Membuang Sarang Burung Di Kawasan Rumah



Soalan:
Di luar rumah saya ada sebuah gazebo yang dibina untuk santai bersama keluarga. Sekarang ada kumpulan burung membuat sarang pada kipas di gazebo. Apakah hukumnya jika saya membuang sarang tersebut?

Jawapan:
Islam adalah agama yang mengangkat nilai kasih sayang kepada setiap makhluk yang ada. Nilai kasih sayang itu tidak terbatas hanya kepada yang beragama Islam, manusia atau makhluk yang mempunyai akal sahaja, tetapi merangkumi semua di alam ini sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107)

Begitu juga daripada hadith-hadith yang banyak mempamerkan keindahan akhlak Nabi SAW terhadap binatang. Antaranya kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA:

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي سَفَرٍ فَانْطَلَقَ لِحَاجَتِهِ فَرَأَيْنَا حُمَّرَةً مَعَهَا فَرْخَانِ فَأَخَذْنَا فَرْخَيْهَا فَجَاءَتِ الْحُمَّرَةُ فَجَعَلَتْ تَفْرُشُ فَجَاءَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏"‏ مَنْ فَجَعَ هَذِهِ بِوَلَدِهَا رُدُّوا وَلَدَهَا إِلَيْهَا ‏"‏.‏ وَرَأَى قَرْيَةَ نَمْلٍ قَدْ حَرَّقْنَاهَا فَقَالَ ‏"‏ مَنْ حَرَّقَ هَذِهِ ‏"‏‏.‏ قُلْنَا نَحْنُ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ إِنَّهُ لاَ يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلاَّ رَبُّ النَّارِ ‏".‏
Ketika mana kami bersama dengan Rasulullah SAW dalam permusafiran, Baginda pergi untuk menunaikan hajat. Maka (ketika itu) kami terlihat seekor hummarah (burung yang berwarna merah) yang bersama dua ekor anaknya. Maka kami pun mengambil salah seekor daripada anaknya. Maka Hummarah itu datang mengibas sayapnya (kerana marah anaknya diambil). Kemudian datanglah Nabi SAW, (melihat keadaan itu) Baginda SAW bersabda: “Siapa yang menganggu anak burung ini? Kembalikan kamu semua anaknya kepadanya.” Kemudian Baginda terlihat sarang semut yang telah kami bakar, Baginda SAW bersabda: “Siapa yang membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Tidaklah dibenarkan untuk menyiksakan dengan api melainkan pemilik api neraka.” [Riwayat Abu Daud (2675)]


Selain itu, Baginda SAW turut menceritakan sebuah kisah kepada para sahabat tentang kasih sayang terhadap binatang, Baginda SAW bersabda:

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ، فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ، فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ بِي، فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، فَسَقَى الْكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
“Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia berasa sangat dahaga, lalu terjumpa sebuah perigi. Dia pun turun ke dalamnya lalu minum. Ketika dia keluar dari perigi tersebut, dia ternampak seekor anjing yang menjelirkan lidahnya, memakan tanah kerana kehausan. Lelaki itu berkata: Anjing ini tentu sangat dahaga sebagaimana dahaga yang menimpaku sebentar tadi. Lalu dia pun turun semula ke dalam perigi, dan memenuhkan kasutnya dengan air, kemudian dia memegang kasutnya dengan mulutnya hingga dia berjaya memanjat sampai ke atas semula, lalu memberi anjing itu minum. Anjing itu bersyukur kepada Allah atas bantuan lelaki itu, lalu Allah mengampunkannya.” [Riwayat Bukhari (6009)]

Jelaslah, betapa tinggi nilai kasih sayang diterapkan kepada umat Islam sehinggakan diasingkan permasalah anjing yang tergolong sebagai najis yang berat, dengan masalah rahmat kepada binatang. Selain daripada kisah yang memaparkan keindahan rahmat Nabi kepada binatang, terdapat juga hadis yang mencela orang yang menzalimi binatang, sepertimana hadis yang masyhur tentang kisah wanita yang menzalimi kucing seperti yang diriwayatkan Abdullah Ibn Umar R.Anhuma:

‏ عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
“Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Maka dimasukkan dia ke dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (2365) dan Muslim (2242)]

Kesimpulan

Berdasarkan nas di atas, kami tegaskan bahawa menyayangi binatang adalah suatu tuntutan di dalam Islam. Manakala menzalimi adalah haram dan berdosa sepertimana nas yang menyebut balasan azab buat mereka yang menzalimi binatang.

Maka, menjawab persoalan ini, kami katakan sarang burung tersebut hendaklah dipindahkan ke tempat lain yang tinggi sebagai tanda kita merahmatinya serta bimbang sekiranya kita membuang dikira sebagai suatu kezaliman di sisi Allah SWT.

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami dan mempraktikkan agama-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/membuang-sarang-burung-di-kawasan-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setnov Makan Di Rumah Makan Padang Kemenkum Ham Sebut Masih Di Kawasan Rspad

Setnov Makan Di Rumah Makan Padang Kemenkum Ham Sebut Masih Di Kawasan Rspad

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 232 hits
Setnov Makan di Rumah Makan Padang Kemenkum HAM Sebut Masih di Kawasan RSPAD Pemilihan lokasi perawatan di RSPD pun tidak terlepas dari rujukan dokter karena penyakitnya butuh penanganan ekstra Ditambah tim kesehatan yang ada di Lapas Sukam...
Rumah Usang Di Pinggir Bukit

Rumah Usang Di Pinggir Bukit

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 491 hits
Hai assalamualaikum dan selamat malam korang Tengah buat tu Sembang sembang kosong aje ke Air takde Macamana permulaan puasa hari ini Macam macam ragam juga kita hari ini ye Letih penat haus mengantuk hikhik ingatkan adik adik kita yang bar...
Eh Pintu Rumah Akak Terbuka Ni Pemilik Terkejut Brader Pos Laju Beritahu Rumahnya Di Putrajaya Dipecah Masuk

Eh Pintu Rumah Akak Terbuka Ni Pemilik Terkejut Brader Pos Laju Beritahu Rumahnya Di Putrajaya Dipecah Masuk

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 691 hits
The ReporterHancur luluh hati pasangan suami isteri apabila dimaklumkan bahawa rumah mereka di Putrajaya dipecah masuk dan mengalami kerugian kira kira RM1 000 Lebih menyedihkan wang simpanan mereka berjumlah RM500 yang dikumpul untuk belan...
Jadi Sorotan Rumah Andre Taulany Berbalut Emas 22 Karat Ada Replika Ka Bah Dan Masjidil Haram

Jadi Sorotan Rumah Andre Taulany Berbalut Emas 22 Karat Ada Replika Ka Bah Dan Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 402 hits
Andre Taulany dan keluarga dilanda cobaan berat Dalam waktu berdekatan Andre Taulany dan keluarga jadi gunjingan Tak ayal nama Andre kini jadi perbincangan dimana mana Sebelumnya istri Andre Taulany Erin Taulany terseret kasus pencemaran na...
Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 744 hits
Mak mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni Tak semestinya ibu yang ada anak kecil tak boleh melakukan ibadah sunat ini sendirian di rumah Beri...
Persiapkan Masa Tua Ruben Onsu Beli Rumah Di Amsterdam

Persiapkan Masa Tua Ruben Onsu Beli Rumah Di Amsterdam

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 258 hits
Ruben Onsu menjadi salah satu artis yang sudah mempersiapkan rencana di masa depan termasuk hari tuanya kelak Meski saat ini umurnya masih 35 tahun Ruben mengaku sudah mempunyai rencana untuk menghabiskan masa tuanya di luar negeri
Dijel 6 Tahun Denda Rm1 000 Bakar Rumah Ibu

Dijel 6 Tahun Denda Rm1 000 Bakar Rumah Ibu

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 330 hits
KOTA BHARU Seorang penganggur dipenjara enam tahun dan denda RM1 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membakar rumah ibunya Sabtu lalu Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ahmad Musli Rudi...
Junandus Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

Junandus Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 875 hits
Fadzi memang suka makan kek Aneeq pun suka Nak nak lagi kalau kek tu cantik dan sedap Memang sanggup habis duit beli mahal mahal tapi yang penting kena sedap dimakan Sekarang ni kek bukan saja kena sedap Tapi kena cantik jugak Barulah orang...
Contoh Hiasan Rumah Yang Simple Tapi Menarik

Contoh Hiasan Rumah Yang Simple Tapi Menarik

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 2938 hits
Contoh Hiasan Rumah Yang Simple Tapi Menarik Bila nak datangnya raya maka makin sibuk kita menghias rumah agar kelihatan cantik dan kemas Biarpun rumah kecik tapi jika pandai menghias rumah nampak luas dengan gaya yang minimalis Saya kerja ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat