Melayu Tidak Suka Anwar Kata Mahathir



(Astro Awani) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.
“… Dan kerana beliau (Anwar) tidak begitu popular menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu membantu memenangi pilihan raya.
“Jadi, saya (Dr Mahathir) dengan beliau di dalam pilihan raya ini dengan saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kami akan dapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya dalam temubual bersama CNBC, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.
Anwar juga, jelas beliau, tidak boleh mencalonkan dirinya ketika itu kerana masih berada di dalam penjara.
Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.
“Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai,” tambahnya.
Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana komponen parti PH menolak pandangan beliau agar tidak meninggalkan gabungan parti kerajaan.
“Mereka menolak cadangan saya, dan selepas penolakan tersebut… mereka mahu saya memimpin parti bersama parti kerajaan terdahulu.
“Saya sentiasa menentang kerajaan terdahulu berikutan skandal yang mereka terlibat. Jadi, saya tolak untuk bekerja dengan parti yang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/30/melayu-tidak-suka-anwar-kata-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Kena Move On Daripada Mahathir Anwar Kata Azmin Ali Hahaha

Rakyat Kena Move On Daripada Mahathir Anwar Kata Azmin Ali Hahaha

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 421 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata cukup cukuplah tindakan dua individu mengheret rakyat ke jalan raya dan kancah politik sejak 1998 sehingga kini semata mata untuk berebut jawatan perdana menteri Katanya sejak tiga bulan Perintah Kawalan...
Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 628 hits
Umum mengetahui bahawa kini yang berebut kuasa di Malaysia secara jelas dan nyata hanyalah Mahathir dan Anwar Dan apa yang diciap Syed Saddiq ini hanya boleh dirujuk kepada mereka saja Berikut adalah artikel dari Awani Perlu lebih ramai bel...
Mahathir Kata Anwar Banyak Musuh Tak Boleh Jadi Pm

Mahathir Kata Anwar Banyak Musuh Tak Boleh Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 532 hits
Kita boleh setuju dengan kenyataan Mahathir ini kerana kita tahu latar belakang Anwar dan kes kes yang melibatkan beliau Sudah tentu ramai musuh dalam selimut yang menyimpan segala macam rahsianya Apabila cakap mereka tidak dipatuhi Anwar m...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 538 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Mahathir Adalah Anwar 2 0 Bagi Survival Politik Dap

Mahathir Adalah Anwar 2 0 Bagi Survival Politik Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 380 hits
Sangat jelas ketika ini apakah peranan sebenar DAP dan berapakah nilai Datuk Seri Anwar Ibrahim di mata mereka yang ketika ini dengan mudah menggantikan peranan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Sesiapa jua yang mampu memecah belahkan b...
Now Dr Mahathir Says Never Intended For Anwar To Succeed Him Directly

Now Dr Mahathir Says Never Intended For Anwar To Succeed Him Directly

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 423 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad said his promise to step down as Pakatan Harapan s prime minister did not include Datuk Seri Anwar Ibrahim s automatic succession to the post The former prime minister told Asia Times in an interview that whether Anw...
Mahathir Cuba Lagakan Shafie Dengan Anwar Bung

Mahathir Cuba Lagakan Shafie Dengan Anwar Bung

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 478 hits
Rancangan Dr M lantik Shafie sebagai perdana menteri lucu kata Bung Moktar Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin memperlekeh rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan Ketua Menteri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Har...
Tanpa Bantuan Mahathir Anwar Masih Dalam Penjara

Tanpa Bantuan Mahathir Anwar Masih Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 375 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyorot kembali manfaat diperoleh apabila Pakatan Harapan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke 14 Katanya langkah menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh lalu menyak...
Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 604 hits
PH dan sekutunya yang digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan A...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing