Angkat Pemimpin Boleh Gegar Parlimen Perjuang Melayu Islam


fazleen safina Pemimpin cauvinis dah robek hati Melayu Islam masih nak berlagak
MARAH, terguris dan kecewa! Mungkin itu perasaan yang dirasai majoriti masyarakat Melayu dengan situasi semasa yang semakin hari dirobek perasaan mereka oleh pemimpin-pemimpin yang begitu cauvinis

Pakatan Harapan (PH) yang kononnyaaa diangkat bagi menjatuhkan kerajaan 63 tahun Barisan Nasional (BN) kelihatan masih lemah, lebih malang didominasi pula oleh parti yang sememangnya anti-Islam

Padahal, bukan mereka tidak tahu bagaimana ‘swing’ undi Melayu memainkan peranan penting dalam kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Perit sebenarnya untuk ditelan apabila boleh dikatakan saban hari ada sahaja cerita mengenai usaha memperlekehkan agama Islam dan orang Melayu

Terbaharu, pengakuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang terpaksa berdepan tugas getir dalam mempertahankan Islam dan hak Melayu dari cengkaman parti tamak haloba, DAP

Selain itu, rasanya sudah berbuih air liur golongan cerdik pandai dan rakyat marhaen menggesa kerajaan supaya memperbaiki keadaan

Tetapi sayangnya perkara berkenaan berlalu begitu sahaja umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri

Kerajaan masih dengan pendirian mengutamakan dasar kesamarataan kaum, walaupun Perlembagaan Persekutuan memaktubkan peruntukan keistimewaan kepada orang Melayu

Justeru, bagaimana orang Melayu boleh menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan berlangsung esok

Gunakan kuasa undi untuk protes calon PH, dengan harapan tindakan berkenaan memberi kesedaran kepada kerajaan supaya jangan sesekali merendahkan martabat Melayu dan Islam

Begitu juga calon parti perkauman, MCA belum menang sudah buat hal. Berani pula dia mengaitkan pelaksanaan jawi dengan undi PH. Sekalipun benci Islam dan Melayu, janganlah tunjuk sangat. Inikah calon yang nak bela masa depan Melayu Islam

Jadi Pedang sarankan supaya memilih calon yang berwibawa, tawaduk dan mampu ‘menggegarkan’ Parlimen dengan agenda Melayu serta Islam

Kelihatan di sini calon dari parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz adalah pilihan yang paling ideal

Beliau bukan sahaja terpelajar dan berpengalaman malah berkarisma serta merupakan seorang pemimpin yang sentiasa bekerja keras dalam setiap tindakan

Selamat mengundi, semoga pilihan kali ini mampu memberi isyarat tentang kebangkitan dan kebersamaan suara Melayu yang ketika ini sedang disakiti

Kata Pedang: Kalau diberi peluang, Pedang nak undi Berjasa. Calon Islam yang diredai Allah dan Rasul.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/angkat-pemimpin-boleh-gegar-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Tak Yakin Anwar Boleh Perjuang Hak Mereka Kata Penganalisis

Melayu Tak Yakin Anwar Boleh Perjuang Hak Mereka Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 289 hits
January 7 2020PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata pengundi Melayu tidak yakin Anwar Ibrahim boleh memperjuangkan hak mereka dan presiden PKR itu dilihat lemah berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Azmi Hassan dari Un...
Setuju Cadangan Ap K T Ganu M Pendidikan Mesti Melayu Islam

Setuju Cadangan Ap K T Ganu M Pendidikan Mesti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 273 hits
Menteri Pendidikan mesti Melayu IslamBENAR kita tidak setuju dengan Dr Maszlee Malek dalam beberapa perkara Tetapi saya tetap menghormati kesungguhan dan dayausaha beliau Saya harap tujuan perletakkan jawatan beliau bukanlah kerana tunduk k...
Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 405 hits
Oleh Jebat1 Al Quran turun dalam Bahasa Arab Nabi Muhammad S A W adalah orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab 2 Namun dikalangan bangsa Arab sehingga hari ini masih ada yang kafir malah menolak ajaran Nabi Muhammad S A W Lihat sahaja ke...
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 424 hits
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang Thumbs up...
Menteri Pendidikan Mesti Islam Melayu

Menteri Pendidikan Mesti Islam Melayu

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 293 hits
KOTA BHARU Individu yang layak mengantikan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan merupakan orang Islam dan Melayu kata Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Namun katanya kelayakan yang paling penting ialah hala tuju serta mempun...
Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 309 hits
LGE dabik dada DAP menang dalam Kabinet BANGGA sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan rakan dalam kerajaan dan pakatan yang...
Mca Pijak Kepala Orang Melayu Naik Tangga Ke Parlimen

Mca Pijak Kepala Orang Melayu Naik Tangga Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 389 hits
Baru masuk Parlimen tapi berani bantah macam macam senada DAPAPA tidaknya MCA tidak akan berjaya ke Parlimen kalau calon mereka bertanding dikawasan majoriti bukan melayu Awal awal lagi calon MCA akan dibaham oleh calon DAP dan nasib baik a...
Mp Dap Salur Rm640 000 Bangunkan Kampung Tradisi Melayu Parlimen Teluk Intan

Mp Dap Salur Rm640 000 Bangunkan Kampung Tradisi Melayu Parlimen Teluk Intan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 343 hits
Pada 30 Disember 2019Gambar Bersama dengan Keadilan Teluk Intan Woo Kah Leong telah mewakili Nga Kor Ming untuk menjayakan program kembali ke sekolah di Kampung Padang Tembak Kenyataan Media Setiausaha Sulit Timbalan Yang di Pertua Dewan Ra...
Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga

Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25