Cabar Diri Berhenti Merokok


Tegur jika ada yang merokok di premis makanan atau terus buat aduan
Oleh Athirah Huda Zalhe02/01/2020


BANGI, 6 Jamadilawal 1441H, Khamis – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam, khususnya premis makanan.

Unit Kesihatan Awam Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, sepatutnya tempoh setahun bagi tujuan pendidikan yang dilaksanakan KKM tahun lalu, digunakan sebaik mungkin untuk berhenti merokok.

Walaupun masih ramai yang tidak peka terhadap larangan itu, beliau berkata, kesedaran mengenai bahaya rokok dan kesan asap rokok telah pun disebar luas melalui pelbagai medium ke seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman serta perkampungan.

“Pada masa sama, KKM turut menyediakan klinik berhenti merokok di banyak Klinik Kesihatan seluruh Malaysia sehingga ke ceruk kampung di pedalaman untuk memberi peluang kepada perokok berhenti merokok.

“Sepatutnya tempoh setahun digunakan sebaik mungkin oleh perokok untuk berubah dan yang terbaik untuk terus berhenti merokok kerana membahayakan kesihatan diri, keluarga dan orang sekeliling mereka,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan masih ada individu yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran serta premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh dilaksanakan di seluruh negara.

Menerusi operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dijalankan di beberapa negeri, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan itu, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Ihsanuddin berkata, keberkesanan larangan itu tidak akan dapat dilihat dalam tempoh singkat memandangkan ia sudah menjadi budaya, khususnya bagi penduduk di kawasan perkampungan dan pedalaman.

Justeru, katanya, penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh KKM dan pihak berkuasa tempatan perlu berterusan sehingga ia menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat untuk akur dengan arahan itu.

“Selain itu, masyarakat yang berkesedaran juga perlu berani menegur dan membetulkan jika masih ada perokok di kedai makan atau terus mengadu kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

“Gabungan proses pendidikan, kempen kesedaran, pemantauan penguatkuasa dan kerjasama perokok serta masyarakat awam adalah faktor yang membantu usaha ini berjaya. Semua ada peranan dalam hal ini demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya.

Mulai semalam, mana-mana individu yang didapati merokok di premis makanan boleh dikenakan kompaun bermula RM150 sehingga RM350.

Kompaun turut dikenakan terhadap mana-mana pengusaha premis yang gagal memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/cabar-diri-berhenti-merokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Minuman Yang Harus Dihindari Ketika Kamu Bertekad Berhenti Merokok

Ini Minuman Yang Harus Dihindari Ketika Kamu Bertekad Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 198 hits
Makanan dan minuman yang kamu konsumsi juga bisa sangat menentukan upayamu untuk berhenti merokok ini Penelitian mengungkap bahwa pola makan memainkan peran dalam minat seseorang untuk merokok
Ed Sheeran Dedah Berjaya Turun Berat 22 Kg Selepas Berhenti Merokok

Ed Sheeran Dedah Berjaya Turun Berat 22 Kg Selepas Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 219 hits
Ed Sheeran seorang penyanyi yang berasal dari Halifax United Kingdom berjaya mengurangkan hampir 22 kg berat badannya setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat sejak kebelakangan ini Penyanyi Shape Of You berkongsi tentang perjuangannya dal...
Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020

Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 1610 hits
Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020Assalamualaikum dan salam sejahtera VIRTUAL RUN atau larian maya Apa itu Virtual Run atau Larian Maya Virtual run adalah acara lain yang boleh dilakukan oleh peserta di mana mana lokasi pilihan Ini bermaksu...
Pembunuh Mahasiswi Bengkulu Coba Bunuh Diri Tikam Perut Sendiri

Pembunuh Mahasiswi Bengkulu Coba Bunuh Diri Tikam Perut Sendiri

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 953 hits
Pardi adalah buronan polisi Bengkulu karena membunuh mahasiswi Universitas Bengkulu Wina Mardiani beberapa waktu lalu
Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 Jatuh Motor

Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 Jatuh Motor

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 507 hits
Malang tidak berbau Untuk mereka yang selalu menunggang motorsikal risiko kemalangan ketika menunggang memang ada di mana mana Kunci utama ketika menunggang motorsikal adalah berhati hati dan jangan bawa motor dengan laju Namun jika terjadi...
Hengky Kurniawan Mengundurkan Diri Ini Pesan Ketua Demokrat Jabar

Hengky Kurniawan Mengundurkan Diri Ini Pesan Ketua Demokrat Jabar

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 147 hits
Dia memastikan keputusan Hengky tidak akan berpengaruh signifikan terhadap kinerja politik Demokrat di Kabupaten Bandung Barat
Pengacara Ungkap Pemeriksaan Psikologi Vina Garut Ada Kecenderungan Bunuh Diri

Pengacara Ungkap Pemeriksaan Psikologi Vina Garut Ada Kecenderungan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 171 hits
Kondisi tersebut menurut Asri akan diperparah saat persidangan memasuki agenda mendengarkan keterangan dari saksi mahkota karena akan teringat kembali dengan kejadian yang dialaminya
Mengapa Syiah Sebat Diri Di Hari Asyura

Mengapa Syiah Sebat Diri Di Hari Asyura

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 213 hits
Salah satu ritual syiah adalah melakukan tathbir melukai diri sendiri di hari asyura Sebahagian besarnya berbentuk aktiviti sebat diri menggunakan rantai besi atau pedang berantai Mengapa mereka berbuat demikian Benarkah sekadar bentuk duka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri