Membokar Putar Belit Najib



rKredit: Dr. Fikir
1. Tulisan ini dibuat untuk membongkar secara terperinci penipuan yang dibuat oleh Najib Razak dalam posting terbaru di FB nya pada 10 April 2020. Posting pada FB nya boleh dibaca di sini:

Petang tadi, syarikat penarafan antarabangsa Fitch mengekalkan penarafan Malaysia pada gred A- walaupun mereka menyemak…
Posted by Najib Razak on Thursday, April 9, 2020
2. Ini bukanlah kali pertama penipuanya dibongkar. Tetapi oleh kerana dia terus menipu, saya terpaksa mendedahkannya lagi. Sebelum ini juga saya telah tulis mengenai penipuannya.
3. Saya harap pembaca dapat luangkan masa untuk membaca dan memahami tulisan yang agak Panjang ini. Ini adalah penting supaya kita menjadi masyarakat yang rajin membaca, suka berfikir dan sentiasa utamakan fakta kebenaran dan tidak terpedaya dengan tulisan orang politik seperti Najib Razak.
4. Saya tidak suruh anda percaya kepada saya. Tetapi saya nak anda percaya kepada fakta yang didedahkan dari laporan-laporan pihak berkuasa seperti Laporan PAC, Laporan Audit, dan lain-lain. Saya serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk membaca dan menilai.
5. Dalam tulisan tersebut Najib menulis bahawa jika kerajaan PH tidak jual asset negara dan menjarah duit Petronas RM174 billion, deficit 2018 dan 2019 akan jauh lebih besar.
6. Anda perhatikan ayat ini betul-betul. Kalau anda faham, ada dua putarbelit yang dibuat oleh Najib. Pertama, dia mengatakan mengenai jual asset negara. Ini dia maksudkan dengan penjualan asset oleh Khazanah. Disini menunjukkan kelemahan Najib. Sebenarnya, dia tak tahu bagaimana syarikat Khazanah beroperasi. Untuk makluman pembaca, model perniagaan Khazanah adalah jual dan beli asset. Ini adalah caranya yang dibuat oleh Khazanah untuk menjana keuntungan yang besar untuk bayar dividen kepada kerajaan dan menggunakan hasil selebihnya untuk buat pelaburan baru. Ini diamalkan oleh Khazanah semenjak awal penubuhannya. Sebab itu, setiap tahun, dalam laporan yang dibentangkan oleh Khazanah, mereka akan sebut asset yang dilupuskan dan asset yang dibeli. Setiap tahun akan ada. Sekiranya Khazanah gagal melupuskan asset mereka seperti yang sepatutnya, keuntungan Khazanah akan berkurang dan menjejaskan bayaran dividen kepada kerajaan. Pembaca boleh semak segala kenyataan yang dibuat oleh Khazanah setiap tahun. Khazanah bukanlah seperti KWSP atau TH yang mempunyai dana simpanan pencarum yang banyak yang boleh digunakan untuk pelaburan. Sebab itu mereka perlu melupuskan asset untuk mengembangkan portfolio mereka. Inilah model perniagaan mereka.
7. Putarbelit kedua dalam ayat tersebut adalah menjarah Petronas sebanyak RM174 billion. Ini juga menunjukkan bahawa Najib tidak mempunyai pengetahuan mengenai urusan kewangan. Untuk pengetahuan pembaca, Petronas adalah syarikat milik kerajaan Malaysia. Sebagai syarikat kerajaan, setiap tahun Petronas akan bayar dividen daripada keuntungan mereka. Dan untuk pengetahun pembaca, semasa kerajaan membentangkan belanjawan, bayaran dividen oleh Petronas ini telah dimasukkan sebagai hasil. Ini berlaku setiap tahun sejak azali termasuk semasa zaman Najib. Ianya bukan menjarah. Ianya adalah bayaran dividen yang memang perlu dibayar oleh Petronas. Hanya kerajaan PH minta dividen khas dari Petronas sebanyak RM30 billion untuk tahun 2019 bertujuan untuk bayaran refund GST dan refund income tax (penjelasan lanjut dibawah). Kalaulah Najib nak guna perkataan menjarah, dia boleh guna untuk RM30 billion ini. Ini kerana RM30 billion ini adalah dividen khas yang diminta dan bukannya dividen biasa yang dibayar oleh Petronas.
8. Sekarang cuba lihat balik ayat Najib tersebut. Sekiranya tak jual asset (maksudnya Khazanah tidak dapat jana keuntungan besar dan tak dapat bayar dividen kepada kerajaan) dan sekiranya tak `jarah’ Petronas (maksudnya Petronas tak bayar dividen kepada kerajaan seperti sepatutnya), deficit akan tinggi. Nampak tak apa yang Najib putarbelit disini? Sudah semestinya deficit akan besar sebab hasil kerajaan akan rendah (iaitu takde dividien dari Khazanah dan Petronas). Sejak azali lagi termasuk semasa zaman BN pun, kalau takde dividen dari Khazanah dan Petronas, sudah tentu deficit kerajaan akan tinggi. Kalau Khazanah tak jual asset pada zaman Najib dan Najib tidak `menjarah’ duit Petronas, sudah pasti deficit pada zaman Najib akan terlalu tinggi. Diantara sebab deficit kerajaan tidak tinggi dari dulu sehingga kini adalah kerana setiap tahun kita mendapat dividen dari Khazanah dan Petronas disamping hasil-hasil lain seperti cukai. Nampak tak putarbelit najib disini? DIa cuba untuk mengelirukan pembaca sedangkan menjual asset oleh Khazanah dan mendapat dividen dari Petronas adalah perkara yang dilakukan bertahun-tahun semenjak azali.
9. Seterusnya, Najib menyebut, PH kata menjarah Petronas kerana terpaksa membayar balik refund GST. Disini juga Najib salah. Pertamanya, dividen khas yang diminta oleh kerajaan PH adalah RM30 billion. Yang lain itu adalah dividen biasa dari perniagaan Petronas yang dibayar setiap tahun. Keduanya, duit RM30 billion ini bukan sahaja untuk bayar refund GST tetapi adalah juga untuk bayar refund income tax. RM19.4B untuk refund GST dan RM16.7B untuk refund income tax. Kedua-dua ini adalah peninggalan BN iaitu pada zaman Najib Razak. Mari kita lihat soalan-soalan najib ye…. Kita tengok siapa yang kantoi.
10. Soalan najib: Kenapa perlu jarah RM82 billion untuk bayar RM19.2 billion? Jawapan saya: Disini sahaja dah menunjukkan Najib menipu. Saya percaya pembaca pun boleh Nampak penipuan Najib. Seperi yang saya jelaskan diatas, jumlah tunggakan refund GST yang ditinggalkan oleh Najib adalah RM19.4B dan RM16.7B untuk refund income tax. Jumlah kedua-duanya adalah RM37B. Kerajaan PH hanya meminta RM30B untuk bayar hutang peniggalan Najib ini. RM30B ini adalah lebih rendah dari jumlah RM37B. Tapi Najib tanya kenapa jarah RM82B untuk bayar RM19.2B. Kenapa Najib sebut RM82B dan bukannya RM30B? Ini adalah kerana dia mencampurkan sekali dengan dividen tahunan yang perlu dibayar oleh Petronas. Ingat tak diatas tadi, Najib menggunakan angka RM174B? Ini adalah kerana dia mencampurkan pula dividen tahun Petronas untuk dua tahun. Adakah Najib tidak tahu bahawa Petronas membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan? Adakah Najib tidak tahu bahawa bayaran dividen oleh Petronas ini dimasukkan dalam bajet negara setiap tahun? Adakah Najib tidak tahu bahawa kerajaan PH hanya meminta dividen khas RM30B dari Petronas untuk membayar hutang yang ditinggalkan untuk GST dan LHDN? Silalah tanya najib. Berani tak dia Jawab? Confirm tak berani, sebab sebelum Jawab pun dah kantoi.
11. Soalan Najib: Apa terjadi dengan kutipan GST Mac, April dan Mei 2018 yang mereka tidak bayar balik? Jawapan saya: Disini Najib menunjukkan bahawa dia tak baca pun laporan PAC dan Laporan-laporan lain. Kalau dia baca laporan PAC, tentu dia tahu bahawa kesemua kutipan GST telah dimasukkan ke akaun hasil disatukan (Najib melanggar akta GST disini). Menurut laporan PAC, pada 30 April 2018, hasil dalam akaun disatukan adalah RM450 juta dan baki akaun refund GST pada 31/5/2018 adalah RM152 juta. Najib tanya kemana perginya hasil kutipan GST bulan Mac dan April. Sekarang saya pula tanya, kenapa dalam akaun disatukan hanya ada RM450 juta pada akhir bulan April? Mana perginya kutipan GST pada zaman kamu? Kan dah kantoi. Untuk pengetahun pembaca juga, jumlah permohonan refund GST pada tahun 2018 adalah RM18.3B. daripada jumlah ini sebanyak RM13.3B adalah untuk bulan Februari dan Mac. Tuntutan selebihnya iaitu RM5B adalah untuk April dan Mei 2018.
12. Soalan Najib: Bagaiman kerajaan tanggung tax holiday dan kutipan hasil yang lebih rendah? Jawapan saya: kerajaan PH buat bajet revision dan menaikkan deficit kerana hasil adalah lebih rendah daripada perbelanjaan. L
13. Seterusnya Najib terus menipu bahawa kononnya BN tinggalkan RM22.85B dan kununnya PH dah gunakan duit tersebut. Jelas disini Najib tidak membaca laporan PAC. Walaupun dah pernah dijawab, takpe saya kupas satu persatu ye. Saya kupas satu persatu penipuan Najib ni. Sila baca, seronok ni.
14. Pada 24 Oktober 2018, dalam prosiding PAC, Najib mengatakan bahawa kesemua hasil kutipan GST dimasukkan ke akaun hasil disatukan kerana ini berkaitan dengan cash flow management. Kalau ada perkara-perkara yang mendesak barangkali dana tersebut digunakan. “it is a cash flow problem because the demands by other services…” Disini Najib mengaku bahawa kutipan GST itu digunakan untuk keperluan-keperluan lain yang mendesak. Kemudian Najib menambah lagi bahawa kalau GST diteruskan, maka kerajaan akan ada dana untuk bayar balik. Maksudnya apa? Maksudnya duit untuik bayar balik GST tu dah takde. Ianya akan ada cukup dana kalau GST diteruskan. Dengan kata lain, duit kutipan GST dah habis digunakan. Nak bayar tuntutan yang tertunggak dah tak cukup maka perlu guna kutipan GST yang baru… kira macam gali lubang, tutup lubang. Duit dah habis pakai, tunggakan lama tak bayar lagi, kita kutip GST akan datang untuk bayar tunggakan lama. Itulah maksudnya. Sila rujuk kenyataan Najib pada mukasurat 12, Laporan PAC.
15. Kemudian pada prosiding 13/9/2018, Irwan Sarigar pula kata, Jawatankuasa pembayaran balik GST akan pertimbangkan permintaan Jabatan Kastam dan akan melihat situasi hasil kerajaan. Kalau hasil tak cukup untuk tampung perbelanjaan, maka kerajaan terpaksa tangguhkan dulu sesetengah pembayaran. Maksudnya apa? Maksudnya, Pada zaman BN, ada tuntutan yang tak dapat dibayar kerana kerajaan terpaksa gunakan dulu duit GST tu kerana untuk memenuhi operating expenditure. Kalau ada lebih barulah buat bayaran balik GST. Kenyataan Irwan boleh dibaca pada mukasurat 13, Laporan PAC.
16. Untuk pengetahun pembaca, baki dalam akaun bayaran balik GST pada 31/5/2018 adalah RM152 juta (mukasurat 19, laporan PAC). Jumlah ini tidak cukup untuk bayar tunggakan sebanyak RM19.4B itu. Perhatikan Tarikh 31/5/2018 itu.
17. Jadi kita tahu bahawa pada 31 May, dalam tabung refund GST tu hanya ada RM152 juta. Mungkinkah duit GST tu ada dalam akaun hasil disatukan? Bukankah telah dikatakan tadi bahawa semua hasil dimasukkan ke akaun hasil disatukan? Baiklah, mari kita tengok baki akaun hasil disatukan pula…(sila rujuk mukasurat 21, laporan PAC)
Pada 31/12/2017, baki akaun hasil disatukan adalah RM11.86B
Pada 31/1/2018, baki akaun hasil disatukan adalah RM5.7B
Pada 28/2/2018, baki akaun hasil disatukan adalah RM5.3B
Pada 31/3/2018, baki akaun hasil disatukan adalah RM3.9B
Pada 30/4/2018, baki akaun hasil disatukan adalah RM450 juta
18. Ehhh…dalam akaun hasil disatukan pun Cuma tinggal RM450 juta sahaja pada akhir April 2018. Dalam akaun refund GST Cuma ada RM152 juta. Disini Cuma RM450 juta. Disini disana disini disana…ehh ter tiktiok pulak. Jadi mana perginya hasil kutipan GST yang berbilliun itu? Jeng jeng jeng….. sebenarnya hasil kutipan GST itu dah selamat digunakan oleh kerajaan BN…… Saya ulang, dalam akaun hasil disatukan (iaitu akaun dimana kutipan GST dimasukkan), pada 30/4/2018 Cuma tinggal RM450 juta sahaja. Dalam akaun refund GST pula hanya ada RM152 juta sahaja. Jumlah tuntutan bayaran balik GST dari 2015 sehingga 2018 adalah sebanyak RM19.4B. Dah kalau dalam akaun hasil dan akaun refund Cuma tinggal beberapa ratus juta sahaja, macam mana nak bayar tunggakan GST RM19.4B Najib oiiiii…..
19. Mari kita dedahkan lagi fakta…..mari kita lihat lagi pada muka surat 22 laporan PAC. Datuk Ahmad Badri mengatakan bahawa RM19.4B ini telah digunakan untuk pelbagai dasar kerajaan terdahulu. Terdahulu. Terdahulu…ehh ter tiktok lagi. Jelas kenyataan ini selari dengan kenyataan lain seperti yang saya tunjukkan pada point 14,15,16,17 dan 18 diatas. Maksudnya disini, duit RM19.4B itu, kerajaan Najib dah belanja untuk tujuan lain, maka takdelah lagi RM19.4B itu, yang tinggal hanyalah beberapa ratus juta sahaja… ish ish ish… teruk tak Najib ni? Dah lah dia belanja habis semua kutipan GST, tunggakan refund gst dia tak bayar, lepas tu dia boleh tuduh kerajaan PH pulak yang belanja duit tu? Tidakkan pembaca sekalian Nampak penipuan Najib disini? Tidak kah rasa nak pelangkung Najib?
20. Adakah ada yang masih tak percaya dengan pendedahan ini? Takpe, kita tambah lagi fakta. Mari kita semak rumusan PAC pula dan lihat kenapa kerajaan Najib boleh terbelanja duit GST ni? Sila lihat mukasurat 50, laporan PAC, perkara 4. Kerajaan sebelum ini iaitu kerajaan Najib, telah terlebih anggar hasil bersih GST yang dikutip iaitu pada kadar 65% dari hasil kutipan GST. Maksudnya apa? Maksudnya, kerjaaann Najib salah buat anggaran. Dari kutipan GST, mereka gunakan 65%. Cuma 35% sahaja yang mereka simpan untuk bayar balik tuntutan. Itupun kebiasaanya tak sampai 35%. Ada kalanya mereka Cuma simpan 30% sahaja sedangkan kadar sewajarnya yang perlu disimpan adalah 42%. Apabila mereka dah terlebih belanja, maka tak cukuplah nak bayar balik tunggakan….. sebab itulah duit habis, tunggakan tak boleh bayar.
21. Harap pembaca dah jelas sejelas-jelasnya. Ada beberapa perkara penting disini:-
Pertama: Kerajaan Najib dah belanja kesemua hasil kutipan GST sehingga tak mampu nak bayar tunggakan refund. Yang mereka tinggalkan hanyalah RM450 juta (akaun hasil) dan RM152 juta (akaun refund). Jadi tak cukup untuk bayar balik tunggakan refund RM19.4B
Kedua: Najib menipu kununnya kerajaan PH yang dah gunakan duit RM19.4B itu. Sedangkan dari laporan-laporan yang ditunjukkan diatas rupanya duit itu dah digunakan oleh kerajaan terdahulu terdahulu terdahulu. Teruk betul Najib kan? Sanggup dia menipu dan memfitnah.
Ketiga: Kerajaan PH terpaksa meminta dividen khas dari Petronas sebanya RM30B untuk membayar tunggakan yang ditinggalkan Najib ini. Iaitu RM19.4B untuk refund gst dan RM16.7B untuk refund income tax.
22. Teruk betul Najib ni kan? Dah lah dia tinggalkan tunggakan yang banyak, tak bayar balik refund GST, lepas tu tuduh kerajaan PH gunakan , lepas tu tuduh kerajaan PH menjarah duit Petronas, sedangkan duit RM30B tu untuk bayar tunggakan yang dia tinggalkan….. aduhaiiiii
23. Saya berharap pembaca dah dapat lihat bagaimana Najib menipu. Untuk makluman, ini bukanlah penipuan pertama Najib. Ada banyak lagi penipuan lain yang telah banyak kali saya dedahkan. Semoga kita pupuk diri kita untuk rajin membaca, rajin berfikir dan menganalisa supaya tidak tertipu oleh Najib Razak.
24. Sebarkanlah tulisan ini kepada sesiapa sahaja. Dan sampaikan juga kepada Najib Razak. Kalau dia berani, sila Jawab…. Tapi, pembaca boleh lihat bagaimana Najib Razak dah pun di kantoikan menipu.
Kelab Chedet


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27207

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Permohonan Maaf Kepada Yb Siti Zailah Dan Putar Belit Malaysiakini

Kenyataan Permohonan Maaf Kepada Yb Siti Zailah Dan Putar Belit Malaysiakini

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 215 hits
1 Petang tadi saya telah melayangkan suatu tweet sebagai balasan kepada artikel berita terbitan Malaysiakini yang bertajuk SIS Underlying tone in Siti Zailah s advisory video wrong Tweet asal saya yang ditujukan kepada YB Siti Zailah adalah...
Anwar Bidas Pihak Sengaja Putar Belit Makna Liberal

Anwar Bidas Pihak Sengaja Putar Belit Makna Liberal

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 273 hits
Gelaran liberal tidak boleh diberikan kepada seseorang tanpa menyelidiki secara menyeluruh perjuangan individu terbabit Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata liberal adalah sedia mendengar pendapat pelbagai pihak dan menjamin kebeba...
Malaysiakini Putar Belit Kenyataan Iskandar Samad

Malaysiakini Putar Belit Kenyataan Iskandar Samad

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 281 hits
Komen saya kepada berita Menteri PN akan menjadi bahan ketawa kalau Saya merujuk kepada berita bertajuk seperti di atas yang telah tersiar di dalam portal berita Malaysiakini bertarikh 17 April 2020 Berita tersebut adalah berdasarkan kenyat...
Putar Belit Harakahdaily Berkata Yang Anwar Tidak Kata

Putar Belit Harakahdaily Berkata Yang Anwar Tidak Kata

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 304 hits
Bukan sekali Harakahdaily menyiarkan berita karut dan bukan sekali dua media lebai ini memadam beritanya Bahkan media ini nampaknya lebih teruk dari Utusan Membaca tajuk Perakuan Buat Muhyidin Iktiraf Kerajaan Sah yang disiarkan oleh Haraka...
Pemulangan Wang 1mdb Bukti Dakwaan Ph Tidak Benar Kata Najib

Pemulangan Wang 1mdb Bukti Dakwaan Ph Tidak Benar Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 209 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemulang wang milik 1Malaysia Development Berhad membuktikan dakwaan Pakatan Harapan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional adalah ...
Najib Asal Boleh Spin Tipu Mahacai

Najib Asal Boleh Spin Tipu Mahacai

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 207 hits
Asal boleh spin Duit sekarang yang kerajaan PH dan PN dapat adalah hasil penggunaan wang 1MDB untuk hasil peribadi bisnes peribadi Jho Low dan anak tiri Najib Jika duit itu tak wujud takanlah US nak bagi percuma kepada kerajaan Duit itu ada...
Najib Chides Khalid Samad Over Political Appointments Statement

Najib Chides Khalid Samad Over Political Appointments Statement

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 188 hits
Former premier Najib Abdul Razak has taken a swipe at Amanah leader Khalid Samad after the latter thanked him for his statement that Pakatan Harapan had promised to end political appointments Yesterday Najib in his Facebook post claimed tha...
Najib Tegur Saluran Kerajaan Jadi Tempat Troll Propaganda

Najib Tegur Saluran Kerajaan Jadi Tempat Troll Propaganda

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 336 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menegur kerajaan Perikatan Nasional agar tidak melakukan beberapa perkara dengan mengaitkannya dengan kerajaan PH sebelum ini Antaranya ialah tidak menggunakan saluran rasmi kerajaan termasuk laman...
Kerajaan Malaysia Terima Wang 1mdb Dari Us Mengesahkan Amalan Kleptokrasi Najib

Kerajaan Malaysia Terima Wang 1mdb Dari Us Mengesahkan Amalan Kleptokrasi Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 199 hits
ZAMURI ARDANIBila kerajaan terima wang USD300 juta dari US itu sebebarnya mengesahkan bahawa pentadbiran BN sebelum ini mengamalkan kleptokrasi Para walaun Najib kena faham bahawa manusia yang kamu dokong selama ini adalah sah sebagai penya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities