Memahami Rukun Nikah Jenis Jenis Wali



Apakah rukun nikah?
Artikel ini akan memberi panduan tentang rukun nikah, syarat sah nikah, dan perkara yang mengharamkan nikah secara lengkap dan mudah.
Panduan ini juga menyenaraikan perkara-perkara yang berkaitan jenis-jenis wali dan kriteria pemilihan suami dan isteri.
Jika anda sedang memerlukan panduan berkaitan syarat nikah, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Rukun nikah dalam Islam Jenis-jenis wali Perkara yang mengharamkan nikah Kriteria pemilihan suami Kriteria pemilihan isteri Rukun Nikah Yang Perlu Diketahui Akah nikah atau perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukun-rukun seperti berikut:
1. Lelaki yang bakal menjadi suami. Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih daripada 4 orang dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahram kepadanya.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri. Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang dan tidak berada dalam iddah.
3. Wali yang mengakad nikah pasangan atau mewakikan kepada juru nikah. Syarat bagi wali adalah Adil, Islam, baligh, lelaki, merdeka, tidak fasik, kafir atau murtad, bukan dalam ihram haji atau umrah, waras – tidak cacat akal fikiran atau gila, dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan dan tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
4. Dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah. Syarat bagi saksi adalah mesti beragama Islam, baligh, berakal, merdeka, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan untuk ijab dan kabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
5. Ijab dan kabul Ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil. Kabul ialah ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.
 
Jenis-Jenis Wali Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan) Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi. Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu  
Perkara Yang Mengharamkan Nikah Terdapat beberapa perkara yang mengharamkan sesebuah pernikahan dilakukan, iaitu:
Haram nikah dengan sebab keturunan seperti lelaki dengan ibunya atau anak saudara atau perempuan dengan bapanya. Haram nikah dengan sebab saudara susuan. Haram nikah dengan sebab seperti lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya atau ibu tirinya atau ibu susuannya. Bekas isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, masih boleh dikahwini setelah si isteri berkahwin dengan lelaki lain, bersetubuh dengannya, diceraikan dan habis idahnya. Perkara keempat hanya berbentuk sementara manakala perkara satu hingga tiga berbentuk selama-lamanya.
 
Kriteria Pemilihan Suami  Terdapat beberapa kriteria dalam pemilihan suami menurut Islam, antaranya adalah:
1. Kuat beragama & berakhlak mulia
Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab.
Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak perempuan.
Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, maksudnya:
Apabila datang meminang kepada kamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang berleluasa di atas muka bumi.
– Hadis riwayat at-Tirmizi
2. Bukan Keluarga Terdekat
Tidak digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga terdekat.
3. Bebas daripada Penyakit Berat
Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta dan lemah syahwat.
 
Kriteria Pemilihan Isteri Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan.
Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.
Oleh itu terdapat beberapa kriteria dalam pemilihan isteri mengikut syarat, antaranya:
1. Perempuan Yang Taat Beragama
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Dinikahi perempuan itu kerana empat: hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan
– Hadis riwayat al-Bukhari
Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya:
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
– Hadis riwayat Muslim
2. Berketurunan Baik Dan Dibesarkan Dalam Persekitaran Yang Sempurna Akhlaknya
Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah.
Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling mengasihi dan hormat-menghormati antara suami dan isteri.
3. Perempuan Yang Subur & Berpotensi Melahirkan Ramai Anak
Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari Kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa.
Jesteru, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai.
Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara-mara perempuannya yang terdekat.
4. Sekufu atau Hampir Sekufu
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur.
Maksudnya janganlah si bakal suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri.
Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua daripada wanita.
Namun, apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.
5. Masih Gadis atau Anak Dara
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda.
Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.
6. Pasangan Bukan Daripada Keluarga Terdekat
Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu.
Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.
 
Penutup Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak, mengikut lunas-lunas tertentu.
Jesteru, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya khususnya insan ini, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga.
Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.
Hubungan suci seorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.
Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman bahagia dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain, maka akan tenteram dan sejahteralah masyarakat.
The post Memahami Rukun Nikah & Jenis-Jenis Wali appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/fiqh/rukun-nikah-wali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengelompokan Jenis Jenis Pajak Beserta Penjelasannya

Pengelompokan Jenis Jenis Pajak Beserta Penjelasannya

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 469 hits
Dalam Hukum Pajak terdapat pembagian jenis jenis pajak yang dibagi dalam berbagai pengelompokan atau pembagian sebagai berikut Pengelompokan Pajak Menurut Golongannya1 Pajak Langsung yaitu pajak yang dimaksudkan untuk dipikul sendiri oleh y...
Perbezaan Dua Jenis Belimbing

Perbezaan Dua Jenis Belimbing

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1437 hits
Hampir semua orang kenal buah belimbing Tetapi akan timbul kekeliruan apabila disebuat belimbing besi dan belimbing buluh Ramai yang menyangka belimbing buluh dan belimbing besi adalah jenis sama Manakala jika disebut belimbing ia merujuk k...
Macam Macam Jenis Helm Beserta Keunggulan Dan Kelemahannya

Macam Macam Jenis Helm Beserta Keunggulan Dan Kelemahannya

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 750 hits
Salah satu alat pengaman saat berkendara yang wajib kamu gunakan adalah helm atau penutup kepala Helm akan menghindarkan pemakainya dari Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Kanser Tiroid Risiko Dan Jenis Jenis Yang Perlu Kita Tahu

Kanser Tiroid Risiko Dan Jenis Jenis Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 774 hits
KANSER TIROID RISIKO DAN JENIS JENIS YANG PERLU KITA TAHU Bila kita di diagnose sebagai mengidap kanser mungkin perasaan berubah menjadi sangat takut Sebab biasanya pengidap kanser akan dimomokkan dengan kematian Kanser Tiroid Ramai saja me...
Nak Kudapan Sihat Makanlah Kekacang Ketahui Khasiat 8 Jenis Kacang Ini

Nak Kudapan Sihat Makanlah Kekacang Ketahui Khasiat 8 Jenis Kacang Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1573 hits
Siapa yang tak suka makan kacang badam gajus pistachio pecan walnut waima kacang tanah pun ada manfaatnya kepada tubuh anda Kudapan yang kaya dengan lemak tak tepu atau lemak sihat ini juga adalah sumber serat dan protein yang baik Tapi ing...
5 Pria Penyuka Sesama Jenis Divonis Hukum Cambuk Hingga Bui

5 Pria Penyuka Sesama Jenis Divonis Hukum Cambuk Hingga Bui

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 263 hits
Pengadilan agama Malaysia menjatuhkan vonis hukuman penjara hukuman cambuk dan denda kepada lima laki laki karena melakukan seks sesama jenis Penyimpangan seks itu ilegal di bawah hukum syariah di Malaysia yang mayoritas penduduknya Muslim
Jenis Sayur Dan Khasiatnya

Jenis Sayur Dan Khasiatnya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1361 hits
Terima kasih majalah Rasa yang kongsikan di fbdan kak rose kongsikan kat sini pulak ya
3 Jenis Sup Yang Sedap Dihirup Panas Panas

3 Jenis Sup Yang Sedap Dihirup Panas Panas

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 418 hits
Apabila terasa tak sedap tekak sup adalah salah satu hidangan yang sesuai diambil RASA berikan tiga jenis sup yang senang nak disediakan SUP TELURSup Telur BAHAN BAHAN Minyak masak untuk menumis 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inc...
Gembira Dapat Empat Jenis Kek Secret Recipe

Gembira Dapat Empat Jenis Kek Secret Recipe

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 1114 hits
Kek Hari Lahir dari Secret RecipeTarikh 26 Oktober yang lalu merupakan ulang tahun hari kelahiran Mai Alhamdulillah masih merasa nikmat Allah yang tidak terkira di bumi Nya sehingga waktu ini Gembira juga hati ini kerana ada juga yang ingat...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri