Kenyataan Permohonan Maaf Kepada Yb Siti Zailah Dan Putar Belit Malaysiakini

1. Petang tadi, saya telah melayangkan suatu “tweet” sebagai balasan  kepada artikel berita terbitan Malaysiakini yang bertajuk "SIS :  Underlying tone in Siti Zailah's 'advisory' video wrong”. Tweet asal  saya yang ditujukan kepada YB Siti Zailah adalah berdasarkan kandungan  berita Malaysiakini tersebut, dan tidak mengambil kira video YB Siti  Zailah. 
2. Selepas menonton video “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP”   YB Siti, saya tidak lagi bersependapat dengan Malaysiakini bahawa  kenyataan-kenyataan beliau adalah tidak sesuai. Dalam video tersebut, YB  Siti hanya memberikan nasihat umum dan holistik mengenai bagaimana  untuk menguruskan konflik rumah tangga semasa PKP. 
3. Dalam video  yang sama, beliau juga menggesa mangsa keganasan rumah tangga untuk  meminta bantuan, melalui helpline yang dikendalikan oleh kementerian.  Beliau juga menjelaskan bahawa semua aduan yang diterima buat masa ini  telahpun diselesaikan. 
4. Oleh yang demikian, saya dengan rendah  diri ingin memohon maaf kepada YB Siti Zailah. Saya telah melakukan  kesilapan dalam membuat penilaian dengan terlalu cepat dan hanya  berdasarkan satu sumber. Kesalahan ini adalah kesalahan saya seorang  saja dan ianya tidak melibatkan pendirian Parti saya. 
 5. Saya  juga ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukanlah suatu alasan untuk  ahli politik muda seperti saya untuk mengulangi kesalahan yang sama  lagi. Saya akan berwaspada sebelum saya membuat sebarang kenyataan di  media sosial saya pada masa akan datang.
 6. Saya juga  menasihatkan orang ramai supaya tidak mengulangi kesilapan saya dengan  membuat kesimpulan secara sembrono tanpa meneliti sumber maklumat  terlebih dahulu. 
 7.Pada waktu yang genting ini, kita hendaklah  menangani wabak COVID-19 secara tabah dan bersatu. Kita tidak harus  terganggu daripada menghadapi isu pandemik. Oleh itu, pemuda MCA akan  terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam membantu sektor-sektor  masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19.
 Dengan itu, saya meminta maaf di atas perbuatan saya. 
 Sekian, terima kasih.
 Yang benar, 
 Nicole Wong  
STATEMENT OF APOLOGY TO YB SITI ZAILAH  
1. Earlier, I posted a tweet in response to a news article published  by Malaysiakini titled: "SIS : Underlying tone in Siti Zailah's  'advisory' video wrong”. My earlier tweet on YB Siti Zailah was based on  the contents of the said Malaysiakini article alone, and not on YB Siti  Zailah’s actual video. 
2. Upon viewing YB Siti's “Rumah Tangga  Bahagia Fasa PKP” video later, I find that her statements were actually  not objectionable at all. In her video, YB Siti offered general and  holistic advice on how to manage household conflicts during the MCO.  
3. In the same video, she also urged victims of domestic violence to  seek help, and provided a ministry-run helpline for that purpose.  
4. As such, I would like to offer my humblest apologies to YB Siti  Zailah, and seek for her forgiveness. I have made the mistake of making  judgments too quickly based on a single sources, without vecking the  veracity of that course first. I should not have done so. This mistake  is mine and mine alone, and does not XX the standing of my party.   
6. I would like to stress that this apology is still no excuse for a  young politician like myself to make similar blunders in future. I shall  endeavour to be more vigilant and diligent in vetting my social media  postings in the future.
 7. I also urge members of the public not  to repeat my mistake of jumping to conclusions without conducting due  diligence by vetting the sources of information first. 
8. This is  a time when we should be working shoulder-to-shoulder  against the  COVID-19 pandemic, instead of turning on each other.   We must remain  steadfast in this cause and not be swayed or distracted from confronting  the global pandemic head on. In this regard, the MCA Youth shall  continue to do our part in helping affected communities by providing  them with essential goods and services. No more distractions.  
 Thank you 
Humblest apologies, 
 Nicole Wong
MR :  Terperangkap dengan mainan politik MALAYSIAKINI
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/kenyataan-permohonan-maaf-kepada-yb.html