Memikul Amanah Parti Amanah


 

Kalau ikut undian perwakilan pada pemilihan Amanah dua hari lalu bolehkah disimpulkan parti mahu Dzulkefly Ahmad menjadi presiden? Bukan lagi Mohamad Sabu? Bagi saya pada permukaannya begitulah realitinya. Bagi penulis politik veteran Mohd Sayuti Omar yang mengikuti Amanah sejak parti itu dilancarkan pada 2015, isyaratnya jelas.
“Ini adalah signal bahawa ada perwakilan yang mahu Amanah bertukar kepimpinan,” kata Sayuti.
Ditukar kepada Dr Dzul? Tetapi beliau pernah menyuarakan hasrat berundur malah tidak mahu bertanding PRU15 tetapi dipujuk supaya ubah fikiran. Dzulkefly bertanding dan menang sekali lagi Parlimen Kuala Selangor untuk Amanah-Pakatan Harapan.
Apa pun Dzulkefly pada pemilihan parti 24 Dis lalu mendapat 900 undi untuk menduduki tangga teratas manakala Mohamad di tangga kelapan dengan 613 undi, dalam pemilihan 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah. Mengikut peraturan 27 ahli itu akan memilih dalam kalangan mereka penyandang jawatan Top Five. Lalu mereka pilih Mohamad untuk presiden, Mujahid Yusof sebagai timbalan presiden, dan Dzulkefly, Siti Mariah Mahmud serta Adly Zahari jadi naib presiden.
Berbalik kesimpulan yang saya sebut tadi. Benar ‘hanya’ 1,008 perwakilan yang mengundi secara e-voting Ahad lalu, bukannya setiap ahli parti. Tetapi ahli memberi mandat kepada perwakilan lalu mesti akur apa jua langkah yang perwakilan ambil. Begitu juga hak 27 AJK pimpinan nasional untuk memilih Top Five. Peraturan ini diterima oleh setiap ahli Amanah. Oleh itu pilihan jawatankuasa boleh diterjemah sebagai pilihan parti walaupun diakui tentu ada yang tidak puas hati dan sebagainya.
“Pemilihan parti secara konsensus menyelamatkan Mat Sabu. Pada saya persetujuan dan muafakat jawatankuasa pimpinan adalah lebih kepada mengenang beliau sebagai pejuang dan pengasas parti,” kata Sayuti.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Mohamad atau Abang Mat dalam kalangan parti amat besar dan tidak boleh dinafikan. Pun begitu ini penggal terakhir sebagai presiden kerana menurut perlembagaan parti seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut. Faktor penggal terakhir juga dirasakan diambil kira jawatankuasa pimpinan apabila memilih Mohamad. Sebagai last hurrah beliau.
“Yang membimbangkan perubahan yang diharapkan tidak akan ke mana kerana umum tahu kebolehan Mohamad selama memimpin parti dan juga semasa menjadi menteri,” kata Sayuti.
Hampir semua pemerhati politik sependapat Amanah punyai peranan penting untuk mengukuhkan PH juga kerajaan perpaduan, terutama untuk menarik undi Melayu. Amanah sendiri tekad mahu jadi parti progresif dan alternatif kepada PAS yang dilihat sebagai ‘hardline‘ dan ‘extreme’ namun sehingga kini belum berjaya. Tentunya pengkritik menuding jari kepada Mohamad.
Kini Mohamad setelah diberi peluang sekali lagi mesti melakukan keajaiban. Dibantu Mujahid, Dzulkefly, Siti Mariah, dan Adly.
“Pelantikan Mujahid adalah tepat. Bagi saya hakikatnya Mujahid adalah presiden parti. Beliau bukan sekadar mengganti Allahyarham Salahuddin Ayub tetapi merupakan ‘pengganti’ Mohamad Sabu,” menurut Sayuti. Sebelum pemilihan, Mujahid dikatakan berminat menggambil alih sebagai presiden.
Mungkin kata Sayuti, jika Mujahid mempunyai jawatan menteri dalam kerajaan perpaduan beliau akan dapat lebih daripada apa yang diperolehi Dzulkefly. Mujahid mendapat 699 undi dan tiga tangga di belakang Dzulkefly. Pada rombakan Kabinet tempoh hari Mujahid tidak dipilih walaupun ramai yang menjangka beliau akan kembali. Dzulkefly dipilih untuk menjadi menteri kesihatan buat kali kedua.
Bagaimanapun menurut Sayuti pemilihannya sebagai timbalan presiden Amanah memberi peluang kepada Mujahid merealisasikan cita-cita memperkasakan parti dan “Mujahid perlu membuktikannya dan tidak menggunakan pemilihan sebagai timbalan presiden parti sebagai sandaran untuk dilantik ke jawatan menteri atau jawatan penting dalam kerajaan menerusi jawatan nombor dua Amanah.”
Menurut Sayuti, memperkasakan parti lebih penting daripada jawatan kerajaan. Tugas berat menunggu dan Sayuti berharap Mujahin “dapat perbetul keadaan dan menyusun semula organisasi di semua peringkat dari negeri ke kawasan.”
Pada pandangan saya Top Five Amanah gandingan mantap cuma yang wajib mesti bergerak senada seirama jika mahu merealisasikan (mengikut kata-kata Mohamad) “potensi besar untuk terus mengemudi negara bersama rakan dalam PH dan mutakhir ini dalam kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional.”
Oh ya. Satu lagi niat Amanah ialah perjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama dan menolak extremism. Ini diulangi pada konvensyen nasionalnya tempoh hari. Ia juga mahu memerangi “politik takfiri” yang mengkafirkan sesama Islam. Susah tetapi bukan mustahil. Namun hanya gerakan sepadu boleh merealisasikan hasrat itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/memikul-amanah-parti-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pemuda Amanah Hasbie Muda Raih Undi Tertinggi

Pemilihan Pemuda Amanah Hasbie Muda Raih Undi Tertinggi

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 260 hits
B Nantha KumarPengundian bagi memilih barisan kepimpinan Pemuda Amanah telah selesai malam ini bagaimanapun keputusannya belum muktamad Senator Dewan Negara Hasbie Muda yang menyuarakan hasrat untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda Amana...
Amanah Youth Delegates Rapped For Tardiness

Amanah Youth Delegates Rapped For Tardiness

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 159 hits
Delegates at the Amanah Youth annual convention have been criticised for turning up later than their guests Umar Mokhtar Abdullah a delegate from Negeri Sembilan said during his speech that this was an embarrassment for the party The Umno Y...
Pemuda Amanah Lulus Usul Adun Dihadkan 2 Penggal

Pemuda Amanah Lulus Usul Adun Dihadkan 2 Penggal

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 119 hits
Faizul Shaiffe ketika membentangkan usul mengehadkan tempoh perkhidmatan Adun parti di Konvensyen Pemuda Amanah Nasional Bangsar hari ini KUALA LUMPUR Pemuda Amanah meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Adun daripada parti itu dihadkan k...
Mujahid Hari Ini Dilihat Kerdil Amanah Akan Jadi Idola Di Masa Depan

Mujahid Hari Ini Dilihat Kerdil Amanah Akan Jadi Idola Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 148 hits
malaysiakini comWAWANCARA Meniti pemilihan parti Amanah akhir bulan ini paling hangat diperkatakan adalah mengenai kedudukan kerusi presiden yang kini diterajui veteran politik dan antara pengasas parti iaitu Mohamad Sabu Sejak beberapa lam...
Hasbie Muda Re Elected Amanah Youth Chief

Hasbie Muda Re Elected Amanah Youth Chief

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 168 hits
Hasbie Muda won re election after polling 387 votes in the Amanah Youth elections KUALA LUMPUR Hasbie Muda was re elected as Amanah Youth chief this evening after securing 387 votes at the party elections Hasbie who is a senator has held th...
Amanah Memilih Raikan Demokrasi

Amanah Memilih Raikan Demokrasi

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 189 hits
Zulkifli MohamedHari pengundian bagi memilih 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara semakin tiba Pemilihan ini akan dilangsungkan hujung minggu ini serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada 23 dan 24 Disember ...
Beri Peluang Mat Sabu Terus Pimpin Amanah Lagi Pun Pemilihan Tahun Ini Adalah Penggal Terakhirnya

Beri Peluang Mat Sabu Terus Pimpin Amanah Lagi Pun Pemilihan Tahun Ini Adalah Penggal Terakhirnya

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 154 hits
Parti Amanah Negara atau Amanah akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya pada hujung minggu ini Sebagaimana dilaporkan media seramai 124 calon menawarkan diri untuk merebut 27 tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi ...
Amanah Members Not Stupid Youth Vice Chief Hits Out At Former Leader

Amanah Members Not Stupid Youth Vice Chief Hits Out At Former Leader

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 173 hits
Amanah Youth vice chief Zulhazmi Hassan has spoken out against the movement s former youth leader who claimed there were rumblings among members who wished for a change of party president ahead of the party s election this month Zulhazmi di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa