Melayu Global Dan Melayu Bakul


SAYA berpendirian, orang Melayu mampu menjadi hebat sehingga menyumbang kepada kemanfaatan peringkat global. Malangnya, naratif yang sering disumbat politikus kita adalah Melayu jenis bakul sahaja.

Melayu bakul takut kepada cabaran dan perjuangan. Ia lebih suka duduk di bawah tempurung atau di dalam kotak kosong yang ditutup rapat supaya selamat sentiasa. Kononnya Melayu bakul tak perlu cari ekonomi banyak-banyak, sekadar makan gaji dan minta pencen, cukuplah.

Melayu bakul tak perlu cakap bahasa lain sebab kerja kerajaan dan kerja dengan Melayu lain pun dah banyak dan okey. Melayu tak perlu baca buku untuk memperbaiki daya saing ekonomi, profesionalisme atau keilmuan.

Kerja profesor universiti awam, polis, guru dan pegawai tadbir diplomatik dah terjamin masa depan sampai ke kubur. Melayu tak perlu menelaah pemikiran, falsafah lain atau nilai kaum selain Melayu tetapi hanya cukup sekadar tanya ustaz, mufti atau ‘ulama bakul.’

Akhir sekali, Melayu bakul suka salahkan semua orang kecuali diri sendiri dan berpendapat orang lain yang perlu berubah, dia sendiri tak payah susah susah. Adakah Melayu nak jadi kaum atau bangsa yang sentiasa dilindungi dan tak boleh berdiri sendiri?

Saya ingin membawa dua contoh nilai Melayu global yang pasti akan menyambung warisan hingga ke akhir masa. Contoh pertama, nukilan Hikayat Hang Tuah yang disunting arwah Kassim Ahmad, seorang Melayu hebat. Nukilan kedua, pemikiran lapang dan bernas arwah (Profesor Datuk) Dr. Siddiq Fadzil tentang hidup harmoni dalam kepelbagaian kaum serta kepercayaan berlunaskan Islam.

Pertama sekali, kalau kita teliti karakter Hang Tuah dalam hikayat, dia mempelajari 12 bahasa untuk menghadapi cabaran hidup dunia Melayu yang kosmopolitan serta sarat dengan pelbagai agama, kepercayaan dan budaya. Bermula Hang Tuah pun besarlah, tahulah ia akan hal ibu bapanya itu. Maka Hang Mahmud (bapa) pun serahkan anaknya mengaji kepada seorang lebai.

LEBAI KELING
Beberapa lamanya Hang Tuah mengaji al-Quran, maka pengajiannya tamatlah. Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Sesudah tamat pengajiannya, maka dia berkata kepada bapanya: “Ayo bapaku, pada bicara hamba, hendak mengaji pula pada lebai Keling supaya hamba tahu pula bahasanya.” Maka kata Hang Mahmud: “Benarlah seperti bicara anakku itu.”

Maka Hang Tuah pun mengajilah dengan lebai Keling. Hatta, beberapa lamanya, maka tamatlah dengan bahasa itu, habislah diketahuinya. Maka Hang Tuah pun berkata pada bapanya hendak mengaji dengan lebai Siam pula supaya diketahuilah akan bahasanya.

Setelah sudah diketahuinya bahasa Siam itu, maka Hang Tuah pun mengaji pula pada seorang lebai Cina. Dengan tiada berapa lamanya maka ia pun tamatlah mengaji bahasa China itu, maka habislah diketahuinya bahasa Cina itu.

Maka Hang Tuah pun mengaji pula pada lebai Jawa, hendak diketahuinya akan bahasa Jawa itu. Kalakian setelah habislah rata diketahuinya 12 bahasa itu, maka Hang Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama dengan ibu bapanya mencari makan sehari hari. (Dewan Bahasa dan Pustaka 1964).

Melayu mempunyai sejarah warisan Majapahit, Sri Vijaya dan Kedah Tua yang menghidupkan tulisan kuno pallava dalam budaya Hindu dan Buddha. Ini warisan kita. Tarian makyung dan mainan wayang kulit adalah warisan Melayu yang perlu dibanggakan, bukannya diharamkan. Hulu keris yang beratus-ratus bentuk haiwan, raksasa, jembalang dan dewa dewi adalah warisan kita. Apa masalahnya?

GARUDA, PARI-PARI
Apa yang kita nak buat dengan legenda garuda atau legenda pari-pari atau orang kayangan dalam hikayat-hikayat kita? Saya seorang Muslim dan tahu had dan pangkal kepercayaan. Saya tiada masalah menerima warisan sendiri yang mungkin bersifat metafora atau kiasan dari jiwa, nilai dan kepercayaan atau kosmologi minda purba. No problem. Nak takut apa?

Saya berbangga bahasa Melayu klasik kata Kassim Ahmad (bekas aktivis politik dan sosial) adalah kacukan sembilan ketamadunan Arab, Tamil, Cina, Feringgi, Jawa, Eropah, Sanskrit, Kawi dan Parsi. Melayu dan bahasanya adalah bersifat global, ribu tahun lalu. Melayu sekarang dah kecil atau kemetot jiwa dan pemikirannya.

Kemudian, mari kita lihat kehebatan jiwa dan pemikiran arwah Siddiq. Dalam ucapannya (sempena penganugerahan Tokoh Maal Hirah 1440H/2018M): “Budaya hidup bersama harus berpangkal dari sikap positif terhadap kepelbagaian. Seperti yang dinyatakan oleh al-Shakyh Abdu ‘Llah bin Bayyah bahawa untuk menangani masalah kepelbagaian dan pluraliti, perlu ada sikap menghormati dan menyenangkan kepelbagaian. Justeru, kepelbagaian adalah kekayaan dan keindahan.”

TONGKAT SAKTI
Melayu global menerima kesemua insan ciptaan Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Tak perlu takut kepada ancaman agama, pemikiran atau budaya orang lain. Kata beliau (Siddiq), antara nilai unggul yang harus sentiasa dijunjung tinggi ialah nilai kemuliaan insan. Manusia adalah makhluk mulia, terlepas daripada persoalan bangsa, agama dan budayanya.

Aspek-aspek seperti demokrasi, hak asasi manusia dan hak kebebasan bersuara semuanya didukung Melayu global yang berfikiran tinggi, waras dan kritis dalam pembacaan, kajian dan falsafah kental. Melayu global bukan jenis dengar radio atau tengok TV, ustaz atau politikus bersyarah dan mengiyakan kesemuanya.

Akhir sekali, Melayu global tidak mengiktiraf penghinaan kaum dan agama lain dengan istilah lapuk mereka yang berpendidikan sehaluan dan tidak kritis.

Sebagai kesimpulan, Melayu sebelum 1980 adalah Melayu global sifatnya sebab ia tidak dikotakkan pemikirannya dengan ilmu agama sekolah rendah atau kata nista pemimpin Melayu singkat akal pasca 1980. Melayu Hang Tuah dan Melayu Siddiq Fadzil tak takut bayang sendiri dan Melayu global mencemuh tempurung atau kotak yang bakal memenjarakan pemikirannya. Melayu global boleh menerima semua cabaran dan berupaya menyumbang kepada kebaikan bersama di persada global.

Semoga Melayu lebih banyak membaca, menelaah, melapangkan dada dan beristiqamah dalam menghadapi cabaran dan tidak mengambil jalan tongkat sakti atau tempurung geliga yang bakal memusnahkan generasinya sendiri seperti lipas-lipas di dalam kotak.

PROFESOR Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi, Ahli akademik seni bina dan penganalisis kritis media sosial.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/melayu-global-dan-melayu-bakul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasi Pecah Lagi La Melayu Ni

Kasi Pecah Lagi La Melayu Ni

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 260 hits
PARTI INI MUNGKIN ADA MUSLIHAT POLITIK JANGKA PANJANG ATAU UMURNYA TAK PANJANG UJUD PARTI KUASA RAKYAT DENGAN ALASAN YANG REMEH DAN TIDAK MENESABAH ATAU ADA MUSLIHAT POLITIK UNTUK MRNGGUGAT PARTI PARTI DI DALAN PN MENGAPA TIDAK TERUS SAHAJA...
Hasad Rosakkan Politik Melayu

Hasad Rosakkan Politik Melayu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 208 hits
POLITIK Melayu sudah lama merana Di Melaka pun bukan baru sekarang ini Apa yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang daripada UMNO Datuk Seri Idris Haron hanyalah orkestra akhir Lintang pukang politik negeri itu sudah jadi ra...
Sahih Ka Tidak Maklumat Ini Tak Tahu Lah Tapi Macam Betul Huwaaaa Melayu Isle Melayu Isle

Sahih Ka Tidak Maklumat Ini Tak Tahu Lah Tapi Macam Betul Huwaaaa Melayu Isle Melayu Isle

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 157 hits
AHMAD SHAHRILPatut la Aun beria ria nk pertahankan Melaka kata nahh ko sekali MCA kan kawan kita dpt projek rupanya
Bahasa Melayu Meluas Di Korea Selatan

Bahasa Melayu Meluas Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Pemartabatan bahasa Melayu di luar negara kini bukan lagi asing malah di beberapa negara sudah terdapat Kursi Pengajian Bahasa Melayu sejak sekian lama Di Korea Selatan usaha memartabat dan memperkasa bahasa Melayu turut digala...
Melayu Mengemis Di Tanah Melayu Disebabkan Perbuatan Dan Ketamakan Pemimpin Melayu Sendiri

Melayu Mengemis Di Tanah Melayu Disebabkan Perbuatan Dan Ketamakan Pemimpin Melayu Sendiri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 163 hits
Melayu sepatutnya boleh berbangga kerana mempunyai pemimpin Melayu di barisan kabinet negara Melayu sepatutnya boleh berjaya kerana mempunyai hak keistimewaan sebagai penduduk pribumi di Tanah Melayu Melayu sepatutnya menjadi bangsa pertama...
Elok Sangat La Bertanding Mana Tau Boleh Menang Banyak Lagi Aset Boleh Juai Kelentong Melayu

Elok Sangat La Bertanding Mana Tau Boleh Menang Banyak Lagi Aset Boleh Juai Kelentong Melayu

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 206 hits
Panas PN umum tanding semua kerusi Dun Parlimen Cameron Highlands sedia langgar BNOctober 11 2021 Perikatan Nasional Cameron Highlands sedia bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di kawasan tersebut dalam Pilihan Ray...
Melayu Mudah Dijajah Kerana Minda Lemah

Melayu Mudah Dijajah Kerana Minda Lemah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 312 hits
NORMAN RADUANJika bukan kerana Dap sudah lama org Melayu senang Dah lama Malaysia ini semaju Singapura atau sekaya Jepun Candu kebodohan org Melayu terletak kpd namanya Dap Sebenarnya jika belajar sejarah byk perkara yg pemimpin Melayu laku...
Pakcik Melayu Nyanyi Lagu Kantonis Hibur Pesakit Cina

Pakcik Melayu Nyanyi Lagu Kantonis Hibur Pesakit Cina

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 197 hits
Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina Bahasa menunjukkan bangsa antara medium yang menjadi intipati utama ke arah keharmonian dan penyatuan konsep Keluarga Malaysia Dari jiran berbangsa China yang berbahasa Tamil dengan jira...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba