Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan


 Gegantung dalam bahasa Melayu yang digantung di tiang-tiang sepanjang jalan ke masjid.
Semarak Bahasa Melayu di Bumi Mekah dan Madinah  -Wan Norasikin

MENJEJAKKAN kaki di bumi Mekah dan Madinah menjadi impian setiap umat Islam. Mekah bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia ketika musim haji, malahan menjadi destinasi utama sepanjang tahun untuk mengerjakan umrah.

Bagi seorang tetamu Allah yang hadir ke Tanah Suci biarpun untuk tujuan menunaikan umrah atau pun ibadah haji pasti tersemat harapan untuk datang lagi mengunjungi kedua-dua kota berkenaan. Kota ini terlalu istimewa bagi umat Islam kerana Mekah dan Madinah merupakan kota suci dan dikenali juga dengan panggilan Tanah Haram.


Orang Melayu dan bahasa Melayu bukan asing di kota Mekah dan Madinah. Orang Melayu telah bermastautin di Mekah, Jeddah dan Madinah sejak puluhan tahun yang lalu. Di pinggir kota Mekah, tidak berapa jauh daripada Masjidil haram terdapat perkampungan orang Melayu yang dikenali dengan nama kampung Kelantan
Kampung Kelantan ini terletak di atas bukit Ajyad dan menjadi kawasan penempatan orang Kelantan, Patani, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama masjid Kelantan. Hal ini menunjukkan orang Melayu telah lama bermastautin di Mekah dan Madinah sejak puluhan tahun yang lalu. Integrasi mereka dengan masyarakat Arab telah menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.Apa yang membanggakan bukan sahaja Melayu wujud di bumi Arab, malah ia turut mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Arab dan seluruh penduduk Mekah dan Madinah. Integrasi orang Melayu dengan penduduk setempat menyebabkan bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa perantaraan dalam dunia perniagaan.Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan, bahkan turut digunakan untuk maksud rasmi yang lain. Antaranya terdapat arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dalam bahasa Melayu. Contohnya arahan yang dicetak pada gegantung untuk mengingatkan para jemaah umrah supaya tidak duduk di laluan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas jelas terpampang dalam bahasa Melayu yang digantung di tiang-tiang sepanjang jalan ke masjid. Begitu juga dengan tali pita yang digunakan untuk memastikan sempadan ruang solat tertentu bagi membendung kesesakan jemaah. Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran Masjidil Haram mengingatkan jemaah supaya tidak berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Arahan ini dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Masjidil Haram Makkah dan Madinah dengan menggunakan bahasa Melayu Malaysia. Jika ke Mekah dan Madinah, kita tidak perlu gusar tentang masalah berbahasa. Selain daripada berbahasa Inggeris kita boleh berbahasa Melayu. Rata-rata penduduk Mekah dan Madinah tahu berbahasa Melayu dan kita dilayan dengan mesra sekali malahan mereka begitu fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu seolah-olah berada di negara sendiri. Hampir ke semua peniaga yang menjual pelbagai perhiasan diri dan pakaian boleh berbahasa Melayu dengan baik. Perkataan yang selalu digunakan ialah bahasa yang mudah-mudah contohnya murah, tengok dulu, harga boleh kurang, cantik-cantik, tidak mahal dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan istilah perniagaan. Peniaga Arab menggunakan perkataan halal merujuk kepada boleh dan haram pula merujuk kepada tidak boleh dalam proses tawar menawar harga barangan yang diperdagangkan. Urusan jual beli menjadi mudah dan senang kerana komunikasi dapat berjalan dengan lancar dan memuaskan hati kedua-dua pihak. Apa yang membanggakan, majoriti masyarakat Arab di Madinah dan Mekah menyanjung tinggi rakyat Malaysia kerana berperwatakan baik, lemah lembut dan bersopan santun. Malahan ungkapan ‘Malaysia boleh’ menjadi kata sapaan kepada rakyat Malaysia. Papan tanda dalam bahasa Melayu yang terdapat di Perkuburan Syuhada Uhud, Madinah.Pada hakikatnya, bahasa Melayu bukan sahaja digunakan dalam kalangan peniaga di Mekah, malahan turut digunakan di pelbagai tempat di Madinah. Hal ini termasuklah di tempat lain seperti perkuburan Baqi, yang terletak tidak jauh daripada masjid Nabawi (Jeniri Amir: 2012). Di perkuburan Baqi, terdapat papan kenyataan dalam bahasa Melayu yang memberitahu adab dan panduan serta bacaan salam kepada ahli kubur. Pada tahun 2014, khutbah sembahyang sunat hari Raya Aidilfitri di masjid Nabawi di Madinah diterjemahkan ke dalam empat bahasa termasuklah bahasa Melayu. Begitu juga khutbah Jumaat berbahasa Arab yang disampaikan oleh khatib Masjidil Haram turut diterjemahkan ke bahasa Melayu.Terasa terlalu istimewa berada di bumi Mekah dan Madinah kerana rata-rata orang Arab menghormati kita sebagai rakyat Malaysia. Jika bersesak-sesak untuk mendapat tempat di dalam Masjid pengawal keselamatan Arab Saudi yang bertugas akan memberi keutamaan kepada jemaah Malaysia untuk masuk ke dalam masjid. Begitu juga dengan larangan membawa gajet seperti, telefon, tablet dan sebagainya. Apabila mengetahui jemaah dari Malaysia serta-merta dilepaskan daripada sekatan pengawal masjid. Selain itu terdapat beberapa penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Penghasilan buku-buku berkisarkan tentang rukun umrah, tafsir al-Quran, himpunan doa-doa dan buku-buku yang berkaitan haji sebagai panduan bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah. Bahan terbitan ini diedarkan secara percuma kepada jemaah Malaysia. Perkembangan bahasa Melayu yang pesat ini telah mengangkat martabat bahasa Melayu ke tahap yang amat membanggakan. Keupayaan bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa perhubungan, bahasa persuratan, bahasa ilmu, bahasa agama dan seumpamanya telah menjadikan bahasa Melayu tersebar luas dan merentasi sempadan dunia. Tidak hairanlah bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur. Restoran makanan melayu yang terdapat di Mekah.Selain daripada bahasa Melayu, masakan Melayu juga boleh didapati dengan mudah di sini. Masakan Melayu mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh dunia terutama ketika musim haji, umrah dan pada bulan Ramadan. Terdapat restoran yang menjual makanan Malaysia antaranya Felda D’Saji Mekah di tingkat dua, bangunan Al-Safwa Tower berhadapan dengan Masjidil haram dan restoran Cita rasa yang terletak di tingkat empat pusat membeli-belah Abraj Al Bait, Menara Zam Zam. Antara menu masakan Melayu yang terdapat di Mekah.Kedua-dua restoran ini menawarkan menu roti canai, nasi campur, nasi lemak, nasi ayam, mi, mihun sup dan pelbagai makanan dan minuman dari Malaysia. Sesungguhnya makanan dan bahasa Melayu telah menjadi pilihan utama di peringkat antarabangsa.Sehingga kini bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam kalangan orang Arab, masyarakat peribumi dan golongan peniaga. Malahan nama Melayu tercatat dalam sejarah apabila struktur menara jam yang tersergam indah di hadapan Masjidil Haram mendapat sentuhan anak Melayu. Sesungguhnya bahasa Melayu akan tetap bersemarak di mana sahaja selagi ada yang menuturkannya seperti kata-kata Laksamana Hang Tuah “takkan Melayu hilang di dunia”ternyata menjadi kenyataan.Semarak Bahasa Melayu di Bumi Mekah dan Madinah Oleh WAN NORASIKIN WAN ISMAIL  (http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=10258)Video: Melayu Kota Mekah - TVAlhijrah.


Lihat sebelum ini..

 Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
6 KAWASAN penempatan orang Melayu (kanan) dirakam dari Bukit Ajyad yang terletak kira-kira 900 meter dari Masjidilharam.


Lihat Sebelum Ini..Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
Siri 10: Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...Siri 11: Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/...
Siri 12: Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Kon..
Siri 13: 13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan...
Siri 14: Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..
Siri 15: Saudi Buka Pintu Pelancong (15): Longgar Pakaian W...
Siri 16: Saudi Buka Pintu Pelancong (16). Ini 7 Tempat Law...
Siri 17: Pelancong Di Saudi (17) Bukan Mahram Boleh Sebilik...
Siri 18: Saudi (18): Stesen Kereta Api Laju Haramain Di Jed...
Siri 19: Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/kisah-semarak-bahasa-melayu-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbezaan Air Zam Zam Dan Drinking Water Di Mekah Atau Madinah

Perbezaan Air Zam Zam Dan Drinking Water Di Mekah Atau Madinah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 804 hits
Air zam zam di dalam tong diruang Mataf Rakan rakan yg berhajat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah kena ambil tahu untuk MENGENALI YANG MANA SATU I AIR ZAM ZAM II AIR DRINKING WATER JOM KITA KENALI AIR ZAM ZAM DI MASJID NABAWI...
Bahasa Melayu Tidak Pelik Tapi Unik 14 Cakap Berkias

Bahasa Melayu Tidak Pelik Tapi Unik 14 Cakap Berkias

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 357 hits
Bahasa Melayu halus dan berlapik Penuturnya tidak mahu memalukan orang atau memalukan diri sendiri Untuk itu mereka gunakan bahasa kiasan untuk menyampaikan maksud di hati Contoh 1 Mereka kata anaknya kerja ladang anggur jika anaknya masih ...
Senarai Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri Ke 13

Senarai Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri Ke 13

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 469 hits
Kredit Berita HarianAssalamualaikum Malam tadi berlangsungnya Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri ke 13 yang disiarkan secara langsung di RTM1 Pertandingan ini telah diadakan di UNiversiti Pendidikan Sultan ...
Menteri Tegur Kain Rentang Sekolah Tidak Guna Bahasa Melayu

Menteri Tegur Kain Rentang Sekolah Tidak Guna Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 359 hits
IPOH Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam kain rentang sekolah Teguran itu dibuat menerusi hantaran di ruangan komen Instagra...
Kerajaan Martabat Bahasa Melayu Di Majlis Rasmi Anwar

Kerajaan Martabat Bahasa Melayu Di Majlis Rasmi Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 229 hits
Majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam usaha memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Memetik laporan Bernama Presiden KEADILAN itu berkata pemimpin dan keraja...
Kongres Maruah Melayu Gesa Wajib Tulisan Khat Dalam Subjek Bahasa Melayu

Kongres Maruah Melayu Gesa Wajib Tulisan Khat Dalam Subjek Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 506 hits
SHAH ALAM Kongres Maruah Melayu menerusi 15 resolusi kluster budaya menggesa Putrajaya mewajibkan tulisan jawi dan khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu di semua peringkat sistem pendidikan negara Pembentang resolusi kluster budaya Muhamm...
E Buku Ih 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini

E Buku Ih 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 235 hits
E Buku IH 124 Budaya Saudi Melayu Kota Mekah Kini Bab 1 Bab 2Bab 3Bersambung
Orang Melayu Dihormati Di Mekah Mengapa

Orang Melayu Dihormati Di Mekah Mengapa

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 347 hits
SELAIN kehebatan orang Melayu dalam perniagaan pakej haji Saifudin Masodi turut berkongsi kemasyhuran nama nama ulama Nusantara yang disegani dan mendapat tempat di Mekah dan Madinah Kerana Kemasyhuran Ulama NusantaraAntara yang tersohor ad...
Penganjur Kongres Maruah Melayu Beri Alasan Tidak Munasabah

Penganjur Kongres Maruah Melayu Beri Alasan Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 396 hits
Sejak saya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kewajaran beberapa IPTA menganjurkan Kongres Maruah Melayu beberapa Naib Canselor terpanggil mengeluarkan pelbagai kenyataan mempertahankan tindakan mereka Penafian bahawa mereka bukan tunggan...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis