Memang Kena Usaha Sesuatu Tapi Bukan Buat Kerja Tuhan
MEMANG KENA USAHA SESUATU TAPI BUKAN BUAT KERJA TUHAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. USAHA MESTI. Dan pastikan ada usaha daripada kita hambaNYA. Walau kadang ada rasa malas untuk berusaha, sesekali itu wajar tapi jangan dilayan dan dibiar berlarutan malasnya. Bahaya. Allah swt pandang dan nilai setiap usaha kita walau kecil dan sedikit sangat. Ada nilai tambah pada apa yang bakal DIA beri nanti. In sya Allah. Aamiin.
Bagi PC nak dapat apa pun walau cuma perkara kecil, memang kena usahalah. Contoh mudah, nak makan kena masak. Kalau tak nak masak pun kena keluar atau buat pesanan untuk dapatkan makanan. Makanan ada depan mata guna tangan suap ke mulut. Kunyah. Baharulah telan. Nampak macam biasa je kan. Hal kecil sangat, tapi ada usahanya. Kalau tak usaha atau malas laparlah perut. Boleh sakit kepala masuk angin perut lapar.
Memang kena usaha tapi bukan buat kerja Tuhan. Minta tolong dengan Tuhan tapi jangan buat kerja Tuhan. Apa pun itu. Kepada diri sendiri. Kepada orang lain apatah lagi. Tugas kita sekadarnya kita ni hambaNYA. Allah swt ada tugas NYA yang khusus. Para malaikat pun ada tugas masing-masing sebagaimana yang diarahkan olehNYA. Dan dalam kehidupan kita seharian pun buatlah kerja masing-masing sepatutnya dan selayaknya sahaja. Ada had. Ada batas. Ada adabnya.
Allah swt pun Maha Pengampun. Buktinya ada taubat. Taubat yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tak mustahil yang mungkin seperti tidak bakal ke syurga tapi bila bersungguh-sungguh taubat, Allah swt angkat darjatnya dan menjadi ahli syurga. Tak siapa yang tahu. Jadi kita ni manusia jangan sungguh-sungguh sangat nak jatuhkan orang lain, nak hukum orang lain, menuding jari kepada orang lain, adalah lebih baik berhenti. Kau siapa?. Kecuali kalau kita mensyirikkan Allah swt. Menduakan Allah swt sampai mati ha itu ya, dosa besar tidak diampun.
Kadang apa yang diperintahkan pun masih ronggak-ronggak lagi tak terlaksana. Lompong sana sini. Sibuk sangat la nak buat kerja Tuhan. Hoiii. Janganlah ya. Pnadangan mata kita ni kadang ada silapnya. Pendengaran kita ni pun kadang ada gangguannya. hati kita apatah lagi. Jangan CUMA MENGENGAR, MELIHAT yang 'cuma' dijadikan satu tekanan besar kepada orang lain. Menyusahkan dan menambah beban kepada orang lain. Jangan ya, tolonglah.
Hidup ni tak lama. Kalau dapat hidup lama pun jangan suka sangat. Takut terlupa taubat hanyut dengan nikmat.
Tinta Perdu Cinta ❤MEMANG KENA USAHA SESUATU TAPI BUKAN BUAT KERJA TUHAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/01/memang-kena-usaha-sesuatu-tapi-bukan.html