Melayu Tak Yakin Anwar Boleh Perjuang Hak Mereka Kata Penganalisis


Nicholas Chung
-January 7, 2020


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata pengundi Melayu tidak yakin Anwar Ibrahim boleh memperjuangkan hak mereka, dan presiden PKR itu dilihat lemah berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, pengundi Melayu suka gaya kepimpinan tegas Mahathir terutama dalam isu berkaitan kaum dan agama.

“Mereka percaya Mahathir lebih kuat daripada Anwar dalam hal melindungi hak orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi. Di mata orang Melayu, Mahathir boleh tahan tekanan DAP, contohnya.

“Tetapi bagi Anwar, orang Melayu meragui keberanian beliau menepis tekanan DAP dalam hal kaum dan agama,” katanya kepada FMTAzmi Hassan.Azmi berkata desakan DAP supaya Anwar jadi perdana menteri seterusnya memberi persepsi parti itu lebih sukakan Anwar daripada Mahathir, menimbulkan keraguan dalam kalangan orang Melayu mengenai motif sebenar parti itu.

“Persepsinya adalah Anwar lebih mudah mendekati keperluan-keperluan DAP berbanding Mahathir, dan dengan itu, persepsi negatif bahawa Anwar bawah pengaruh DAP,” katanya.

Kajian Merdeka Center mendedahkan majoriti responden Cina dan India memilih Anwar dan lebih ramai orang Melayu menyokong Mahathir.

Tinjauan mendapati sokongan orang Cina dan India pada Mahathir merosot tahun lalu sementara sokongan kepada Anwar meningkat dengan mendadak. Sementara itu, sokongan orang Melayu kepada Mahathir meningkat dan merosot untuk Anwar.

Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata faktor terbesar adalah peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar.
Awang Azman Awang Pawi.Beliau berkata rancangan peralihan kuasa PH bergelut dengan “politik persepsi”, yang menghakis sokongan orang Melayu kepada Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.

“Apabila Mahathir dilantik sebagai calon perdana menteri PH, BN dan PAS tidak sokong kerana mereka pembangkang.

“Hanya bila Mahathir jadi perdana menteri PAS tunduk, kerana mereka tahu perdana menteri berkuasa ke atas agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini menakutkan PAS dan Umno,” katanya, membayangkan naratif itu boleh berubah apabila Anwar jadi perdana menteri.

Dua penganalisis itu tidak terkejut populariti Mahathir merosot tahun lalu, mengatakan isu ekonomi dan sosial meresahkan rakyat.

Bagaimanapun, Azmi berkata Mahathir tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana ramai menteri mencemar reputasi Kabinet dan perdana menteri.

Beliau berkata gaya tadbir urus keras Mahathir, walaupun digemari orang Melayu, memberi persepsi beliau di sebalik isu-isu yang meningkatkan ketegangan kaum.

“Tidak kira sama ada masalah itu sekitar pendidikan, ekonomi atau lain-lain, orang awam cenderung mengaitkannya dengan faktor perkauman walaupun tidak ada kena mengena,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/melayu-tak-yakin-anwar-boleh-perjuang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkat Pemimpin Boleh Gegar Parlimen Perjuang Melayu Islam

Angkat Pemimpin Boleh Gegar Parlimen Perjuang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 357 hits
Pemimpin cauvinis dah robek hati Melayu Islam masih nak berlagakMARAH terguris dan kecewa Mungkin itu perasaan yang dirasai majoriti masyarakat Melayu dengan situasi semasa yang semakin hari dirobek perasaan mereka oleh pemimpin pemimpin ya...
Kem Anwar Mahathir Dalam Umno Rosakkan Parti Kata Penganalisis

Kem Anwar Mahathir Dalam Umno Rosakkan Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 341 hits
Kewujudan kem Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno boleh menjejaskan keharmonian parti itu Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Syed Agil Syed Alsagoff berkata meskipun kem 2 tokoh besar itu sudah menjadi budaya d...
Tiada Asas Untuk Saya Ambil Ujian Poligraf Kata Anwar

Tiada Asas Untuk Saya Ambil Ujian Poligraf Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 330 hits
January 8 2020Anwar Ibrahim berkata beliau tahu dalang di sebalik dakwaan serangan seksual terhadapnya KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tiada asas untuk beliau menjalani ujian poligraf dalam siasatan polis ke atas laporan sal...
Kalau Kata Saya Rasis Saya Akan Jawi Kan Mereka Tunku Azizah

Kalau Kata Saya Rasis Saya Akan Jawi Kan Mereka Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 470 hits
Tulisan Jawi suatu ketika dahulu digunakan secara meluas di kawasan Kepulauan Melayu dalam pelbagai bidang antaranya falsafah perundangan sastera dan sebagainya Pelbagai penulisan dokumen dokumen penting turut ditulis dalam tulisan Jawi mem...
Utamakan Pakatan Isi Kekosongan Kabinet Kata Anwar

Utamakan Pakatan Isi Kekosongan Kabinet Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 190 hits
MANA mana bekas pemimpin Umno tidak seharusnya dilantik menganggotai Kabinet kerana keutamaan harus diberikan kepada pemimpin sedia ada daripada kerajaan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR diminta mengulas ura ura bekas pemimpi...
Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 266 hits
Ustaz Mohd Azizee Hasan Jurang perpecahan antara kaum dapat dielak jika hormat Perlembagaan1 MARI kita sederap selangkah berganding bahu memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komited dan serius demi melihat masa depan negara yang...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Kumpulan Sumisaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan Ipo Di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan

Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab