Membela Diri
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
MEMBELA DIRI | Seni bela diri itu ada banyak.Silat,kungfu,taekwondo,tomoi dan ada banyak lagi.Masing-masing boleh memilik mengikut apa yang dimahukan dan mampu dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain juga sekiranya perlu.Dalam situasi sekarang sudah tidak kira baik lelaki mahupun perempuan seni bela diri bukan lagi satu yang aneh untuk dipelajari dan dikuasai baik seni bela diri yang datangnya dari negara sendiri mahupun yang didatangkan tenaga pengajarnya daripada negara luar.Mempelajari seni bela diri yang pelbagai itu lebih bagus sebenarnya..PC sendiri pun tak ada pelajari seni bela diri..bila nampak kanak-kanak berlatih taekwondo dan silat..comel-comel belaka dengan seragam masing-masing..hehehehehehe
Semua orang tidak kira siapa pun..ada hak untuk membela dirinya sendiri.Sama ada membela dengan jujur atau sebaliknya itu hanya diri sendiri dan Allah SWT yang tahu.Bila masing-masing mula membela diri bukan satu perkara mudah untuk akui khilaf,,bukan kerja senang juga mahu meminta maaf.Dalam setiap pembelaan..masing-masing akan meletakkan diri sendiri berada pada tahap benar yang paling maksimum
Faktakah.Autakah.Jujurkah.Berbohongkah.Setiap apa yang dilisankan bakal mempengaruhi langkah pada hari-hari seterusnya yang bakal dilalui selagi ada nyawa.Manusia lebih tertarik untuk membuat kesimpulan dan lebih senang untuk ingat hal yang dirasakan menyakiti dan menyakitkan.Ianya lebih lama memberikan kesan berbanding pada perkara atau kisah yang baik dan indah-indah
Selagi manusia itu manusia.Biar istimewa kerana adanya akal.Melakukn khilaf itu agak mustahil untuk dihindar.Sesiapa pun.Potensi untuk buat khilaf dan membuat kebaikkan itu sentiasa ada.Hari ini kita melihat khilaf orang..tidak mustahil esok orang melihat khilaf kita.Meminimumkan kesalahan itu boleh..sifar kesalahan itu belum tentu kerana kalau tidak pada tindakkan atau lisan boleh sahaja melakukannya dihati..termasuklah PC..kerana PC tidak ma'sum.
Membela diri di dunia sukar..membela diri di hadapan Allah SWT nanti lebih-lebih lagi sukarnya.Ingat itu moga ianya membantu kita lebih berusaha perbaiki kelemahan diri.Aamiin
#sama-sama mencari redha Allah swt
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/04/membela-diri.html