Membalun Najib Yang Sudah Jadi Bola Kempis Tidak Lagi Memberi Sebarang Kepuasan




Ada yang bertanya, kenapa saya tidak banyak lagi menghentam Najib Razak sejak kebelakangan ini?


Adakah saya mula simpati kepada bekas Perdana Menteri itu?


Ya, simpati mungkin itu ada, tambahan lagi bila mendengar kata-katanya yang beliau kini tertekan kerana terpaksa meminjam wang daripada pihak tertentu untuk membiayai perbelanjaan dan membayar ikat jamin terhadap 39 pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya setakat ini.


Dalam hal ini, Najib bukanlah tiada wang sebenarnya, cuma beberapa akaun banknya sedang dibekukan oleh pihak berkuasa kerana siasatan terhadapnya masih lagi berjalan.


Cuma, saya tertanya-tanya, ke manakah menghilangnya rakan-rakan yang banyak mendapat manfaat perniagaan ketika beliau berkuasa dahulu?


Apakah persahabatan mereka hanya ketika Najib sedang berkuasa saja?


Tetapi, meskipun ada simpati kepadanya, saya tidaklah sampai ke peringkat mahu menyokongnya.


Bagi saya, Najib sudah ibarat "bola kempis yang tidak sedap lagi untuk ditendang".


Beliau sudah jatuh sekarang ini dan saya mengkritik serta menghentamnya sejak 2011 lagi sama ada melalui buku, penulisan di blog atau coretan di facebook dan juga twitter.


Sejak tahun 2011, saya sudah menulis enam buah buku yang kesemuanya berkenaan Najib dan mengajak rakyat menolak kepimpinannya


Mereka yang mengikuti blog saya tentu tahu bahawa sudah beribu artikel yang saya tulis yang mengenai Najib, tidak terkecuali juga berkenaan Rosmah Mansor, Jho Low dan Riza Aziz.


Memulakan penulisan di blog sejak 2012, sehingga ini blog saya telah dikunjungi oleh lebih 48 juta penjenguk. Terima kasih kepada mereka yang tidak jemu-jemu membaca tulisan saya.


Dengan 39 pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya, rasanya sampailah ketikanya saya harus membiarkan Najib  menguruskan kes-kesnya bersama pasukan peguam dan mereka yang rapat dengannya dengan lebih aman tanpa gangguan.


Tugas dan peranan saya mengkritik, menegur, menghentam dan membalun Najib ketika beliau sedang berkuasa dan sehingga kejatuhannya pada pilihanraya 9 Mei lalu, rasanya sudah selesai dan memberikan kepuasan peribadi yang tidak ternilai.


Saya tidak perlu lagi "menendang bola yang sudah kempis". Beliau sudah jatuh dan tidak mungkin akan kembali lagi ke persada kuasa.


UMNO sendiri tidak mungkin sedia menerima beliau sebagai pemimpin mereka buat kali kedua.


Perjuangan Najib sekarang ini, bagi saya hanyalah semata-mata untuk berdepan dengan kes-kes mahkamahnya dan berusaha sebaik mungkin agar beliau dan isterinya tidak ke penjara.


Bersama pasukan peguamnya, saya percaya Najib mampu menguruskan hal tersebut.


Saya tidak mahu lagi menghentam atau membalunnya. Cukuplah setakat ini.


Namun, sebagai penulis, saya akan terus berjuang mengkritik dan menegur, malah menghentam serta membalun sesiapa juga yang saya rasa patut diperlakukan sedemikian.


Sudah tujuh bulan berlalu, saya kini jadi rindu kembali untuk "menendang bola-bola yang sedang kencang dan masih ada angin", apatah lagi dalam kerajaan kini berlaku begitu banyak keserabutan yang memerlukan teguran, selain menunaikan janji manifesto PRU14 serta janji-janji lain ternampak bukan lagi sebagai keutamaan.


Saya sudah biasa "menendang bola kencang" dan terus "menendang Najib yang sudah ibarat bola kempis", tidak lagi memberi sebarang keseronokan serta kepuasan, malah saya rasa seperti sedang ditertawakan.


Saya akan terus "menendang", tapi kini sasaran saya ialah "bola kencang" dan "bola-bola lain yang ada angin" yang sudah tentu mampu memberikan saya keseronokan dan kepuasan. (ShahbudinHusin 18/12/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/membalun-najib-yang-sudah-jadi-kempis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 348 hits
Loading Loading Jika Menteri Kewangan Pakatan Harapan mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang kurangnya 30 dari lapangan terbang bangunan hospital hospital awam stesen keretapi dan tanah tanahnya tentu ramai akan
Najib Masih Hendak Kudakan Rakyat

Najib Masih Hendak Kudakan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 403 hits
Nampak gayanya Najib Razak kesunyian Agaknya kalau boleh hendak kembali sebagai Perdana Menteri Ketagih publisiti dan masih merasakan diri dikagumi oleh ahli ahli Umno Untuk melepaskan kesunyian selepas kehilangan jawatan Najib hari ini mem...
Najib Hadir Perhimpunan Icerd

Najib Hadir Perhimpunan Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 289 hits
Wartawan Watan Online Datuk Seri Najib Razak sah akan turut serta berjalan kaki untuk berarak ke perhimpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang akan berlangsung Sabtu ini Kehadiran bekas P...
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1105 hits
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka DatangNajib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang
Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 336 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd di Tanjung Pagar Singapura Beliau berkata banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut Najib berk...
Act Of Treason Cousin Brothers Najib Hishammuddin Deployed Military To Yemeni Civil War Without Approval

Act Of Treason Cousin Brothers Najib Hishammuddin Deployed Military To Yemeni Civil War Without Approval

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 269 hits
Najib and his cousin brother Hishammuddin had essentially placed the country at risk of terrorism target because the operation was held during the peak of Syrian War Finance Twitter We two years ago in 2016 when Saudi Arabia bragged about t...
Eat Your Heart Out Najib Guan Eng Ecstatic As Exports Hit Historic High On Rm96 4 Billion In October

Eat Your Heart Out Najib Guan Eng Ecstatic As Exports Hit Historic High On Rm96 4 Billion In October

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA Malaysia s exports in October surged to a historic high of RM96 4 billion Finance Minister Lim Guan Eng said today In a statement he said the country also recorded trade surplus of RM16 3 billion an indication that it is on the ri...
Who Is Your Teacher Najib Jabs 9 95 Maszlee

Who Is Your Teacher Najib Jabs 9 95 Maszlee

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 378 hits
Former premier Najib Abdul Razak took another potshot at Education Minister Maszlee Malik over the latter s rating of himself in an with Malaysiakini Maszlee who gave himself 9 95 of 10 said the rating was for how well he is learning the ro...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari