Memang Lah Bubar Parlimen Jalan Terbaik




Daulat Tuanku, pertama-tamanya ingin dirakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada DYMM Sultan Johor atas amaran baginda mahu membubarkan DUN Johor bagi diadakan pilihanraya negeri jika pertelingkahan politik berterusan di negeri itu.Melalui catatan di laman Facebooknya, DYMM Sultan Johor bertitah, baginda tidak akan membiarkan politik Johor berterusan dikucar-kacirkan.“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.“Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titah baginda lagi.Sesungguhnya titah DYMM Sultan Johor ini adalah amat bijaksana dan tepat untuk menyelesaikan kemelut politik Johor daripada terus berpanjangan.Oleh kerana kedudukan majoriti di DUN Johor sekarang adalah tipis iaitu 29-27, ini dengan sendirinya menyebabkan ketidakstabilan dan gejala lompat-melompat boleh berlaku dan berterusan pada bila-bila masa.Dengan demikian, hanya pilihanraya negeri saja penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kestabilan serta memastikan ahli-ahli politik, baik yang bersama kerajaan atau pembangkang benar-benar dapat menumpukan khidmat kepada rakyat dalam aktiviti seharian mereka selepas ini.Selagi kedudukan majoriti adalah tipis, selagi itulah soal berebut kuasa, melobi dan merangsang aktiviti melompat parti tidak terhenti.Dalam konteks yang sama, disebabkan kedudukan majoriti kerajaan PN di Pusat juga sekitar satu atau dua undi iaitu mirip dengan Johor dan aktiviti berebut kuasa tidak ternampak akan terhenti begitu saja, pilihanraya umum secara mengejut di peringkat Parlimen juga wajar diadakan.Meskipun DYMM Yang Dipertuan Agong tidak bersuara apa-apa mengenai keadaan politik negara setakat ini, tetapi Muhyiddin Yassin boleh mengambil pedoman daripada titah DYMM Sultan Johor dalam menyelesaikan kemelut politik di peringkat Pusat yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini.Lagi pula, Muhyiddin tentu sedar selain usul undi tidak percaya bakal dibentangkan terhadapnya pada Sidang Parlimen Julai nanti, Tun Mahathir Mohamad turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti sepanjang masa daripada menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.Ini memberi gambaran bahawa selain melalui usul undi tidak percaya, penolakan terhadap usul, rang undang-undang dan Belanjawan 2021 Oktober depan di Parlimen juga merupakan pilihan yang akan dilakukan.Tidak cukup dengan itu, usaha mengumpul kekuatan dan menarik Ahli-Ahli Parlimen PN untuk berpaling tadah menumbangkan kerajaan barang sudah tentu sentiasa akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.Akhirnya, dengan semua kekalutan itu, harus disedari kerajaan tidak mungkin mampu berfungsi dengan sebaik-baiknya dalam memberi khidmat kepada rakyat.Dalam hal ini, Muhyiddin harus sedar bahawa satu-satunya jalan penyelesaian dalam kemelut politik ini ialah dengan mengadakan pilihanraya dengan seberapa segera.Meskipun jika kerajaan ditumbangkan atau kalah dalam usul undi tidak percaya, Muhyiddin berhak memohon kepada Agong agar Parlimen dibubarkan, beliau sebenarnya tidak patut menunggu sehingga ke peringkat itu baru mahu bertindak untuk mengadakan pilihanraya.Adalah terpuji jika Muhyiddin dapat segera memohon kepada DYMM Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan secepat yang mungkin supaya pilihanraya dapat diadakan dalam waktu terdekat ini.Lagi dilengahkan lagi kalut politik dan rakyat dibuatnya.Selepas pilihanraya dan kerajaan baru terbentuk, ketidaktentuan, kekalutan dan pertikaian mengenai keabsahan kerajaan dengan sendirinya tidak akan berbangkit lagi.

 (Shahbudindotcom 03/06/2020)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/memang-lah-bubar-parlimen-jalan-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Kerusi Parlimen Ph Lebur Jika Parlimen Bubar

30 Kerusi Parlimen Ph Lebur Jika Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 320 hits
by 6 02 2020 08 01 00 AmSekiranya Parlimen di bubarkan kira kira 30 kerusi Parlimen Pakatan Harapan PH lagi akan ditawan oleh UMNO PAS dan juga gabungan di dalam Muafakat Naisonal seperti MIC MCA dan lain lain Ini berdasarkan rekod sokongan...
Muhyiddin Tidak Harus Bubar Parlimen Selepas Ph Ada Majoriti

Muhyiddin Tidak Harus Bubar Parlimen Selepas Ph Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 362 hits
AHLI Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat Menurut Koo Ham Muhyidd...
Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 251 hits
AHMAD SYAUQI AL ABRAR BIN SAIFUDDIN PAS dan UMNO senada mendesak TSMY agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera setelah tidak keruan terkesan melihat angka angka yang dimainkan oleh rakan rakan PH Mereka yang semua sedia maklum bergabun...
Bubar Parlimen Jika Ph Kembali Semula Menjadi Kerajaan Dengan Sokongan 129 Mp

Bubar Parlimen Jika Ph Kembali Semula Menjadi Kerajaan Dengan Sokongan 129 Mp

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 403 hits
BUBAR PARLIMEN jika PH kembali semula menjadi Kerajaan dengan sokongan 129 MPTERKINI Satu Jawatan Satu Calon Tiada Calon Backup PM Khalid Samad Pakatan mempunyai penyokong tersembunyi di dalam Perikatan rePublish Berita Terkini MalaysiaBUBA...
Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 284 hits
Zain AzmanAl Kisahnya Apakah pilihan yang ada pada PM8 dengan asakan bertali arus dari PH mahupun dengan MP pro PN sendiri Ramai penganalisis meramalkan PM akan mohon pembubaran Parlimen Pendapat mereka hanyalah sebuah anekdot sahaja tanpa ...
Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membubarkan Parlimen buat masa sekarang kerana jika beliau berbuat demikian bermakna dia membunuh parti beliau sendiri iaitu Bersatu Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad berkata mem...
Muhyiddin Wajar Bubar Parlimen

Muhyiddin Wajar Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 400 hits
Kemelut politik negara masih berterusan sehingga ke hari ini Meskipun negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi mengekang penularan wabak Covid 19 namun ahli ahli politik masih bercakaran sesama sendiri untuk mere...
Yang Di Pertuan Agong Boleh Bubar Parlimen

Yang Di Pertuan Agong Boleh Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 643 hits
KETIKA ini bertiup kencang soal bubar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Sekali gus persoalan sama ada Yang di Pertuan Agong atau Sultan bagi negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Rakyat menjadi tumpuan ramai Sebelum...
Bubar Parlimen Bukan Pilihan Untuk Muhyiddin Dan Azmin

Bubar Parlimen Bukan Pilihan Untuk Muhyiddin Dan Azmin

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 328 hits
Untuk tahun ini saya yakin pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali lalu dan hanya ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang