3 Peringkat Perkembangan Produk Dalam Perniagaan Anda Duduk Peringkat Mana Sekarang




Kebanyakkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagaan, pasti akan melalui 3 peringkat seperti berikut.

Memenuhi tahap minimum - Semua produk yang baru masuk ke dalam perniagaan dalam menyelesaikan apa saja masalah yang ditawarkan, pada mulanya sekadar janjikan penyelesaian yang paling minima yang pelanggan boleh terima. Tak lebih dari itu.Memenuhi keinginan - Pada tahap ini, biasanya duduk sangat lama dalam pasaran, perniagaan yang ditawarkan cuba memenuhi apa saja keinginan tambahan yang terfikir oleh pelanggan. Setakat minima sudah tidak lagi memadai untuk buat produk atau perkhidmatan anda jadi pilihan.Mengejutkan pelanggan - Ini peringkat terakhir dalam perkembangan produk atau perkhidmatan yang anda boleh lakukan. Pada tahap ini, pelanggan sendiri sudah habis idea untuk sampaikan apa yang mereka ingin ada para produk. Anda sendiri yang perlu bayangkan apa yang tidak terfikir oleh pelanggan. Bila pelanggan lihat, ia jadi satu kejutan buat pelanggan. Mereka tak sangka produk sebegitu ada.
Evolusi industri keretaUntuk mudah faham, boleh lihat perkembangan industri kereta di pasaran, sejak awal ia diperkenalkan. 
Peringkat mula, tak ada apa-apa pilihan. Warna pun ada satu saja, hitam. Semua tawaran yang ada sekadar penuhi keperluan yang paling minimum. Dah tentu ada banyak kelemahan, tapi pelanggan abaikan saja sebab ia sangat berguna sekalipun pada tahap minimum. Lagipun anda seorang saja yang ada produk tersebut, buat apa-apa beri tawaran lebih-lebih. Buat duit dulu.
Lumrah perniagaan, apa saja produk baru yang ada sambutan pasti akan ditiru oleh semua orang. Tak dapat nak halang peniaga lain masuk ke pasaran. Untuk kekalkan penguasaan anda terhadap penerimaan pelanggan, masa ini dah perlu ada kecenderungan untuk banci dan ambil tahu apa keinginan pelanggan.
Perlu buat kajian dari produk asas yang pelanggan dah ada pengalaman menggunakannya, apa yang mereka harap ia jadi lebih baik. Terma mudah dalam peringkat kedua ini, anda berorientasikan pemasaran. Kereta dah mula diperkenalkan dengan macam-macam benda sampingan. Warna selain hitam dah mula ditawarkan. Ada radio, ada tempat abu rokok, boleh hisap rokok dalam kereta dan nampak lebih bergaya. 
Ruang jadi lebih luas, kerusi pun dah berubah-ubah makin lama makin bergaya, nampak mewah, sampai ke tahap bau kulit kerusi kereta pun direka agar konsisten dan melekat ke otak orang yang masuk duduk dalam kereta itu. Dalam peringkat ini, takat keperluan minimum sahaja yang anda mampu berikan, alamat akan kalah dalam persaingan.
Sampai ke satu tahap, jika anda tanya pada pemilik kereta apa lagi yang mereka mahu, mungkin mereka akan jawab semua dah ada. Malah mereka tentu rasa kalau tambah lagipun nak buat apa. Dah berlebihan. Ertinya pemilik kenderaan dan hilang idea terhadap apa lagi yang mereka mahukan.
Ketika tahap ini, untuk kuasai satu pasaran baru, anda perlukan kreativiti imaginasi yang sangat tinggi. Bayangkan apa yang boleh anda reka lagi yang mungkin pelanggan akan suka. Sebagai contoh anda tawarkan kereta yang sekali beli, tak perlu isi minyak lagi sampai bila sehingga kereta itu kondem. 
Atau anda reka kereta jenis pakai buang macam seluar dalam orang bawa pergi mengembara. Imaginasi sebegitu sebenarnya pelanggan sendiri tak sanggup bayangkan sebab diluar keupayaan mereka. malah ia dianggap seperti kartun yang tidak berpijak di bumi nyata. Tapi anda sebagai usahawan, perlu keluar dari kekangan tak boleh itu dan bayangkan kemungkinan yang ada.
Bisnes anda tahap manaMajoriti besar, termasuklah saya punya bisnes sendiri terperangkap dalam peringkat antara No. 2 ke No. 3 di atas. Duduk tengah-tengah cuba jadikan produk atau perkhidmatan anda dapat penuhi sekadar keinginan pelanggan sahaja.
Selagi kekal duduk di level itu tak payah lah harap nak muncul jadi macam Steve Job, Mark  Zuckerberg, Jeff Bezos, atau Dietrich Markwart Eberhart Mateschitz.
Nama akhir tu mungkin anda tak pernah dengar. Dia merupakan warga Austria, asalnya hanya pekerja dalam bidang pemasaran untuk syarikat Unilever, anda tentu tahu syarikat itu, syarikat produk keperluan harian antarabangsa yang sangat besar dan berjaya.
Satu hari dia pergi atas urusan kerja ke Thailand dan beli minuman yang dah popular di sana, Krating Daeng. Minum air itu segelas, anda tak akan ada masalah letih. Sangat terkenal di kalangan pemandu lori dan pekerja kilang. Dia beli dan cuba air tu segelas. terus tak ada masalah 'jet lag', masalah biasa bila anda naik kapal terbang lintas waktu berbeza kitaran siang dan malam.
Dia nampak peluang besar. Ringkas cerita, dia tubuhkan syarikat Red Bull dengan pemilik asal Krating Daeng di Thailand, Chaleo Yoovidhya. Dan sekarang semua orang kenal Red Bull.
Ertinya, anda boleh jalan-jalan ke luar negara tengok idea yang meletup di sana dan bawa balik idea tu untuk pasaran tempatan di kampung anda. Dari situ anda sebenarnya masuk dalam industri peringkat 3 di atas seperti Red Bull yang masuk dalam industri minuman tenaga yang tawarkan sesuatu yang pengguna tak sangka ada.
Apapun, kalau cuba nasib, reka lah apa saja yang anda rasa pelanggan tentu terkejut. Kalau selesa dengan apa yang ada sekarang, kekal saja berlegar duduk ditengah level 2 seperti sekarang. Jangan patah balik pergi ke level 1 dah la .. compom bungkus!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/3-peringkat-perkembangan-produk-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang China As M Sia Di Mana Hizbullah Penyelamat

Perang China As M Sia Di Mana Hizbullah Penyelamat

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 170 hits
ANGGOTA pengawal pantai Taiwan menunjukkan ke arah kapal tentera China di perairan gugusan pulau kecil Pengjia hari ini AFP1 Tentera China kepung TaiwanTAIPEI China mengerahkan sejumlah pesawat dan kapal perang untuk mengepung Taiwan dalam ...
Mana Bajet Bayangan Sim Gesa Pn Main Peranan Semak Dan Imbang

Mana Bajet Bayangan Sim Gesa Pn Main Peranan Semak Dan Imbang

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 117 hits
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin seru PN main peranan apabila gabungan itu tidak kemuka bajet bayangan selepas kerajaan bentang belanjawan minggu lalu KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa Perikatan Nasional memai...
Sama Sahaja Dimana Mana

Sama Sahaja Dimana Mana

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 89 hits
RMS Jika duduk Kelantan gaji RM7 dah kira level T15 tapi level miskin jika menetap diSelangor kerana itu aku setuju supaya Kjaan Madani perincikan nanti definisi T15 atau ketegori lain mengikut spefikasi berbeza berdasarkan negeri tak boleh...
Hiburan Nak Mesej Macam Mana Nombor Pun Tak Ada Pengurus Wanna Ali

Hiburan Nak Mesej Macam Mana Nombor Pun Tak Ada Pengurus Wanna Ali

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 125 hits
Pengurus kepada pelakon jelita Yaya tampil memberi respon setelah wujud dakwaan fitnah yang mengatakan majikannya itu ada berbalas mesej mesra dengan aktor Fattah Amin Maklum Yaya pihak mereka tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu sehingga...
Susu Pekat Sebanyak Mana Kuantiti Gula Di Sebalik Tin

Susu Pekat Sebanyak Mana Kuantiti Gula Di Sebalik Tin

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 86 hits
Susu Pekat Sebanyak Mana Kuantiti Gula Tersembunyi di Sebalik Tin Susu pekat atau susu tin telah menjadi bahan asas yang sering digunakan dalam pelbagai resipi di Malaysia terutamanya dalam minuman seperti teh tarik teh susu kopi susu dan s...
Buat Razman Padan Muka Hang Kali Ni Kena Saman Nak Ambik Duit Mana Aku Dengar Kor Ming Nak Saman Hang 10 Juta

Buat Razman Padan Muka Hang Kali Ni Kena Saman Nak Ambik Duit Mana Aku Dengar Kor Ming Nak Saman Hang 10 Juta

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 171 hits
W FAUZDIN padan muka PAS tgh gelabah sebab Razman dah kantoi teruk 1 Dia dapat info orang DAP kibar bendera China Kantoi warga China yg buat 2 Dia dapat info Nga Kor Ming rasmi event tu Kantoi Menteri ada kat KL 3 Dia acah kenapa takde tind...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut