Kadir Rakyat Gembira Dengan Ph Jika Najib Dipenjarakan Cepat


Diterbitkan Hari ini 10:12 pagi 

Prestasi Pakatan Harapan (PH) setakat ini telah merosot berbanding jangkaan penyokongnya, kata wartawan veteran A Kadir Jasin

Kadir berkata orang ramai menjangkakan mereka akan dapat melihat bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan beberapa "bulan lalu."

"Mereka kecewa melihat dia (Najib) berkelakuan seolah-olah dia masih perdana menteri.

"Penyokongnya kembali mendapatkan keyakinan mereka dan menjulangnya - yang terkini dengan kempen "malu apa bosku ".

"Tanpa menghalang dia dan mereka yang berkomplot dengannya mendapatkan keadilan, rakyat akan lebih gembira jika mereka ke penjara atas kesalahan mereka secepat mungkin," tulis Kadir di blognya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekalahan PH dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada Sabtu.

Najib sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal 1MDB dan menghadapi 38 pertuduhan jenayah kerana menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pertuduhan pertama terhadapnya dibuat pada September lalu, namun perbicaraan masih belum bermula.

Najib bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan terhadap beliau.
Sementara itu, Kadir yang juga penasihat media Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan PH juga menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan terhadap perkara lain.

"Saya terpaksa memberi markah yang rendah kepada menteri yang bertanggungjawab untuk pengeluaran makanan, bekalan, pengangkutan, harga, pemantauan dan penguatkuasaan.

"Harga makanan yang berpatutan menjadi isu. Orang tua dilaporkan mati kerana mahukan makanan percuma!

"Para menteri yang bertanggungjawab untuk perpaduan negara, pembangunan luar bandar, pendidikan dan pelancongan juga harus menyinsing lengan baju mereka atau berdepan desakan agar mereka disingkirkan," katanya.

Kadir berkata rakyat tidak mahu lagi kerajaan hari ini menyatakan mereka akan mengkaji sesuatu perkara atau hanya menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

Selain itu beliau menambah, pemimpin PH juga harus bersikap lebih mesra kepada rakyat.

Kadir memberikan contoh beliau melihat para menteri dan timbalan mereka hanya berkumpul di meja VIP di Cameron Highlands dan tidak bercampur gaul dengan rakyat.

"Orang-orang yang mengambil risiko mengundi PH pada pilihan raya umum yang lalu lebih berhak mendapat daripada apa yang sedang ditawarkan sekarang.

"Seperti yang saya nyatakan dalam catatan Facebook saya pada 27 Januari, keputusan Cameron Highlands menunjukkan bahawa terdapat bahaya yang jelas kepada PH pada masa ini.

"Jika rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh mengundi untuk singkirkan PH," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/kadir-rakyat-gembira-dengan-ph-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memenjarakan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Rakyat Gembira

Memenjarakan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Rakyat Gembira

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 375 hits
Dalam tulisannya yang seperti biasa adalah atas kapasiti peribadi sebagai blogger dan bukan sebagai Pegawai Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri A Kadir Jasin berkata rakyat akan lebih gembira terhadap kerajaan selepas berakhirnya PR...
Ingat Rakyat Suka Ditipu Najib

Ingat Rakyat Suka Ditipu Najib

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 367 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rasional kenyataan beliau terhadap kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Cameron Highlands sebagai kemenangan rakyat Najib berkata kemenangan BN di Parlimen Came...
Mendekati Rakyat Pun Tiru Najib Jugak

Mendekati Rakyat Pun Tiru Najib Jugak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 379 hits
Sekarang saya faham kenapa bila minyak sepatutnya naik ia turun komen seorang pengguna media sosial yang saya baca dalam posting mengenai satu lawatan di TBS semalam entah apalah maksudnya dengan berkata demikian saya pun tak tahu Kembali D...
Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 494 hits
Buat selfie pun salah Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya Rileks lah Saya ke sini untuk jalan jalan sembang sembang dan makan ikan bakar sahaja Tahun lepas nak sekat saya main FB sekarang nak larang saya self...
Najib Peningkatan Aset Kwsp Bukti Kekayaan Rakyat

Najib Peningkatan Aset Kwsp Bukti Kekayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 484 hits
Jumlah aset yang dikumpul KWSP adalah antara satu petunjuk terbaik terhadap kekayaan rakyat Negara yang ditadbir dengan baik adil dan mementingkan rakyat akan menghasilkan situasi di mana kekayaan rakyat akan meningkat dengan lebih cepat be...
Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

Rakyat Asnaf Gembira Bertemu Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 341 hits
Keberangkatan baginda sememangnya ditunggu penduduk Temerloh apatah lagi baginda bakal ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong pada 31 Januari ini
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul