Membina Perniagaan Yang Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Berkualiti Dengan Tepati Janji




'Janji ditepati' merupakan ayat yang cukup popular satu ketika tak lama dahulu. Masa tu, di mana-mana saja anda berada terpampang poster tentangnya. Diulang-ulang di radio, TV dan dalam ucapan pemimpin kerajaan.
Ayat yang sama juga dipusing menjadi ‘janji dicapati’ atau ayat-ayat lain yang menggambarkan protes serta memperlekeh ayat janji ditepati.
Maksud 'janji ditepati'Dunia perniagaan sudah lama perkenalkan ayat tersebut. Ia berkaitan dengan aktiviti penjenamaan sesebuah perniagaan atau syarikat.
Jika anda mahu membina jenama syarikat, syarat utama adalah memastikan bahawa apa yang anda janji, akan pasti dipenuhi’. 
Sebagai contoh anda boleh lihat pada jenama kereta BMW. Mereka menjanjikan 'The ultimate driving machine'.
Jika memandu kereta BMW anda tentu akan mengiyakan kebenaran apa yang dijanjikan seperti di atas tadi. Memang benar-benar terasa seperti berada di dalam sebuah ‘the ultimate driving machine’.
Dalam kes BMW, walaupun satu ketika nanti mereka merekabentuk sebuah kereta yang sebijik rupanya seperti proton saga, persepsi pengguna terhadap kereta tersebut sudah pasti jauh berbeza berbanding dengan kereta proton saga sebenarnya.
Itu disebabkan tahap konsisten BMW yang memenuhi segala janji-janjinya sebagai the ultimate driving machine adalah amat tinggi. Dalam 100 buah kereta yang anda bawa, sudah pasti hampir 99.9% kereta tersebut benar-benaar menggambarkan apa yang dia janjikan.
Tapi itu tidak semestinya bermaksud kenderaan jenama itu tak ada masalah. Banyak juga sebenarnya seperti masalah brake, masalah enjin dan lain-lain masalah biasa yang dihadapi oleh pembuat kenderaan. Tapi semua itu tidak menghalang untuk orang kenal kehebatannya dari segi pemanduan.
Kualiti = Janji DitepatiDalam bahasa mudah janji ditepati adalah apa yang sering disebut sebagai kualiti. Ia sentiasa melibatkan 2 pihak yang berbeza. Yang berikan janji dan yang menerima janji.
Jika anda tunaikan apa yang anda janji, maka khidmat yang diberikan adalah berkualiti. Perlu ingat betul-betul perkara ini supaya anda tidak lagi keliru dengan makna kualiti. 
Ada orang ingat kualiti itu adalah teknologi, terkini, baik, cantik, hebat dan sebagainya. Semua itu bukanlah perkara utama selagi anda tidak janjikan apa-apa pada sesiapa. Sebaik saja anda janji akan berikan sesuatu yang berteknologi tinggi dan terkini, maka barulah penentuan terhadap kualiti berlaku. Jika ditunaikan, maka ia berkualiti. Jika tidak, maka ia tidak berkualiti.
Apa yang anda boleh buat pada perniagaan?Kenal pasti apa kekuatan produk atau perkhidmatan anda dan berikan tumpuan padanya. Bina kekuatan tersebut sehingga ke tahap sesempurna mungkin. Kemudian pastikan ia adalah konsisten setinggi mungkin. Seterusnya jadikan ia sebagai tema perniagaan atau janji anda.
Ingat! fokus kepada kekuatan.
Dengan berbuat begitu sudah tentu kemungkinan untuk anda memenuhi janji-janji dapat sentiasa ditunaikan. 
Perbaiki kelemahanTumpuan utama dalam segala hal adalah untuk pergunakan kekuatan semaksimum mungkin. Tanpa abaikan kelemahan. Tapi jangan sampai berikan tumpuan terbelenggu pada kelemahan. ia pasti ada tapi bukan untuk disesali dan dijadikan keluhan.
Ramai yang silap apabila sering memberikan fokus pada kelemahan yang mereka ada hingga abaikan kekuatan yang dah ada. Ini membuatkan kekuatan yang memang sudah terbentuk dibiarkan tanpa digilap.
Jika anda pulun setakat manapun, kelemahan akan diperbaiki ke tahap adi average saja. Berbanding jika anda pulun semua usaha dan sumber ke arah tingkatkan kekuatan, ia akan naik jadi luar biasa mengatasi tahap average.
Amat malang jika anda berusaha baiki kelemahan dan abai kekuatan. Akhirnya anda hanya menjadi biasa-biasa saja dalam hampir semua perkara dan tidak ada kelebihan yang mengasingkan diri anda daripada orang lain.
Ingat tu!. Kelemahan yang kita ada perlu dibina cukup sekadar average sahaja. Itupun jika dapat, atau anda ada masa untuk perbaikinya. Jika tidak, lupakan saja dan outsource saja kepada orang lain. Anda berikan saja tumpuan 100% pada kekuatan.
Insyaallah anda tetap menonjol jauh ke depan berbanding semua orang lain.
Kenali diriDalam pada mahu berjanji, pastikan janji itu sesuatu yang mampu anda penuhi sehingga ke tahap 99.9%. Janganlah menjanjikan sesuatu yang anda memang lemah dan tahu bahawa agak sukar untuk ditunaikan.
Masa di kampung dulu, saya sering dengar orang tua-tua suruh kenali diri. Masa itu saya memang tak faham. Perkataan itu saya anggap bahasa kiasan khas untuk golongan sufi sebab yang berkata selalunya orang tua yang kuat amalan tasawuf.
Bila berniaga saya dipertemukan dengan tulisan Sun Tzu Art of War. Dalam buku itu ada ayat yang sangat terkenal disebut begini.

“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.” ― Sun Tzu, The Art of War

Saya terjemahkan lebih kurang seperti di bawah.

“Jika anda kenal musuh dan kenal diri sendiri, tidak perlu risau akan hasil dari seratus pertempuran. Jika anda kenal diri sendiri tetapi tidak kenal musuh, untuk setiap kemenangan yang diperoleh anda juga akan menderita kekalahan. Jika anda tidak kenal musuh maupun diri sendiri, ada akan menyerah dalam setiap pertempuran.” ― Sun Tzu, The Art of War
Bila hadiri kursus atau seminar pengurusan, saya juga diberitahu tentang analisa swot dan sebagainya. Dalam kursus kepimpinan juga sering ditekankan untuk tahu kekuatan diri. Begitu juga bila saya baca buku tulisan Guru dalam ilmu pengurusan moden, Peter Drucker, dia cadangkan perkara yang sama untuk tahu kekuatan dan berikan tumpuan padanya.
Dalam satu dialog antara para pemimpin perniagaan dengan pengasas Singapura moden, mendiang Lee Kuan Yew, beliau sebut perkara yang sama. Malah dia tekankan bahawa itu adalah perkara penting yang membuatkan hidup anda jadi bermakna. 
Setiap insan dijadikan dengan kelebihan tersendiri. Kenali apa kelebihan itu dan gilap sehingga mencapai tahap maksimum dan gunakan untuk tunaikan segala kewajipan anda hidup di dunia ini. Bagi perkara yang anda lemah, biarkan mereka yang ada kekuatan pada perkara itu selesaikan. Itu sebabnya Singapura jadi sebuah negara yang luar biasa melepasi tahap antarabangsa dalam masa yang amat pantas. Letakkan orang pada tempat yang dia ada kelebihan. Bukan sebab dia ada kenalan.
Selagi anda tidak tahu apa kekuatan diri, rahsiakan terlebih dulu apa saja janji yang ada. Ambil masa sekejap untuk kenal dan bina sehingga ia mencapai ke tahap yang paling sempurna. Barulah dedahkan janji anda ke muka umum.
Bina jenama diriJika anda bukan usahawan, sama juga. Bina jenama diri anda sendiri sebagai seorang pemakan gaji yang berkualiti apabila anda sentiasa tunaikan apa yang dijanjikan kepada majikan. 
Jika kekuatan anda adalah seorang yang kreatif, jadikan itu tema kelebihan yang ada untuk dijual pada majikan. Jika anda seorang yang tahan tekanan cari kerja yang begitu suasananya seperti kilang, ligistik dan sebagainya, jadikan itu sebagai ayat janji anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/11/membina-perniagaan-yang-menghasilkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Peringkat Perkembangan Produk Dalam Perniagaan Anda Duduk Peringkat Mana Sekarang

3 Peringkat Perkembangan Produk Dalam Perniagaan Anda Duduk Peringkat Mana Sekarang

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 439 hits
Kebanyakkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagaan pasti akan melalui 3 peringkat seperti berikut Memenuhi tahap minimum Semua produk yang baru masuk ke dalam perniagaan dalam menyelesaikan apa saja masalah yang ditawarka...
Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 356 hits
Nak jimat tapi tetap nak produk berkualiti Ini pilihan terbaik Dengan hanya 75 sen Momo House Bamboo Tissue beri kelembutan 4 ply dan daya serap luar biasa Lupakan tisu biasa yang mudah koyak pilihan ini tahan lama eco friendly dan sesuai u...
Azizulhasni Kongsi Momen Daddy Daughter Trip Akui Tak Mudah Besarkan Anak Perempuan Janji Anak Gembira

Azizulhasni Kongsi Momen Daddy Daughter Trip Akui Tak Mudah Besarkan Anak Perempuan Janji Anak Gembira

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 216 hits
Selepas The Pocket Rocketman ini mengumumkan persaraannya daripada pelumbaan berbasikal trek beliau kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta Terbaru bapa penyayang ini sempat bercuti bersama dua anak perempuannya Amna...
Penunggang Lebai Pas Jadi Mp Peluang Hidup Tenang Walaupun Tidak Berkualiti

Penunggang Lebai Pas Jadi Mp Peluang Hidup Tenang Walaupun Tidak Berkualiti

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 208 hits
HarapandailySikap pemimpin Pas tertentu termasuk yang beristeri dua dengan 11 anak menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai peluang untuk hidup terjamin mendapat kecaman di media sosial TikTokers Dato Syed Azuan berkata tanggungan ramai leba...
Bagaimana Percetakan Berkualiti Tinggi Meningkatkan Imej Jenama Anda

Bagaimana Percetakan Berkualiti Tinggi Meningkatkan Imej Jenama Anda

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 208 hits
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif hari ini membina imej jenama yang kukuh adalah kunci kepada kejayaan Pelanggan sering menilai kualiti dan kredibiliti jenama berdasarkan pengalaman pertama mereka dengan produk atau perkhidmatan yang d...
Penuhi Janji Jennifer Coppen Unggah Video Terakhir Papa Dali Bersama Kamari

Penuhi Janji Jennifer Coppen Unggah Video Terakhir Papa Dali Bersama Kamari

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 326 hits
Sehari sebelum meninggal Dali memang sempat menjanjikan kalau dirinya akan mengunggah video saat Kamari menikmati mash potato buatannya
Lirik Lagu Janji Kitshafiq

Lirik Lagu Janji Kitshafiq

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 358 hits
Lyrics verse selama ini terpendamnya rasa cinta gementar dihati buat ku sukar meluahkannya pre cho tak bisa melupakannya bersedia untuk menjadi menantu mu dan mengharapkannya terjadi chorus ku janji halalkan puterimu akan ku jaganya sehingg...
Memenuhi Janji Pengertian Dalil Contoh Dan Manfaatnya

Memenuhi Janji Pengertian Dalil Contoh Dan Manfaatnya

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 286 hits
Salah satu akhlak di dalam Islam dan termasuk bagian dari cabang iman adalah memenuhi janji Bagaimana hukumnya apa saja manfaat memenuhi janji dan mengapa ia menjadi faktor penting keberhasilan dan kesuksesan seseorang Pengertian Memenuhi J...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nila Seputih Biru

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Buasir Otak Tv Buah Apa Yang Susah Be Like

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Filipina Tuduh Pengawal Pantai China Lakukan Perbuatan Menyalahi Undang Undang

Menjawab Hari Keselamatan Pesakit Sedunia