Memandu Secara Berbahaya Adalah Perbuatan Membunuh Diri



Peraturan jalan raya diwujudkan bertujuan untuk memelihara keselamatan para penggunanya. Ia selari dengan salah satu prinsip maqasid syariah (tujuan syariat) yang terdapat dalam Islam iaitu memelihara keselamatan nyawa.
Justeru, peraturan jalan raya yang diwujudkan perlu dipatuhi oleh setiap orang dan hukumnya dikira wajib menurut ulama’.
Namun, ada segelintir orang yang sering memandu secara berbahaya sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Sedangkan Islam sangat menegah apa jua jenis perbuatan yang dapat mendatangkan bahaya dan binasa kepada diri sendiri.
Abu Hurairah RA, Rasululah SAW bersabda:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim, no. 109)
Justeru, jika mereka yang memandu secara berbahaya akhirnya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, adakah mereka dikira sebagai membunuh diri?
3 Bahagian Membunuh Diri Dari Sudut Niat Orang Yang Melakukannya
1. Membunuh Diri Dengan Sengaja (القتل عمدا)
Melakukan apa-apa perbuatan yang boleh membunuh diri dengan niat membunuh diri contohnya menelan racun, mengelar tangan atau menggantung diri sendiri.
2. Membunuh Diri Dengan Separa/Hampir Sengaja (القتل شبه العمد)
Melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat membunuh diri dengan menggunakan peralatan yang kebiasaannya tidak membunuh tetapi menyebabkan kematian, seperti memukul badan dengan kayu kecil, batu dan sebagainya.
3. Membunuh Diri Dengan Tidak Sengaja (القتل خطا)
Tidak berniat melakukan perbuatan yang boleh membunuh diri atau pembunuhan yang tersilap, seperti termasuk perangkap sendiri.
Pembahagian di atas bukan hanya untuk isu membunuh diri sahaja, namun termasuk juga dengan perbuatan membunuh yang lain.
Dalam persoalan ini, niat adalah sesuatu yang akan dinilai sebelum ditetapkan hukum dan keputusan. Bagi majoriti ahli fiqh contohnya Mazhab Hanafi, Syafie, dan Hanbali, mereka berpendapat bahawa suatu pembunuhan tidak dianggap sengaja dilakukan kecuali pembunuh berniat untuk membunuh.
Kebiasaannya, kaedah yang diguna dalam Islam bagi menentukan sama ada seseorang itu membunuh dengan niat atau tidak adalah dengan melihat kepada bukti atau fakta yang zahir, contohnya dengan melihat alatan atau cara yang digunakan yang dapat menggambarkan niatnya.
Selalunya seseorang yang ingin membunuh akan menggunakan suatu yang tajam seperti pisau untuk membunuh, namun jika dia menggunakan alatan atau cara yang kebiasaannya tidak membunuh seperti memukul menggunakan batu atau kayu, dan menyebabkan kematian, maka pembunuhan ini dianggap sebagai pembunuhan hampir sengaja.
Berbalik kepada persoalan pada awal perkongsian ini – adakah orang yang memandu dengan berbahaya, akhirnya terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia, turut dianggap seperti membunuh diri? Pihak Mufti telah menyimpulkan dua cara menentukan situasi ini:
1. Jika seseorang dengan sengaja memandu secara berbahaya dengan tujuan membunuh diri atau membahayakan diri sehingga boleh menyebabkan kematian, maka dia dianggap membunuh diri.
2. Jika seseorang tidak mematuhi peraturan jalan raya contohnya melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat dan tidak ada niat untuk membunuh diri kerana merasakan keadaan masih terkawal, maka dia tidak dianggap membunuh diri sekalipun berlaku kematian.
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu.”(Surah Al-Baqarah 2:195)
Justeru, peliharalah diri dari bahaya dan kebinasaan tidak kira tubuh badan yang zahir, ataupun daripada aspek dalaman seperti kesihatan jiwa dan juga fikiran. Kedua-dua adalah sama pentingnya. Wallahua’lam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Memandu Secara Berbahaya Adalah Perbuatan Membunuh Diri? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/memandu-secara-berbahaya-adalah-perbuatan-membunuh-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elakan Diri Dari Penyakit Berbahaya 9462

Elakan Diri Dari Penyakit Berbahaya 9462

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 410 hits
TIPS ELAKAN PENYAKIT BERBAHAYA BACA JUGA Darah tinggi Jangan banyak berfikir Banyakan berzikir Kerana dengan zikir Menurunkan bacaan tekanan darah tinggi Sakit Jantung Elakan kemarahan Kerana bila kita marah kita sedang memberikan tekanan p...
Fakta Yang Tidak Dipertikaikan Adalah Azilah Telah Membunuh Altantuya

Fakta Yang Tidak Dipertikaikan Adalah Azilah Telah Membunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 213 hits
Shamsher Singh Thind The first respondent Azilah Hadri in his reply reiterated his non involvement with the murder and repeated his defence as submitted at the High Court He submitted that he only took the deceased Altantuya to Bukit Aman a...
Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik

Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 230 hits
Pernah berdepan kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini Atikah Suhaime memberi pesanan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan The post appeared first on
Kemendagri Minta Gubernur Papua Selesaikan Pengunduran Diri Wabup Nduga

Kemendagri Minta Gubernur Papua Selesaikan Pengunduran Diri Wabup Nduga

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 152 hits
Kementerian Dalam Negeri telah berkomunikasi dengan pemerintah provinsi Papua terkait pengunduran diri Wakil Bupati Nduga Wentius Nimiangge Kemendagri meminta Pemprov Papua melakukan pembinaan terhadap Wentius
Cabar Diri Berhenti Merokok

Cabar Diri Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 223 hits
Tegur jika ada yang merokok di premis makanan atau terus buat aduan Oleh Athirah Huda Zalhe02 01 2020BANGI 6 Jamadilawal 1441H Khamis Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di temp...
Anak Mat Sabu Diarah Bela Diri

Anak Mat Sabu Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 269 hits
Ahmad Saiful ketika keluar dari kamar mahkamah hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membela diri atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka tahun la...
Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 262 hits
MALAYSIAKINI Penangguhan Program Subsidi Petrol menunjukkan bagaimana kegopohan kerajaan PH akhirnya memakan diri kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff Menurutnya penangguhan yang diumumkan semalam itu...
Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020

Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 1622 hits
Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020Assalamualaikum dan salam sejahtera VIRTUAL RUN atau larian maya Apa itu Virtual Run atau Larian Maya Virtual run adalah acara lain yang boleh dilakukan oleh peserta di mana mana lokasi pilihan Ini bermaksu...
Ultra Kiasu Makin Kurang Ajar Tak Sedar Diri Lupa Asal Usul

Ultra Kiasu Makin Kurang Ajar Tak Sedar Diri Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 208 hits
Hanya bagi taraf warganegara jika mereka fasih cakap MelayuBANGI Kerajaan Pusat digesa bertegas menjadikan bahasa Melayu sebagai asas kewarganegaraan serta mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan rasis komunis yang menjadi ibu kepada masalah...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Lembu Sebaka Tidak Akan Berlaga

Kos Perubatan Meningkat Cegah Penyakit Tanggungjawab Bersama

Filem Abah Saya Uncle Mike

Fauziah Latiff Di Muara Sepi Chord

Bos Tetap Bos