Memenjarakan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Rakyat Gembira




Dalam tulisannya yang seperti biasa adalah atas kapasiti peribadi sebagai blogger dan bukan sebagai Pegawai Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, rakyat akan lebih gembira terhadap kerajaan selepas berakhirnya PRU14 jika Najib Razak dipenjarakan secepat mungkin.


Menurut beliau, ramai yang menjangkakan bekas Perdana Menteri itu dapat dimasukkan ke penjara dengan lebih awal lagi.


Sebaliknya, tambah beliau, mereka kecewa kerana Najib seolah-olah bebas berkelakuan seperti masih lagi sebagai Perdana Menteri.


Betulkah begitu?


Sebenarnya prestasi kerajaan yang begitu merosot sekarang, boleh dikata terlalu nipis kaitannya dengan sama ada Najib dipenjarakan atau sebaliknya.


Ini kerana rakyat sudah pun bersatu menyingkirkannya melalui peti-peti undi pada 9 Mei lalu.


Walaupun janji menangkap dan menyumbat Najib ke dalam penjara itu didendangkan dengan hebat ketika kempen pilihanraya diadakan, ia hanyalah penting untuk memastikan undi mereka benar-benar terlonggok kepada PH dan usaha menumbangkan BN menjadi kenyataan.


Setelah tugas itu selesai, kebencian kepada Najib dengan sendirinya sudah pun berakhir. Tidak pernah kita melihat Najib dicemuh, dilontar dengan kertas atau kata-kata kesat di tempat awam selepas beliau tidak lagi bergelar Perdana Menteri.


Apa-apa tugas seterusnya berkaitan Najib adalah terserah kepada agensi-agensi penguatkuasa, termasuk Jabatan Peguam Negara.


Dengan terbentuknya kerajaan baru PH, berbanding memenjarakan Najib, harapan rakyat sebetulnya jauh lebih tinggi agar janji-janji manifesto segera dipenuhi terutamanya berkaitan PTPTN, hutang peneroka, pemansuhan tol, memastikan harga barang turun setelah tiada GST, menstabilkan kos sara hidup dan lain-lain seumpamanya berbanding pemenjaraannya.


Pendeknya, melalui pembentukan kerajaan baru ini, yang jauh lebih diharap-harapkan oleh rakyat ialah kepedulian kerajaan terhadap kebajikan dan perut mereka.


Inilah yang menyebabkan asas mengapa merosotnya sokongan rakyat kepada PH sehingga Anwar Ibrahim dan Dr. Rais Yatim pun bersuara mengenainya di mana kemudiannya Tun Mahathir sendiri juga mahu soal kos sara hidup rakyat ini diberi perhatian yang utama.


Dalam konteks janji manifesto, melaksanakan tiga perkara tersebut - tol, hutang peneroka Felda dan PTPTN - selain merupakan ikrar yang tidak boleh dimunafikkan oleh kerajaan, melaksanakannya juga bererti adanya kepedulian pemimpin kepada soal perut, kebajikan dan kos sara hidup rakyat.


Kalau pun Najib dipenjarakan secepat mungkin, apakah ia bermakna perut dan kebajikan rakyat sudah terjaga?


Dalam hal ini, Najib mungkin ada kesalahan tertentu yang memungkinkan beliau perlu dibawa ke mahkamah, dibicara dan kemudian dihukum penjara, namun semua tindakan itu hanya memberi impak yang terlalu sedikit kepada tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan PH.


Sekali lagi, keutamaan rakyat sebenar ialah kebajikan dan perut mereka, apa lagi sesuatu yang sudah dijanjikan dan rakyat pula sudah mendahuluinya dengan memberikan undi, bukannya sama ada Najib dipenjarakan atau masih mampu berlagak seolah-olah masih lagi Perdana Menteri.


Lihat saja bagaimana Anwar yang pernah dipenjarakan oleh Tun Mahathir sendiri pada 1998 dahulu, apakah sehingga tumbangnya BN pada 2018, rakyat menjadi puas hati kepada kerajaan?


Jika rakyat berpuas hati dengan pemenjaraan Anwar, mengapakah akhirnya Tun Mahathir sendiri yang terpaksa pergi ke mahkamah untuk bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagi tujuan berbaik-baik serta berdamai sebelum mampu menumbangkan BN?


Bukankah Anwar yang dipenjarakan sepatutnya sudah menyebabkan gabungan pembangkang jadi berkecai kerana rakyat autumatik akan berpuas hati kepada kerajaan? (ShahbudinHusin 29/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/memenjarakan-najib-semata-mata-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Rakyat Gembira Dengan Ph Jika Najib Dipenjarakan Cepat

Kadir Rakyat Gembira Dengan Ph Jika Najib Dipenjarakan Cepat

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 252 hits
Diterbitkan Hari ini 10 12 pagi Prestasi Pakatan Harapan setakat ini telah merosot berbanding jangkaan penyokongnya kata wartawan veteran A Kadir JasinKadir berkata orang ramai menjangkakan mereka akan dapat melihat bekas perdana menteri Na...
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 432 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 339 hits
Keberangkatan baginda sememangnya ditunggu penduduk Temerloh apatah lagi baginda bakal ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong pada 31 Januari ini
Najib Uncle Lim Gembira Dapat Jawatan Menteri Hal Ehwal Najib Tapi

Najib Uncle Lim Gembira Dapat Jawatan Menteri Hal Ehwal Najib Tapi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 357 hits
Nampak sangat Uncle amat puas hati dan gembira dengan jawatan barunya Buat kerja dengan baik baik Jangan hampakan amanat yang diberikan Petang tadi juga Kit Siang menyeru kepada rakyat untuk tidak undi Najib di Cameron Highlands supaya Mala...
Mendekati Rakyat Pun Tiru Najib Jugak

Mendekati Rakyat Pun Tiru Najib Jugak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 378 hits
Sekarang saya faham kenapa bila minyak sepatutnya naik ia turun komen seorang pengguna media sosial yang saya baca dalam posting mengenai satu lawatan di TBS semalam entah apalah maksudnya dengan berkata demikian saya pun tak tahu Kembali D...
Bukan Foto Cantik Semata Mata Norman Hakim Mahu Anak Kongsi Perkara Bermanfaat Di Media Sosial

Bukan Foto Cantik Semata Mata Norman Hakim Mahu Anak Kongsi Perkara Bermanfaat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1350 hits
Anak Norman Hakim Marissa Dania memang cantik orangnya Walau pun baru berusia 14 tahun namun pesona gadis ini berjaya mencuri tumpuan ramai Lebih lebih lagi di dalam media sosial Perhatian yang diterima Marissa secara tidak langsung menjadi...
Tipulah Kalau Korang Tak Pernah Buat Semua Ni Semata Mata Nak Benda Percuma Betul Tak

Tipulah Kalau Korang Tak Pernah Buat Semua Ni Semata Mata Nak Benda Percuma Betul Tak

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 381 hits
Siapa yang tak suka perkara percuma tak payah susah susah keluar duit tenaga tapi boleh enjoy macam macam perkara Mesti korang fikir ada ke lagi benda percuma zaman sekarang ni Eh ada dan kami yakin ramai antara korang yang pernah buat semu...
Kisah Sedih Ditipu Sepupu Sendiri Tubuh Dijual Oleh Sepupu Semata Mata Untuk Bayar Sewa Bilik

Kisah Sedih Ditipu Sepupu Sendiri Tubuh Dijual Oleh Sepupu Semata Mata Untuk Bayar Sewa Bilik

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 588 hits
Mangsa Orang Ambik Kesempatan Nak kata naif ada ilmu Cuma tak tahu akibat perbuatan yang dilakukan oleh orang itu menjadikan dia boleh mengandung Datang dihantar oleh emak ayah dan kakak Sekali lihat tulisan di dalam borang profile diri dap...
Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 492 hits
Buat selfie pun salah Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya Rileks lah Saya ke sini untuk jalan jalan sembang sembang dan makan ikan bakar sahaja Tahun lepas nak sekat saya main FB sekarang nak larang saya self...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia