Memberi Ucapan Di Universiti Al Azhar




 Alhamdulillah, usai pertemuan bersama Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyeb, Syeikhul Azhar berpeluang hadir dan berbicara di Dewan Universiti Al-Azhar, Kaherah. Saya juga ingin rakamkan penghargaan kepada Syeikhul Azhar atas jemputan menyampaikan syarahan umum di institusi yang mulia ini.







Adalah satu penghormatan mendapat peluang berada di sini yang merupakan gedung ilmu yang punya sejarah lebih seribu tahun di hadapan para ilmuwan dan anak-anak yang belajar di sini hari ini. Al-Azhar antara institusi yang telah memberi sumbangan pendidikan dan pencerahan serta berpengaruh dalam dunia Islam muktahir ini.


Program islah dan perubahan yang dimulakan oleh Universiti Al-Azhar dengan kemunculan Syeikh Rashid Reda, Syeikh Muhammad Abduh dan lain-lain menjadi benteng akidah dalam keadaan negara umat Islam diasak oleh penjajah dengan pelbagai segi seperti dilemahkan kekuatan dan dihilangkan keyakinan mereka. Inilah peranan yang dilakukan oleh Lord Cromer di Mesir, Stamford Raffles di Rantau Melayu dan Thomas Macaulay di India dalam mempengaruhi minda umat Islam.


Dalam menghadapi cabaran ini, kıta juga punya tema atas nama islah dan pembaharuan di Malaysia mengambil ibrah al-Quran mengenai sebagaimana doa Nabi Syuib yang dalam surah Hud, ayat 88: 


إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ


Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.


Oleh dengan itu, kita mahu anak-anak kita disini meneruskan semangat roh perjuangan ilmu ini. Sewaktu Al-Azhar sedang meneroka bidang dan disiplin baru tanpa meninggalkan akar di bumi iaitu kekuatan akidah serta legasi keilmuan Islam khususnya turath Islami. 


Saya juga berkongsi beberapa usaha Kerajaan Malaysia sejak dua tahun terakhir ini seperti memperkenalkan dan mewajibkan pelajar Islam dari semua aliran sekolah di Malaysia memahami kitab Hadis 40 (Matan Arbain); mengembalikan bantuan pendidikan kepada sekolah agama rakyat dan meningkatkan usaha memberi peluang anak-anak dari pengajian tahfiz menyambung pendidikan TVET. 


Juga dikongsikan adalah persetujuan untuk menyahut pelawaan Syeikhul Azhar dalam menjayakan Majlis Hukama' al Muslimin pimpinan beliau dengan menamakan wakil Malaysia, termasuk seorang wanita.


Saya juga menegaskan di dewan yang mulia ini mengenai keputusan Kerajaan Malaysia melarang dan tidak memberi izin kepada kapal dagang Israel berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia dan kini Malaysia juga sedang mengemukakan cadangan agar Israel disingkirkan dari menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Insya-Allah, dengan segala kudrat dan doa anak-anak serta para ulama yang mendukung kita, Malaysia akan melakukan apa yang terbaik untuk negara dan umat. Islam tidak akan tertegak semata-mata dengan laungan dan retorik, tapi mesti dengan penghayatan yang benar dan dizahirkan melalui tindakan serta mesej yang jelas.


#MalaysiaMADANI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/memberi-ucapan-di-universiti-al-azhar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapan Termasuk Penuntut Universiti Ditahan Berjudi Dalam Rumah

Lapan Termasuk Penuntut Universiti Ditahan Berjudi Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 206 hits
FMT ReportersSemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia antara 20 hingga 27 tahun kata ketua polis Selangor PETALING JAYA Lapan individu termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan polis ketika bermain judi poker di sebuah uni...
Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin

Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Lama benar rasanya tak mencoret kenangan di sini Jadi kali ini Sha luangkan masa untuk menyimpan kenangan majlis konvokesyen adik pertama Sha iaitu Tina Selepas tahu tarikh majlis terus Sha semak ja...
Bertemu Sheikh Al Azhar

Bertemu Sheikh Al Azhar

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 129 hits
Usai pertemuan dengan Presiden El Sisi saya langsung mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al Azhar Al Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At Tayyeb Kami membincangkan pelbagai perkara khususnya melibatkan soal pendidikan yang mana saya za...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Explore Malaysia And Beyond

Drama Hilang Kasyorga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt