Melayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram Mekah




DI DALAM buku The Malays in The Middle East terbitan University of Malaya Press, Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Dr Md Sidin Ahmad Ishak menyebut, bahawa orang Melayu sudah mula mengembara ke tanah Hijaz (Mekah dan Madinah) tidak lama selepas mereka memeluk Islam, iaitu apabila Islam memasuki Tanah Melayu.
Terdapat dua tujuan utama mereka berada di Tanah Suci, iaitu menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji dan menuntut ilmu daripada ulama terkemuka di sana.Kemungkinan daripada dua sebab inilah terdapat beberapa kelompok Melayu yang jatuh hati untuk terus berada lama di Tanah Haram. Mereka mengambil keputusan menetap di sana kerana cinta mereka kepada bumi yang diberkati ini. Apabila mereka membulatkan tekad bermastautin di sana, berkembanglah baka dan zuriat mereka hingga ada yang berkahwin dengan orang-orang Arab. 
Sehingga kini, bayi-bayi yang lahir di kalangan masyarakat Melayu di sana sudah menjangkau ke generasi keempat. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) atas jemputan Abdul Rahim Abdullah, anak Melayu kelahiran Mekah, terbang ke bumi Arab Saudi pada 15-25 Mei 2005. Jemputan beliau kepada GPTD adalah dalam misi menjejaki masyarakat Melayu melalui Kajian Sosio Budaya Masyarakat Melayu di Mekah dan Madinah.
Kajian ini mendapat sokongan padu daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Usamah Mat dan Ummul Qura League, pelajar-pelajar Melayu Mekah yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta penduduk Melayu setempat.
Bermastautin
Ia berjaya dilaksanakan ke atas 52 individu Melayu, meliputi orang Melayu yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Pattani. Mereka mendiami kawasan di Mekah seperti Hutaibah, Jabal Ajyad, Nuzhah, Ka'kiah, Syisha dan Syari' Sittin. Manakala di Madinah, hanya terdapat tiga keluarga Melayu yang bermastautin di sana. 
Terdapat juga beberapa keluarga Melayu di Jeddah, tetapi kami tidak sempat menjejaki mereka kerana kesuntukan masa. Kebanyakan mereka masih mengekalkan taraf kewarganegaraan sebagai warganegara Malaysia dan Thailand. 
Kaedah kajian kami meliputi temuramah, edaran borang kaji selidik, menghadiri kuliah agama yang disampaikan oleh guru Melayu di Masjidil Haram iaitu Sheikh Muhammad Mandili, homestay, ziarah ukhuwah dari rumah ke rumah dan memenuhi jemputan jamuan dan kenduri. Di antara perkara-perkara menarik daripada hasil kajian adalah, kebanyakan responden tidak mempu-nyai pekerjaan tetap. Bagi yang bekerja tetap, mereka banyak bekerja sebagai Mutawwif (pemandu dan pembimbing untuk haji dan umrah) dan pemandu am. 
Selain itu, bagi responden yang memegang status penduduk tetap (PR), kebanyakan mereka masih tinggi pengetahuan tentang negara asal kerana ada yang setiap tahun pasti tidak melepaskan peluang pulang ke tanah air, menziarahi saudara-mara dan sahabat handai. Ada yang masih berbangga dengan Malaysia dan terus memastikan jati diri Melayu itu kekal pada diri mereka dan anak-anak mereka.
Keberkatan
Namun, terdetik juga kesedihan di hati kami apabila melihat ramai anak muda Melayu di sana yang sudah tidak fasih berbahasa Melayu, bahkan paling menyedihkan ada yang telah kehilangan arah tuju hidup, walaupun mereka bernaung di bawah keberkatan Tanah Suci dan Kaabah! 
Seperkara lagi yang menarik hati kami adalah, apabila diajukan pertanyaan sama ada mereka ingin pulang ke tanah air atau terus menetap di situ, maka majoriti menjawab,`Ya'. Manakala sebahagian lagi menjawab `Tidak' dan `Tidak tahu!'. Hasil kajian tersebut, kami bentangkannya dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Konsul Malaysia di Jeddah, Abdul Aziz Shahar. 
Mesyuarat yang diadakan di Konsulat Malaysia di Jeddah ini, turut dihadiri wakil ABIM Mekah, Abdul Rahim Abdullah; Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Raimi Abdul Rahim; wakil Malaysia Airlines System (MAS), wakil Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), pemuda-pemuda Melayu Mekah dan 10 orang ahli GPTD sendiri.
Mesyuarat tersebut berjaya mencapai kata sepakat untuk menghidupkan kembali Kelab Melayu Jeddah yang hampir berkubur, dan seramai lima anak muda Melayu yang menetap di Mekah dan Madinah telah dilantik bagi melaksanakan agenda pembangunan masyarakat Melayu di Arab Saudi. Agenda-agenda tersebut akan dirumus berdasarkan hasil kajian yang kami lakukan. 
Peluang mengembara ke bumi Rasulullah s.a.w. yang tercinta ini, kami sempat melakukan umrah, menziarahi makam Rasulullah s.a.w., Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah dan Madinah. Selain itu, kami membuat kunjungan ukhuwah dan mahabbah kepada pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah yang bernaung di bawah Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM), melawat Bank Pembangunan Islam di Jeddah, menghadiri majlis promosi pelancongan Malaysia dan majlis promosi penggambaran drama Cinta Madinah terbitan RTM dan Anugerah Media Network.
Sesungguhnya misi GPTD ke Arab Saudi ini banyak memberikan pengalaman berharga kepada kami, di antaranya memahami tabiat dan perangai orang-orang Arab.(Sedutan artikel Jufitri Joha di Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 27 Mei 2005) 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..Kisah Orang Melayu di Kota Mekah
Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?Melayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram, Mekah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/melayu-jatuh-hati-berada-di-tanah-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 496 hits
BADAN Pelaksana Badan Pengelola Keuangan Haji berencana menginvestasikan dana jemaah asal Indonesia yang terkumpul Dana sebesar Rp 102 5 triliun itu rencananya antara lain akan diinvestasikan ke tanah milik Pemerintah Provinsi Aceh di Makka...
Orang Melayu Dihormati Di Mekah Mengapa

Orang Melayu Dihormati Di Mekah Mengapa

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 411 hits
SELAIN kehebatan orang Melayu dalam perniagaan pakej haji Saifudin Masodi turut berkongsi kemasyhuran nama nama ulama Nusantara yang disegani dan mendapat tempat di Mekah dan Madinah Kerana Kemasyhuran Ulama NusantaraAntara yang tersohor ad...
Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 569 hits
Gegantung dalam bahasa Melayu yang digantung di tiang tiang sepanjang jalan ke masjid Semarak Bahasa Melayu di Bumi Mekah dan Madinah Wan NorasikinMENJEJAKKAN kaki di bumi Mekah dan Madinah menjadi impian setiap umat Islam Mekah bukan sahaj...
Hidup Melayu Dalam Diam Tanah Gadai

Hidup Melayu Dalam Diam Tanah Gadai

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 314 hits
Oleh W Faudzin Dikatakan di era PH jadi kerajaan baru berusia setahun lebih maka maruah Melayu jatuh Maka terpaksa diadakan Kongres Maruah Melayu Cuba lihat di bawah kepimpinan rejim terdahulu inikah maruah Melayu yang terbilang Itu belum l...
Kampong Bharu Perlu Dimajukan Ikut Arus Perdana Tidak Abai Ciri Asal Tanah Melayu

Kampong Bharu Perlu Dimajukan Ikut Arus Perdana Tidak Abai Ciri Asal Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 291 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
E Buku Ih 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini

E Buku Ih 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 281 hits
E Buku IH 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini Bab 1 Bab 2Bab 3Bersambung
Malaysia Tanah Orang Melayu Pm Kata Tak Dengar Diucap Di Kongres

Malaysia Tanah Orang Melayu Pm Kata Tak Dengar Diucap Di Kongres

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 370 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mendengar ahli akademik Zainal Kling membuat kenyataan menyebut Malaysia sebagai tanah orang Melayu ketika berucap di Kongres Maruah Melayu hari ini Saya tidak mendengar dia kata maca...
Komik Bri Cuba Nafi Sejarah Tanah Melayu

Komik Bri Cuba Nafi Sejarah Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 309 hits
Dewan Ulama PAS membantah sekeras kerasnya komik kontroversi karya Hew Kuan Yaw yang didakwa cuba menafikan sejarah asal Tanah Melayu Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah berkata orang ramai sudah sedia maklum bahawa Tanah Melayu ini pendudu...
Yan Ker Diajak Berdebat Tanah Melayu Atau Tanah Malaysia

Yan Ker Diajak Berdebat Tanah Melayu Atau Tanah Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 371 hits
Sambil mempertahankan tindakan Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Dr Abdul Rahim Hashim ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Maruah Melayu baru baru ini seorang aktivis muda dari Johor tampil membuat pelawaan menarik Aktivis Muda Joh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025