Membentuk Kerajaan Bertaqwa Untuk Beroleh Keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta Ala Sebagaimana Yang Dituntut Allah 9812



Gambar sekadar hiasan

Khutbah Jumaat : Kerajaan Taqwa DiBentuk Keredhaan Allah DiTuntut.
Posted on Februari 28, 2020 by ekhutbah
السلام عليكمالحَمْدُ للهِ!!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. 
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. ﴾﴿Sidang Jumaat yang dihormati sekalian. Firman Allah dalam ayat  1-2 surah al-Mulk :
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢
Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;  Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Umat beriman sentiasa meyakini bahawa Allah adalah Pemerintah yang memiliki kuasa mutlak dalam memerintah segala raja-raja yang ada di dunia ini sama ada raja Islam ataupun kafir, adil ataupun zalim. Semua kerajaan dunia diberi oleh Allah  di mana kerajaan-kerajaan itu tidak kekal selama-lamanya. Kerajaan yang kekal hanya kerajaan Allah sahaja sebagaimana Allah telah memberi kerajaan kepada nabi Daud AS dan anaknya nabi Sulaiman AS yang memerintah kerajaan yang besar menguasi jin, manusia dan binatang-binatang termasuk burung yang terbang di udara. Begitu juga kerajaan kepada Raja Zulqarnain yang disebut dalam Quran yang memerintah dunia. Allah memberi kerajaan juga kepada nabi Muhamad SAW.
Dalam masa yang sama Allah turut memberi kerajaan kepada Namrud dan Firaun yang zalim. Allah  memberi kerajaan kepada orang zalim yang ada pada hari ini. Mereka melakukan kezaliman dan bila habis tempuh Allah  tamatkan kerajaan itu. Kerajaan Namrud dan Firaun yang zalim itu ditamatkan dan Allah  kekalkan kisahnya dalam Quran. Kerajaan nabi Daud, nabi Sulaiman dan Raja Zulkurnain yang memerintah secara Islam telah berlalu dan dinyatakan dalam Quran. Kerajaan nabi Muhamad s.a.w dan kerajaan khalifah ar-Rasyidin serta khilafah Islamiah selepas itu dapat dibaca dalam kitab-kitab karangan ulamak.
Mengapa Allah jadikan kerajaan itu silih berganti?. Antara hikmatnya ialah Allah  hendak menguji manusia mana satu kerajaan yang hendak disokong. Manusia boleh menyokong mana-mana kerajaan yang mereka suka samada kerajaan zalim atau kerajaan adil. Di hari kiamat mereka akan dibicarakan di hadapan mahkamah Allah di mana kerajaan adil mendapat pahala yang sangat besar. Manakala Kerajaan zalim dan termasuk penyokong-penyokongnya masuk neraka.
Firman Allah dalam ayat 66-67 surah al-Ahzab :
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧
Maksudnya Pada hari dibalik-balikkan muka-muka mereka dalam neraka lalu mereka berkata alangkah baiknya masa atas dunia dulu aku taatkan Allah dan taatkan rasul dan mereka berkata wahai Tuhan kami! Sebenarnya kami ikut pemimpin-pemimpin kami dan mereka telah menyesatkan kami atas dunia dulu.”
Sidang Jumaat yang berkati Allah, Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”
Kewajipan kita dalam memastikan sebarang perubahan terhadap kerajaan Malaysia ialah sebuah kerajaan yang lebih bersungguh dalam melaksanakan system Islam dalam negara. Kita dapat lihat bagaimana Yahudi dan barat cuba untuk merosakkan jatidiri umat Islam termasuk di Malaysia dengan menggunakan proksi-proksi liberal yang terdiri daripada ejen-ejen mereka yang berselindung di sebalik laungan, Islam moderate, Islam liberal, hak asasi manusia, hak samarata dan istilah-istilah lain yang bertopengkan Islam. Suara sumbang seperti mengkritik amalan solat berjemaah yang dijalankan di sekolah, qiamullail dan program kerohanian agama dikatakan tidak membantu dalam membangunkan perkembangan pelajar. Malah yang lebih teruk lagi bila didakwa pendidikan agama sebagai punca kelembapan minda orang Melayu sehingga adanya suara sumbang yang mencadangkan agar pendidikan agama di sekolah dihadkan tidak lebih dari 2 jam seminggu sahaja.
Pemikiran sesat ini bukan sahaja bercanggah dengan cara didikan nabi Muhammad s.a.w malah sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard University mendapati bahawa anak-anak yang dibesarkan dengan didikan agama akan membesar dengan lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik ketika dewasa. Kajian yang dikendalikan oleh Harvard School of Public Health ini dijalankan ke atas 5000 responden berusia di antara 8 hingga 14 tahun. 18 peratus daripada mereka menikmati kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menerima pendidikan agama sejak dari kecil.
Oleh itu yakinlah kita dengan pendidikan Islam dalam membina generasi yang hebat dunia sebagaimana Rasulullah S.A.W sangat menekankan pendidikan asas agama bagi anak-anak Muslim. Ulamak menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos ke telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. Pengabaian terhadap didikan agama akan melahirkan umat yang hilang jatidiri dan mudah terpengaruh dengan hidup sesat. 
Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. 
Kita juga sama-sama doakan kepada Allah agar kerajaan yang akan terbentuk akan lebih bersungguh dalam menjaga kedaulatan Islam sebagai agama negara. Kita bimbang  kata-kata dari salah sebuah laman sesawang Missionary Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia. Kenapa mereka tetap nak berdakyah sedangkan mereka tahu Malaysia tidak membenarkan pendakyahan agama lain kepada Muslim di Malaysia?. Jawapannya mudah. Dalam buku “Vision 2020: A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020” halaman 103 ada jawapannya;  (Secara asasnya, gereja hanya memiliki satu misi iaitu: penginjilan! Itulah perintah Tuhan kita (Matius 28:19)… Di dalam masyarakat berbilang bangsa, berpendidikan dan serba mewah, penginjilan adalah sangat sukar. Namun kita mesti mematuhi perintah itu (penginjilan). Masa depan kelihatan sukar tetapi hakikatnya ianya adakah masa keemasan untuk menginjilkan Malaysia.)
Kristian sanggup menghadapi onak dan duri walaupun berdepan tindakan undang-undang tetapi bagaimana pula dengan kita sebagai Muslim?. Mereka tidak akan berhenti tetapi apakah majoriti Muslim masih lena dan tertidur di zon selesa sehingga ‘rumahnya terbakar’ sekalipun dia masih belum mahu berdakwah atau menyumbang kepada usaha dakwah?. Mereka tetap akan mara tetapi apakah Muslim cukup dengan marah tanpa mara ke depan untuk berdakwah?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 20 surah al-A’araf :
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠
Maksudnya : Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.
Kejahilan punca kesesatan maka ketika ada golongan Liberal yang keliru mengenai pensyariatan penutupan aurat. Katanya hukum aurat hanya datang pada zaman Nabi Muhammad. Pernyataan ini tidak benar bahkan bercanggah dengan pandangan beberapa Ulama’ berhubung perkara ini. Misalnya Al-Imam al-Qurtubi dalam kitab Jami li Ahkam al-Quran  ketika menghuraikan ayat berhubung hasutan Iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam dari syurga, beliau menjelaskan bahawa di sinilah bermula perbahasan isu berhubung aurat berlaku.  “Dalam ayat ini terdapat dalil yang jelas membuktikan mengenai kejelikan membuka aurat, dan Allah telah mewajibkan untuk menutupnya (menutup aurat). Dan di situ titik permulaan kepada penutupannya. Dan tidak ada yang menghalang Allah mengeluarkan arahan (menutup aurat sedemikian) sepertimana arahan kepada Nabi Adam agar menjauhi pokok tersebut.” Perhatikan di sini bagaimana al-Imam al-Qurtubi berpandangan bahawa arahan (atau penghukuman) aurat ini telah bermula di zaman Nabi Adam lagi. Ia jelas bercanggah dengan pandangan seorang Feminis Liberal yang mengeluarkan kenyataan tanpa mendatangkan dalil yang jelas.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Fathu :
وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا ﴿٧
Maksudnya : Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia maka marilah kita sama-sama doakan keselamatan kepada saudara segama yang sedang dibunuh di Palestin, Syria, Iraq, China, India, Yaman, Filiphina, Myanmar dan selainnya. Jika sebelum ini dunia menyaksikan kezaliman yang melampau terhadap umat Islam Uyghuir oleh kerajaan China tapi lenyap isunya ditimbus oleh serangan virus corona yang menjalar hampir seluruh dunia. Yang terbaru pihak Arab Saudi menggantung  visa pelancong dari negara-negara yang terjejas dengan virus tersebut. Sehebat dan sekuat mana manusia rasa namun tidak mampu menandingi kehebatan dan kekuatan Allah. Allah tidak perlu menghantar tenteraNya yang besar namun cukup dengan tentera sekecil virus namun mampu menggegarkan dunia. 
Penderitaan saudara seagama di India yang berlarutan sekian lama kian memuncak dengan pelbagai tekanan dan kezaliman yang dilakukan tanpa pembelaan sewajarnya.
Bagi yang berkemampuan hulurkan bantuan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Paling penting panjatkan doa sentiasa kepada Allah dalam membantu dan menghentikan perderitaan saudara segama yang sedang ditindas. Adakah subur iman kita jika saudara seagama meraung kesakitan sedangkan kita melaung keseronokan, adakah kita boleh rehat kekenyangan sedangkan saudara seagama sedang menggelupur kelaparan, adakah kita boleh tidur nyenyak ketika musuh sedang melanyak tubuh saudara seagama, adakah air mata kita dibazirkan untuk menangis ditipu filem tv daripada sedih memikirkan penderitaan saudara seagama yang dibom, adakah kita tersenyum girang melihat mahligai indah sedangkan rumah saudara seagama sedang ranap menyembah tanah. Tepuklah dada tanyalah iman. 
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَSumber:
Khutbah Jumaat : Kerajaan Taqwa DiBentuk Keredhaan Allah DiTuntut | Khutbah Pilihan

Khutbah Terkini
Khutbah Audio 214 – Kerajaan Taqwa DiBentuk Keredhaan Allah DiTuntutKhutbah Jumaat : Kerajaan Taqwa DiBentuk Keredhaan Allah DiTuntutKhutbah Jumaat Pdf : Valentine’s Day DiHindari, Laknat Allah DiJauhi, Rahmat Allah DiMilikiKhutbah Jumaat : Valentine’s Day DiHindari, Laknat Allah DiJauhi, Rahmat Allah DiMilikiKhutbah Pdf – Islam DiNobat Virus Corona DiRawat Arak diSekatKhutbah Jumaat : Islam DiNobat Virus Corona DiRawat Arak diSekatKhutbah edisi Pdf bagi tahun 2020Khutbah Audio 213 – Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan HakikiKhutbah Jumaat Pdf : Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan HakikiKhutbah Jumaat : Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan HakikiKhutbah Pdf – Islam DiMartabat Murtad DiSekat Umat KuatKhutbah Jumaat : Islam DiMartabat Murtad DiSekat Umat KuatKhutbah Audio 212 – Jaga Masa Perkasa Pendidikan Julang KegemilanganKhutbah Jumaat : Jaga Masa Perkasa Pendidikan Julang KegemilanganKhutbah Jumaat : Membina Jatidiri Cemerlang Menjulang Kehebatan Islam
ekhutbah Studio
eJumaat AudioeJumaat3 AudioeJumaat4 AudioeJumaat5 AudioeJumaat6 Audioekhutbah1432 Audioekhutbah1433 Audioekhutbah2011 Audioekhutbah2012 Audioekhutbah2013 AudioKhutbahkini audioMimbar Jumaat Audio
Khutbah Pilihan

Khutbah al-AzimKhutbah BruneiKhutbah JAIPkKhutbah JAISKhutbah JAKIMKhutbah JAWIKhutbah JHEAINSKhutbah JHEATKhutbah MAIKKhutbah Masjid RusilaKhutbah MUISKhutbah PilihanKhutbahkiniShoutul MimbarWeb & Blog PilihanAl-Quran al-KarimAl-Quran al-Karim terjemahBimbingan MukminBlog Pasir TumbohCakna PalestinDarul Ulum Onlineejawi.netepondokGambar Pondok MalaysiaGambar ProgramHadis OnlineMunajatroyaltiPondok Pasir TumbohTanya UstazTazkirah PilihanTerjemahan al-QuranTerjemahan Sohih MuslimTukar Rumi ke Jawi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/membentuk-kerajaan-bertaqwa-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 523 hits
BLACK OPS THE MALAYSIAN CONNECTION DI AFGHANSEPTEMBER 3 2012 BY ADMIN 986 COMMENTSArtikel ini ditujukan kepada semua Unsung Hero mereka yang mengorbankan diri untuk bangsa agama dan negara tanpa mengambil kira upah pingat kepentingan negeri...
10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 342 hits
Elektrolit merupakan sebuah cairan dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam fungsi kesehatan yang tepat Secara alami bentuk dari elektrolit yang terkandung dalam tubuh kita berbentuk kalsium natrium dan kalium
Buku Panduan Pengurusan Majlis Acara Rasmi Kerajaan

Buku Panduan Pengurusan Majlis Acara Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 729 hits
Di era transformasi kini Jabatan jabatan dan Agensi Kerajaan semakin rancak melaksanakan secara sendiri majlis majlis dan acara rasmi Kerajaan tanpa melantik syarikat luar Secara tidak langsung setiap acara yang dilaksanakan menampilkan ide...
Kerajaan Fail Bantahan Terhadap Bakal Pm Ke 8

Kerajaan Fail Bantahan Terhadap Bakal Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 175 hits
Kerajaan memfailkan bantahan awal terhadap saman pemula Anwar Ibrahim mencabar kesahan Akta Majlis Keselamatan Negara didengar di Mahkamah Tinggi sebagai akademik Peguam J Leela bagaimanapun berkata Anwar membantah perkara itu kerana majori...
Jadual Gaji 2020 Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual Gaji 2020 Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 592 hits
JADUAL TARIKH BAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN SEKTOR AWAM TAHUN 2020 Thn Baru Cina 25 26 Februari JANUARI Tarikh Gaji 16 01 2020 Hari Khamis FEBRUARI Tarikh Gaji 24 02 2020
Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 310 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Jual pindah milik kepada pihak ketiga bukan penyelesaian bijakBANGI Tindakan Lembaga Tabung Haji memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset st...
Sebab Apa Kerajaan Ph Dap Semakin Teruk Di Media Sosial

Sebab Apa Kerajaan Ph Dap Semakin Teruk Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 317 hits
Pegawai Kit Siang DAP berkata ketika ini kerajaan PH tidak memiliki kelebihan dari segi penguasaan media sosial dan kalah kepada pembangkang Pembangkang mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan PH kepada rakyat untuk mereka me...
Kerajaan Pintu Belakang Apa Kata Pas

Kerajaan Pintu Belakang Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 352 hits
BERITA SEMASA 18 FEBRUARI 2020 Ketua Penerangan Pas Kamaruzaman Mohamad berkata sekiranya berlaku pertukaran perdana menteri dalam tempoh terdekat ia akan mengganggu proses pentadbiran negara lapor wartawan Sinar Harian Nazihah Khan Muzik w...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord