so that dorang boleh belajar adab bertandang dan kenal ahli saudara / kawan parents yang lainMain board games (disesuaikan dengan usia anak anak) - seperti snake and ladder Boleh main card games seperti kad Uno , atau bermain JengaMain permainan zaman dulu - batu seremban, batu tujuh, congkak, main tepak, main engkek-engkek (ni panggilan sabahan la), main potong ayam (ingat tak lagi nak main macam mana?), main guli, atau apa apa permainan yang kita dulu time kecik kecik selalu main ... down to memory lane :))Road trip / road tour / travel / holidaysMain masak masak / buat makanan ringkas seperti ajar anak buat sandwichMelawat saudara maraMenonton movie bersama bawa anak spring cleaning bilik tidur mereka - contohnya minta anak anak pilih mana mana pakaian yang mereka dah tak nak guna / tak nak pakai / tak muat, diasingkan dan kemas almari baju mereka bersama - samaBerkebun Bawa anak-anak ke perpustakaankorang ada idea yang lain tak? ni idea yang mrs pip nak buat bersama Iman dan Amin sempena cuti sekolah ni ... hope mereka happy sepanjang cuti sekolah, dan hope la juga Mak Pip tak jadi singa lapar sepanjang cuti sekolah ni ... hehe
View this post on Instagram
Iman n Amin start kelas tuition hari ini, Isnin hingga Rabu, jam 9am - 11.30am ... ni hantar pigi kelas tuition ni at least aktiviti pembelajaran dorang berterusan ❤ . . balik rumah lepas tuition, mommy tanya iman n amin kalau kelas tuition tu best pasal ni 1st time dorang join tuition ... iman n amin bgtau best ada belajar tulis tulis, ada ramai kawan dan laoshi Chiam Amoi dorang belanja minuman kotak 😀 . . mommy tanya, bisuk bisuk mau tuition lagi? Dua dua cakap YA 😀 ... ok, jadi bisuk bangun awal , mandi, sarapan lepas tu kita pigi tuition ok 😘 . . #lilamin #liliman #aminjohansen #imanrafael #pipkiddos #sabahanblogger #mommyblogger #sabahan #lifestyleblogger #parentingblogger #afbdotmy #bloggermy #bloggermalaysia #blogger #malaysianbloggerA post shared by Emphi Yap (@mrspip18) on Nov 26, 2018 at 2:27am PST
dan selain tu, kalau anak anak dengar cakap sepanjang minggu tu kan, why not REWARD anak anak dengan sesuatu yang dorang suka such as sesekali belanja anak anak makan aiskrim , makan kek, berikan hadiah (alat tulis, pensel warna, buku mewarna, buku cerita, toys, etc) ..
rasanya banyak idea menarik yang parents boleh buat bersama anak anak sempena cuti sekolah ni kan, cumanya kita kena banyak cari idea apa aktiviti yang sesuai utk anak anak kita ni ..
hope we all will be able to be a cool mom during this school holiday ya
happy parenting
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2018/12/20-idea-aktiviti-bersama-anak-anak-pada.html