Memadai Periksa Suhu Badan Di Pintu Masuk Kompleks Beli Belah


Saringan suhu badan bagi mengekang penularan COVID-19 hanya perlu dilakukan di pintu utama pusat membeli-belah saja, dan tidak perlu dilakukan di semua premis perniagaan di situ.
Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata langkah itu sudah memadai, dengan syarat semua pengunjung menjalani saringan, selain penggunaan alat pengesan suhu badan yang mematuhi piawaian dan menunjukkan suhu badan pengunjung yang sihat iaitu antara 36.5 dan 37.4 darjah Celsius.
“Pihak pengurusan perlu memastikan tidak ada pengunjung yang terlepas daripada menjalani saringan.
“Selain itu, penggunaan alat pengesan suhu badan yang memenuhi piawaian amat penting supaya kita boleh yakin dengan bacaan yang diberikan.
“Jika semuanya menepati syarat berkenaan, saya tidak nampak ada keperluan saringan suhu badan dilakukan lagi di setiap kedai kerana suhu itu tidak akan berubah begitu cepat sekali,” katanya kepada BH, hari ini.
Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud. Foto fail NSTP/AZHAR RAMLI
Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud. Foto fail NSTP/AZHAR RAMLI
Beliau berkata demikian mengulas langkah pengambilan suhu badan di pusat membeli-belah yang tidak seragam, yang mana ada yang hanya mengambilnya di pintu masuk pusat membeli belah, dan ada juga di setiap premis perniagaan.
Dr Awang Bulgiba menjelaskan, bagi premis perniagaan, langkah yang perlu dilakukan adalah mewajibkan pengunjung membuat imbasan Kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon, bagi rekod untuk pengesanan kontak jika terdapat kes COVID-19 dilaporkan di mana-mana premis.
“Selain itu, pemilik premis juga boleh mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka dan melakukan sanitasi tangan,” katanya.
Premis perniagaan itu sendiri juga perlu melakukan sanitasi persekitaran dan peralatan, manakala pekerja premis memakai pelitup muka dan sentiasa melakukan sanitasi tangan.
“Kalau boleh jangan gunakan wang tunai. Gunakan kad kredit atau debit, atau melalui e-dompet bagi meminimumkan risiko penyebaran jangkitan,” katanya.
Bagi pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, pengesanan suhu badan perlu dilakukan di setiap premis perniagaan jika bacaan alat pengesan suhu badan di pintu masuk utama didapati tidak tepat.
“Berdasarkan pengalaman saya di pusat beli belah, tiada lagi penggunaan pengimbas suhu yang tepat digunakan setakat ini. Bacaan suhu badan saya pernah dicatatkan 34 darjah Celsius,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan aplikasi MySejahtera perlu digunakan di setiap premis perniagaan bagi memudahkan pengesanan kontak.
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr Aminah Bee Mohd Kassim, pula berpandangan pengesanan suhu badan penting untuk dilakukan sama ada di pintu utama pusat beli belah atau premis perniagaan, bagi memudahkan pengesanan kontak.
“Ada juga orang yang datang ke pusat beli belah, tapi tidak masuk ke mana-mana premis, hanya ‘window shopping’. Kalau kes itu disaring di pintu masuk saja, bilangan kontak adalah ramai dan sukar untuk kita memberi penumpuan,” katanya.
BH
The post Memadai periksa suhu badan di pintu masuk kompleks beli belah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/28/memadai-periksa-suhu-badan-di-pintu-masuk-kompleks-beli-belah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=memadai-periksa-suhu-badan-di-pintu-masuk-kompleks-beli-b

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Larangan Bawa Anak Ke Tempat Awam Masuk Pusat Beli Belah Dan Restoran Ismail Sabri

Tiada Larangan Bawa Anak Ke Tempat Awam Masuk Pusat Beli Belah Dan Restoran Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 426 hits
PUTRAJAYA Tiada larangan untuk membawa kanak kanak ke tempat awam termasuk pusat beli belah dan restoran namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan wabak koronavirus Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Imbas Suhu Badan Sekali Sahaja Metrotv

Imbas Suhu Badan Sekali Sahaja Metrotv

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 306 hits
Hafidzul Hilmi Mohd NoorGambar hiasan FOTO Arkib NSTPPENGUNJUNG pusat beli belah kini hanya perlu mengimbas suhu badan di pintu masuk pusat itu sahaja Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri Menteri berse...
Pgmall Medium Beli Belah Online Paling Mudah Dan Jimat

Pgmall Medium Beli Belah Online Paling Mudah Dan Jimat

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 570 hits
Kebelakangan ini semakin ramai yang memilih untuk membeli belah secara online walaupun hanya satu item sahaja Sejak dunia di serang oleh wabak pandemik Covid19 kesedaran terhadap penjarakan sosial dan sentuhan fizikal di pasaraya atau kedai...
Beli 1 Percuma 1 Beli 10 Percuma 10 Ini Most Wanted Sale Paling Tak Masuk Akal

Beli 1 Percuma 1 Beli 10 Percuma 10 Ini Most Wanted Sale Paling Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 612 hits
Apa yang paling dinanti nantikan dan disukai para wanita selain dari makanan Mestilah promo dari Watsons gais Tiap kali ada promo mesti tak menang tangan crew Watsons dibuatnya dan nampaknya Watsons menggila lagi dengan Most Wanted Sale Buy...
Kerja Di Pusat Beli Belah

Kerja Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 418 hits
Lepas graduate aku sempat berhibernasi selama beberapa bulan setelah merasa puas hidup sebagai pelajar dan kemudian jadi pengkritik drama melayu tak berlesen aku mula cari cabaran baru Memandangkan semasa hibernasi tu aku kerap jugak pergi ...
Sampai Meniarap Bawah Pintu Polis Cari Suspek Pecah Masuk Secret Recipe Di Alor Gajah

Sampai Meniarap Bawah Pintu Polis Cari Suspek Pecah Masuk Secret Recipe Di Alor Gajah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 602 hits
Polis mencari suspek yang memecah masuk ke sebuah kedai kek Secret Recipe di Alor Gajah Melaka semalam Menurut kemaskini daripada suspek dipercayai menceroboh ke premis tersebut mengikut pintu hadapan dengan mengumpil gril besi kedai berken...
Mama Tolong Periksa Tauhu Yang Anda Beli Kilang Tauhu Yang Menjijikkan Di Cheras Diserbu Dbkl

Mama Tolong Periksa Tauhu Yang Anda Beli Kilang Tauhu Yang Menjijikkan Di Cheras Diserbu Dbkl

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 436 hits
Menjijikkan Itulah yang dapat digambarkan apabila anda terlihat gambar gambar kilang pemprosesan tauhu yang dimuatnaik oleh pihak Gambar gambar hasil serbuan tersebut menunjukkan keadaan kilang yang sangat kotor dan menjijikkan lipas berkel...
Hiburan Saya Bukan Penipu Demi Allah Azharina Perjelas Kisah Bapa Tutup Pusat Beli Belah Sejam Guna Beg Sekolah Mewah

Hiburan Saya Bukan Penipu Demi Allah Azharina Perjelas Kisah Bapa Tutup Pusat Beli Belah Sejam Guna Beg Sekolah Mewah

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 462 hits
Selepas berkongsi mengenai kehidupan masa kecil dimanjakan oleh kedua ibu bapa yang tidak lokek berbelanja nama penyanyi Azharina Azhar mula menjadi sebutan ramai Kisah mengenai bapanya yang menutup operasi pusat beli belah selama satu jam ...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W