Membesarkan Khemah Atau Mahu Menukar Penjaga Khemah




 Sekali lagi isu ‘khemah besar’ yang dikaitkan dengan kedudukan semasa PH ditimbulkan secara terbuka.
Kali ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu sendiri membangkitkannya dalam ucap tama Kongres Nasional 2021 parti itu hari ini.
Katanya, PH perlu kembali kepada gagasan ‘khemah besar’ yang digunakan sewaktu menghadapi PRU14 lalu sehingga membawa kepada kejayaan gabungan itu menumbangkan UMNO dan BN.
Menurut beliau lagi, kekalahan besar PH dalam PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini yang disebabkan hilangnya sifat keterbukaan oleh parti komponen tertentu dalam PH tidak seharusnya berulang dalam PRN Johor akan datang.
“Kegagalan kita dalam PRN Melaka dan Sarawak pastinya banyak mengajar kita.
“Amanah dan PH mesti berani membuat perubahan demi kesinambungan perjuangan dengan meletakkan gagasan ‘khemah besar’ atau ‘big tent’ bukan lagi hanya sekadar slogan.
“Idea dan pendekatan baik ini perlukan pengisian dan pelan tindakan yang berkesan.
“Hakikatnya, gagasan dan pendekatan itulah yang menjayakan usaha kita semasa PRU14 dahulu.
“Malangnya kita telah hilang sifat keterbukaan dan kesanggupan memperbanyakkan rakan dan itulah sebabnya prestasi yang buruk dalam PRN Melaka dan Sarawak,” tambah bekas Menteri Pertahanan itu lagi.
Ada beberapa persoalan terlintas di sebalik ucapan Mat Sabu berkenaan gagasan ‘khemah besar’ ini.
Apakah sebenarnya khemah besar yang dimahukan oleh Presiden Amanah itu?
Adakah ia benar-benar untuk memperbanyak rakan dan menambah kekuatan PH dengan kesediaan rakan baru yang dibawa masuk itu menerima kepimpinan sedia ada gabungan itu atau tujuan membawa masuk rakan-rakan daripada luar itu bagi memudahkan menukar ketua khemah, seterusnya meletakkan pemimpin lain sebagai calon Perdana Menteri?
Sebenarnya tidak salah membesarkan khemah sedia ada, tetapi orang luar yang hendak dibawa masuk itu mestilah boleh menerima ketua khemah sedia ada.
Apa guna membesarkan khemah jika yang ingin dibawa masuk itu bukan saja watak yang didapati sentiasa menolak ketua khemah sedia ada, malah mereka juga diketahui punya hasrat ingin mengambil alih dan diterima sebagai peneraju baru khemah yang baru mereka masuki itu.
Mereka yang berada di luar khemah dan ingin berada dalam ‘khemah besar’ semestinya harus bersedia menerima dengan seadanya susun atur kerusi dan hiasan yang ada dalam khemah PH.
Kalau mereka ingin mengubah itu dan ini, lebih baik mereka membina khemah sendiri yang berasingan sebagai memenuhi kehendak peribadi mereka.
Dalam hal ini, Mat Sabu tidak perlu terlalu ghairah dengan idea ‘khemah besar’ tanpa beliau sendiri lebih dulu melakukan sesuatu untuk memperbaiki dan mengukuhkan khemah tidak berapa besar yang sedia ada didudukinya sekarang ini.
Khemah besar – benar-benar mahu membesarkan khemah atau untuk menukar ketua penjaga khemah?
Ketua penjaga khemah sajakah yang difikirkan mahu ditukar, diletakkan beban punca masalah dan dianggap tidak terbuka, yang lain-lain, termasuk Mat Sabu sendiri, tidak berhajatkah menukar diri mereka sendiri terlebih dahulu? ShahbudinHusin 23/01/2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/membesarkan-khemah-atau-mahu-menukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Atau Tak Ambil Suntikan Booster Vaksin Covid 19

Perlu Atau Tak Ambil Suntikan Booster Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 235 hits
Siapa nak ambil suntikan booster vaksin covid 19 ambillah Siapa yang tak nak ambil suntikan booster vaksin covid 19 sukatilah Yang penting saya sekeluarga dah ambil booster Rakan rakan saya pun dah ramai dah ambil booster Sebagai persediaan...
Azam Baki Atau Sc Yang Bohong

Azam Baki Atau Sc Yang Bohong

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 136 hits
Sebagai memperjelaskan lagi keputusannya yang dipertikai ramai Surujanjaya Sekuriti atau SC berkata tiada bukti konklusif ditemui perdagangan proksi telah dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam urusan pembelian saham melibatk...
Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 239 hits
By January 19 2022GAMBAR HIASANTIADA apa yang mengejutkan apabila portal berita Malaysiakini menyiarkan kenyataan satu sumber UMNO yang menegaskan parti itu bukan sahaja yakin akan menang selesa jika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam...
Bangunan Merah Atau The Stadthuys Red House

Bangunan Merah Atau The Stadthuys Red House

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 250 hits
Assalammualaikum Dunia Bangunan Merah terletak di Jalan Gereja Bandar Hilir Melaka merupakan sebuah binaan bersejarah dengan gereja chirst di Jalan Laksamana The red houseOotdAlamak tak nampak penuhApakah Color baju ngan dinding samaJom lum...
Dia Orang Biasa Bukan Selebriti Atau Vip Mawar Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang

Dia Orang Biasa Bukan Selebriti Atau Vip Mawar Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 184 hits
Mawar Karim iaitu bekas isteri kepada Fizo Omar dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang ketika ini Sering diajukan soalan mengenai jodoh selepas Fizo Omar juga bertemu jodoh pada akhir tahun lepas Pun begitu sambil berkongsi mengenai...
99 9 Akar Umbi Puas Hati Gugur Khairuddin Kata Hadi Betoi Ka Hadi Atau Gelembong Kuat

99 9 Akar Umbi Puas Hati Gugur Khairuddin Kata Hadi Betoi Ka Hadi Atau Gelembong Kuat

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 195 hits
January 21 2022 Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan Khairuddin sebelum memutuskan untuk menggugurkannya PETALING JAYA Hampir 99 9 akar umbi PAS berpuas hati dengan keputusan parti...
Guna Epilator Lebih Mudah Berbanding Bercukur Mencabut Atau Waxing

Guna Epilator Lebih Mudah Berbanding Bercukur Mencabut Atau Waxing

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 173 hits
Pengaruh rakan blogger ni bahaya betul Jangan ditunjuk nanti terpengaruh Gara gara entry lah saya terbeli jugak epilator yang sama cuma jenama berbeza Membelek kat shopee banyak betul device yang sama jenama ada macam macam Sampai tak tahul...
Housemate Tak Pernah Nampak Dia Mandi Atau Masak Pemilik Rumah Terpaksa Halau Penyewa Pengotor

Housemate Tak Pernah Nampak Dia Mandi Atau Masak Pemilik Rumah Terpaksa Halau Penyewa Pengotor

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 167 hits
Tular di media sosial kisah penyewa pengotor yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pemilik rumah terpaksa mengambil tindakan Menerusi video di TikTok milik Rizalmaruhan jelas kelihatan bilik sewa tersebut tidak dijaga dengan baik...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Turn Your Startup Dream To Reality

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Risiko Pembedahan Kanser Tiroid Semasa Mengandung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Number Of Sarawak Flood Victims Almost Doubles To 5 385

Thursday Jokes 249