Eh Pintu Rumah Akak Terbuka Ni Pemilik Terkejut Brader Pos Laju Beritahu Rumahnya Di Putrajaya Dipecah Masuk


The Reporter


Hancur luluh hati pasangan suami isteri apabila dimaklumkan bahawa rumah mereka di Putrajaya dipecah masuk dan mengalami kerugian kira-kira RM1,000. Lebih menyedihkan, wang simpanan mereka berjumlah RM500 yang dikumpul untuk belanja dapur di bulan ramadan ini turut dilesapkan. 
Pasangan itu hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh kakitangan Pos Laju. Mereka yang berada di Kota Tinggi pada waktu itu terus bergegas pulang ke Putrajaya dan melihat sendiri kediaman mereka berselerak angkara penyamun. 
Berdasarkan perkongsian mangsa, kes pecah rumah di Putrajaya semakin menjadi-jadi dan warga penduduk di Putrajaya dinasihatkan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pintu rumah masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku

SELEPAS solat Jumaat, saya terima panggilan dari brader Pos Laju, katanya ada parcel untuk saya. Saya jawab, kami dah dua hari balik kampung di Kota Tinggi. Brader Pos Laju itu kata, "Eh? Pintu rumah akak terbuka ni.". 
Saya terus menggeletar. Baru semalam kecoh dalam group WhatsApp komuniti, rumah jiran kena pecah masuk. Emas dan wang tunai berjumlah RM2,000 lesap. 
Saya tanya, "Pintu pecah ke?" 
"A'ah kak, pintu pecah ni," jawab brader Pos Laju. 
Saya terus berlari bergegas mengejutkan suami/ Bos baru lelap balik dari masjid. 
"Bang! Bang! Rumah kita kena pecah!" 
Saya panik, terus WhatsApp dalam group komuniti minta jiran tengokkan rumah. Ya, memang kena pecah. Saya terus call polis minta tolong datang rumah. Kami bergegas bersiap balik ke Putrajaya. 
Dalam perjalanan balik, terima WhatsApp dari adik cleaner. Katanya pagi tadi dia menyapu depan rumah, pintu masih berkunci. Jam 11 pagi, jiran searas lalu depan rumah, pintu sudah terbuka. 
Enam perjalanan dalam kereta terasa sangat lama. Kami banyak berdiam diri dan perasaan bercampur-baur. 
Sampai di rumah, rasa nak luruh jantung. Duit tunai RM500 buat beli barang dapur untuk ramadan ini lesap. Duit itu sebenarnya tertinggal. Bilik-bilik pula macam tongkang pecah. Stor dengan dapur pun tidak terkecuali. 



Sedih, marah, kecewa semuanya ada. Saya tengok suami, suami tengok saya. 
Polis call minta saya nyatakan berapa nilai kerugian. Laporan sudah dibuat petang tadi oleh pihak polis. Tak banyak, tak sampai RM1,000. Tetapi duit RM500 tadi saja yang ada buat nak hidup sampai gaji nanti

Polis pun siap pesan, sekarang ini memang dah banyak kes pecah rumah di Putrajaya. Kalau nak tinggalkan rumah, bawa sekali barang berharga. 
Allah Maha Baik. Patutlah masa saya nak keluar rumah, hati saya terdetik nak bawa emas. Syukurlah masih ada sedikit pampasan. Ini pun macam nak habis nyawa menabung. 


Rumah kami, rumah kedua yang kena pecah masuk dalam tempoh tak sampai 24 jam. Modus operandi jenayah sama, tak tinggalkan mangga. Polis syak suspek ada alat yang boleh merosakkan mekanisma mangga yang mungkin dilakukan oleh dua orang sebab pintu rumah kami berat. Pintu solid ringatan api. Mana mungkin orang tak dengar masa pintu dipecahkan. Benda yang suspek ambil, sama. Duit dan emas sahaja. Yang lain tidak diusik. 
Malam itu, anxiety saya triggered agak teruk. Saya rasa resah lain macam. Nak tidur rumah sendiri jadi takut. Saya ajak suami balik rumah mak di Kuala Lumpur. Saya pujuk suami, "Kita rehat di KL dulu ya bang. Esok kita kemas." 
Semalam, pagi-pagi kami dah balik ke Putrajaya. Sehari suntuk kami mengemas. Brader maintenance pun dah siap repairkan pintu, pasang lock. Sambil-sambil mengemas, air mata mengalir lagi. Yalah, tak pernah kena kan. Jadi, menangislah juga mengenangkan nasib. 
Selepas dah siap semua, usai solat, saja saya selak-selak tafsir Quran. Hati saya tersentak bila terbaca ayat ini:
"Apa yang ada pada kamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (97)
"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (98)
"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam" (99)
"Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka" (100)
Surah An-Nahl.
Saya menangis lagi. Sentap beb. Sebab saya susah hati sangat bab duit sampai solat pun tak khusyuk. Saya lupa, saya ada Allah untuk saya minta sungguh-sungguh. Sungguh saya alpa hanya sebab mengenangkan susah di dunia

Banyak betul pengajaran pecah rumah ini buat kami. Nak-nak pula, esok sudah masuk bulan Ramadan. Kalau nak difikirkan, sikit saja Allah uji. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin lebih dasyat dan tragis

Ya Allah.. Aku mintak maaf, Ya Allah, aku mintak ampun

Terima kasih baca coretan saya disini. Saja tulis panjang-panjang, buat kenangan. Dengan rasa rendah diri, saya Nor Nazia Suhaimi, minta ampun dan minta maaf atas segala salah silap saya. Sama ada saya sedar atau tidak. Saya betul-betul minta maaf

Selamat menyambut bulan puasa, sahabat. Semoga kita pulun kejar pahala

Ahlan wasahlan Ya Ramadan

Sumber: Nazia Suhaimi

May 06, 2019 at 02:54PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/05/eh-pintu-rumah-akak-terbuka-ni-pemilik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutup Rapat Pintu Rumah Jika Tidak Ummu Sibyan Akan Masuk Mengganggu Anak Kecil Kita

Tutup Rapat Pintu Rumah Jika Tidak Ummu Sibyan Akan Masuk Mengganggu Anak Kecil Kita

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 610 hits
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang kadang kadang berwarna jingga atau merah menyala Pada waktu itulah seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil meng...
Ingatkan Siapa Yang Datang Wanita Terkejut Buaya Ketuk Pintu Rumah

Ingatkan Siapa Yang Datang Wanita Terkejut Buaya Ketuk Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 532 hits
Siapa yang tidak terkejut apabila melihat seekor buaya seolah olah sedang berdiri mengetuk pintu rumah Pada mulanya pemilik rumah Karen Alfano ingatkan tetamu yang datang ke rumahnya di Pantai Myrtle selatan California itu Wanita tersebut s...
Michael Ang Mimpi Masuk Rumah 4 Segi Berbau Ros

Michael Ang Mimpi Masuk Rumah 4 Segi Berbau Ros

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Penghujung Syaaban ini industri seni khususnya menerima perkhabaran gembira apabila pengarah tersohor Michael Ang mengumumkan berita beliau memeluk agama Islam sejak setahun lalu Berduyun duyun ucapan syu...
Jurubina Landskap Amuk Musnah Laman Pemilik Rumah Kerana Hutang 163 7 300

Jurubina Landskap Amuk Musnah Laman Pemilik Rumah Kerana Hutang 163 7 300

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 520 hits
08 Mei 2019 3 00 AM LONDON Sekumpulan jurubina landskap laman memusnahkan ruang berturap di sisi sebuah kediaman yang baru dibina selepas pemiliknya gagal melunaskan bayaran sebanyak 7 300 RM39 6
Skmm Serbu Rumah Pemilik Akaun Facebook Blog Abu Leman

Skmm Serbu Rumah Pemilik Akaun Facebook Blog Abu Leman

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 550 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini menyerbu rumah seorang pemilik akaun Facebook dan blog Abu Leman di Bemban Melaka kerana dipercayai menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin neg
Disengat Lebah 5 Bocah Sd Di Kediri Masuk Rumah Sakit

Disengat Lebah 5 Bocah Sd Di Kediri Masuk Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 335 hits
Laporan tadi kemudian ditindaklanjuti oleh anggota Satpol PP Kota Kediri dengan mendatangi langsung ke lokasi Diperoleh keterangan jika lebah tersebut ternyata sudah melukai lima pelajar kelas 6 SD setempat
Siapa Akak Wongshu Wongshu Yang Cakap Laju Dalam Nur 2 Ni

Siapa Akak Wongshu Wongshu Yang Cakap Laju Dalam Nur 2 Ni

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 852 hits
Siapa kat sini tak layan Nur 2 Ye tak layan Sebab drama bersiri ni kan tengah menjadi fenomena sekarang Jadi boleh dikatakan tak ramai yang tak mengikuti drama yang mendalam ni Abaikan Nur Aisyah sup bunjut Ustaz Adam dan Ustaz Hamadi tu na...
My Parcel Asia We Are Still Rm6 50 Send 5kg Using Pos Laju

My Parcel Asia We Are Still Rm6 50 Send 5kg Using Pos Laju

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 563 hits
My Parcel Asia We Are Still RM6 50 send 5KG Using Pos LajuMy Parcel Asia We Are Still RM6 50 send 5KG Using Pos Laju
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket