Memastikan Online Profile Anda Dalam Keadaan Baik Ini 5 Tips Yang Boleh Anda Lakukan


Media sosial merupakan satu perkara yang penting untuk majikan melihat anda dengan lebih dekat. Dengan kewujudan internet, semua maklumat sekarang berada di hujung jari bakal majikan anda. Pasti anda akan berkata “Ala nama pun media sosial, ini tempat kita untuk bersosial. Siapa anda untuk beritahu apa yang perlu dibuat dan apa yang tak perlu saya buat di media sosial?”
Ya, itu sememangnya hak anda, tetapi jika anda lagi rela untuk mengadaikan reputasi dan kerjaya anda dengan kepuasan kehidupan bersosial. Itu di atas pilihan anda sendiri.
Ada pepatah mengatakan :
“It takes several years to build a reputation and five minutes to ruin in. If you think about that, you will do things differently.”

Dan lagi sekali anda akan menjawab “Bagaimana majikan boleh menghakimi saya dengan cara post di media sosial, ia suatu perkara yang tidak adil.” Ya, inilah dunia sebenar yang perlu anda lalui, terutamanya dengan keadaan pasaran kerja yang semakin sengit sekarang ini.
Sebenarnya apa yang ingin dilihat di laman media sosial anda adalah apa perkara atau nilai positif yang ada pada diri anda.
Selalunya di media sosial bakal majikan akan mengetahui jawapan yang mereka inginkan mengenai diri anda. Berdasarkan kajian daripada Snelling.com mengatakan, sebanyak 86% majikan melihat laman sosial calon sebelum memanggil mereka datang ke sesi temuduga.
Kerana apa perkara ini sangat penting bagi majikan?
Kerana ia bersangkut paut kepada reputasi syarikat pada masa hadapan. Setiap pekerja di dalam sesebuah syarikat merupakan “role model” untuk syarikat.
Jika anda seorang yang tidak layak untuk mewakili syarikat, bagaimana mungkin mereka mahu mengambil anda sebagai ahli dalam pasukan mereka.
Ini 5 Tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan “Online Profile” anda dalam keadaan baik :
1. Elakan post perkara negatif
Pertama sekali yang patut anda elakkan ialah post gambar atau perkara-perkara yang negatif. Ia termasuklah sumbernya datang daripada anda sendiri ataupun mereka yang tag kepada diri anda. Tiada majikan yang mahukan bakal pekerja mereka mempunyai sikap yang negatif. Bayangkan jika anda seorang majikan, adakah anda inginkan bakal pekerja anda yang sentiasa membuli di media sosial, post perkara negatif dan selalu mencetuskan provokasi terhadap orang lain?
Jika tidak, ia sama juga seperti bakal majikan anda mahukan. Mereka tidak mahu melihat-melihat perkara itu ada di dalam diri bakal pekerja mereka.
2. Tekankan perkara-perkara yang baik
Jika anda ada sertai aktiviti sukarelawan, masuk pertandingan sukan, ataupun apa sahaja perkara yang anda sertai, kongsikan cerita-cerita positif berkenaan di dalam media sosial yang anda ada. Kadang kala asbab daripada tindakan anda berkongsi membuatkan orang lain juga terinspirasi dan merasakan aura positif itu terhadap diri anda.
Contohnya, jika anda sertai aktiviti gotong royong, anda boleh kongsikan di Facebook apakah manfaat dan kebaikan yang anda telah pelajari daripada menyertai aktiviti ini. Mungkin tulisan anda itu mampu memberikan rakan2 anda yang lain untuk turut serta pada masa akan datang. Anda boleh post apa sahaja perkara di dalam media sosial asalkan ia tidak berunsurkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan aura negatif kepada orang yang melihat atau membacanya.
3. Internet suatu medium yang besar
Selalu beringat bahawa Internet ini adalah satu perkara yang besar di dalam merekod apa sahaja mengenai diri anda. Anda sendiri boleh lihat bagaimana kuasa media sosial di dalam menyebarkan sesuatu maklumat atau apa sahaja yang anda kongsikan kepada ramai orang. Sememangnya ia sangat cepat dan mudah. Selalu berhati-hati apabila meletakkan maklumat atau perkongsian di media sosial.
4. Sentiasa minta orang mengawasi post anda.
Buat keputusan untuk meminta nasihat daripada orang terdekat yang boleh anda percayai (keluarga, mentor, guru dan sebagainya) untuk sentiasa melihat atau memberikan respon kepada post yang anda lakukan untuk memastikan ianya juga diterima baik oleh mereka.
Kadang kala anda merasakan post-post anda itu tiada masalah kerana itu hanya ikut pada satu sudut pandang anda sahaja, tetapi apabila ada mereka yang lain membacanya, mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang tetapi ada orang lain boleh melihat dan menegur anda. Maka anda perlu berhati-hati dan selalu meminta pandangan individu yang anda percaya supaya apa yang anda post itu bukan sesuatu post yang boleh mendatangkan perkara negatif.
5. Jarakkan diri anda dengan media sosial
Apabila anda dalam keadaan yang sedih atau berada pada tahap emosi yang tidak stabil. Jarakkan diri anda dengan media sosial atau lebih mudah jarakkan diri anda dengan smartphone anda. Kadang kala emosi ini akan mendorong anda untuk post perkara-perkara yang di luar batas akal fikiran anda. Cuba untuk berfikir dengan cara lain yang lebih baik untuk melepaskan tekanan dan emosi tersebut daripada anda postnya di laman-laman media sosial yang anda ada
sumber
The post Memastikan “Online Profile” anda dalam keadaan baik, ini 5 tips yang boleh anda lakukan. appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/memastikan-online-profile-anda-dalam-keadaan-baik-ini-5-tips-yang-boleh-anda-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 711 hits
Menjinakkan selera anak adalah menjadi tanggungjawab mama papa Bila mereka bosan dengan sesetengah menu boleh cuba untuk tukarkan menunya Kalau nasi dan mi sudah kurang mendapat sambutan apa kata cuba masakkan sup cendawan pula Yang penting...
Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 405 hits
MALAYSIAKINI Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah...
Tips Atasi Kondisi Keuangan Yang Sedang Tidak Baik

Tips Atasi Kondisi Keuangan Yang Sedang Tidak Baik

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 195 hits
Kondisi keuangan memang tak bisa dipastikan tapi Anda harus selalu berjaga jaga menghadapinya
Asosiasi Pinjaman Online Jamin Perusahaan Resmi Tak Lakukan Penagihan Sadis

Asosiasi Pinjaman Online Jamin Perusahaan Resmi Tak Lakukan Penagihan Sadis

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 233 hits
Belakangan beredar informasi mengenai korban penagihan perusahaan pembiayaan atau pemberi kredit secara online secara sadis Bahkan penagihan dilakukan dengan cara mengancam dan mempersilakan menjual organ tubuhnya demi melunasi utangnya
8 Tips Membeli Secara Online Semasa Ezbuy 11 11 Craziest Sale

8 Tips Membeli Secara Online Semasa Ezbuy 11 11 Craziest Sale

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 467 hits
8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11 11 Craziest Sale Assalammualaikum semua Wah demam ezbuy 11 11 Craziest Sale sedang berlangsung Masa ini lah paling sesuai untuk berbelanja lebih Ruby dah sediakan bajet untuk membeli belah kali i...
7 Kesalahan Masa Remaja Yang Tak Boleh Kamu Lakukan Di Usia 20 An Biar Kelak Tak Ada Penyesalan

7 Kesalahan Masa Remaja Yang Tak Boleh Kamu Lakukan Di Usia 20 An Biar Kelak Tak Ada Penyesalan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 327 hits
Karena dari kesalahan itu harusnya kamu ambil pelajarannya bukan melakukan kesalahan yang sama
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 475 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Kad Tng Tak Boleh Pakai Nasib Baik Ada Mykad

Kad Tng Tak Boleh Pakai Nasib Baik Ada Mykad

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 446 hits
Aku ada 3 keping kad lebihan TnG Tambah dengan satu lagi kad yang aku selalu pakai maka jumlahnya ada 4 Dan kalau ikutkan expiry date kat belakang kad tu pun kesemuanya masih lagi boleh digunapakai untuk satu tempoh masa yang lama Sehingga ...
Pelekapan Yang Salah Semasa Menyusu Boleh Menyebabkan Puting Merekah Lakukan Cara Ini Untuk Elak Rasa Sakit

Pelekapan Yang Salah Semasa Menyusu Boleh Menyebabkan Puting Merekah Lakukan Cara Ini Untuk Elak Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 611 hits
Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya Pertama sekali kita perlu mencari punca masala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game