Hasad Rosakkan Politik Melayu


POLITIK Melayu sudah lama merana. Di Melaka pun bukan baru sekarang ini.

Apa yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang daripada UMNO, Datuk Seri Idris Haron hanyalah orkestra akhir. Lintang pukang politik negeri itu sudah jadi rahsia umum, tinggal lagi retak membawa belah. Yang Melayunya tak untung.
Apa orang Melayu dapat? Perkembangan politik hari ini tidak menampakkan kekuasaan Melayu untuk kebaikan bangsanya. Tapi untuk kuasa peribadi memang banyak

Parti-parti Melayu akan ‘mati’ selepas ini jika mereka tidak ambil pendirian mengibarkan jalur perpaduan kerana saingan mereka lebih konsisten. PKR nampaknya serasi dengan DAP. DAP-PKR lebih bersama siulannya

Jadi, untuk mendapatkan perpaduan kalangan parti-parti tradisonal Melayu, ia sudah berlalu. Tidak ada formula baharu misalannya

Kalau begitu, bagaimana yang lainnya? Pakatan Harapan (PH)? Mereka ada transformasinya. Ada perjanjiannya, hak asasi manusianya. Yang Melayu dalam parti-parti pelbagai, apa hala tujunya? Adakah hendak selamatkan ‘leher’ dari urusan undang-undang sahaja

Pokoknya sekarang, orang Melayu tidak dapat menilainya. Bila orang kata rakyat pandailah mereka menilai, itu omongan sahaja. Rakyat tak tahu

Rumusan yang begitu sudah letih kita dengar. Yang kita tahu sekarang realitinya politik Melayu paling lemah, sangat berkecamuk. Tidak ada solusi lagi.

Kredit untuk PH
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada peranannya oleh kerana jawatannya itu, beliau diseru menggerakkan peranan lebih daripada beliau memainkan peranan dengan PH

Ada pihak menyatakan, Ismail Sabri patut menyusun strategi memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bukan dengan PH, sebaliknya dulukan bersama parti-parti Melayu

Tetapi beliau melangkau terus pula ke PH. Apa sahaja kredit sekarang, PH yang dapat. Khabarnya, jawatankuasa yang diputuskan tentang sembilan seksyen dan enam perkara sebagai agenda itu kebanyakannya berasaskan azam politik PH. Tak nampak glamour UMNO di situ. Malah, transformasi Parlimen itupun PH punya jualan bersama kumpulan daripada Parlimen

Dibimbangi hari ini tidak ada azam politik oleh parti-parti Melayu untuk satukan bangsanya. Semuanya ‘cakap besar’. Soal perpaduan kelihatan tidak dapat diperoleh oleh mana-mana parti Melayu

Demikian halnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), juga dalam dilema sebab pengaruh di peringkat negeri boleh dikatakan langsung tidak ada. Penguasaan di Perak dan Johor tinggal sejarah. Sedangkan semasa memegang teraju negara pun tidak dapat diolah dengan baik, masakan sekarang ini, lagi tak dapat

Macam di Putrajaya, ramai ahli dan pemimpin Bersatu sudah lari ‘menyeberang’

UMNO pula nampak besar, tetapi ‘berpecah’. Pecahan dalaman. Dua atau tiga? Di Melaka, UMNO bergelut sesama mereka. Bekas ketua menteri dengan ketua menterinya, tetapi rekod Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pun tidak ada kerajinan. Itu sebabnya ‘dijadikan asas’ buat Idris dengan Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Ringkasnya, kemelut politik di Melaka adalah kemelut UMNO, bukan parti lain

Adakah dalam masa terdekat nanti, barangkali beberapa minggu mendatang ini akan menunjukkan bahawa sebenarnya perpecahan dalam kalangan parti pemerintah Melayu akan berterusan

Melainkan Perdana Menteri dan pemimpin parti-parti Melayu saling bermuafakat. Ia bukan sahaja untuk kepentingan parti, tetapi demi bangsa Melayu dan Malaysia keseluruhannya.

Racun
Politik Melayu barangkali makin meracuni diri sendiri. Tidak ada lagi nilai-nilai yang bersandar kepada perlembagaannya dan masing masing sudah tidak ada petua – sebab tak ‘reti’ tuntutan asas partinya.
Saya percaya, kita orang Melayu berhak menepuk belakang kita sendiri. Kalau penyakit perasaan hasad dengki dalam kalangan orang Melayu tidak dikikis, apa yang diimpi didambakan hanya kegelapan menanti

Ya, penyakit ini sudah bertaut lama, disebut dalam pelbagai bentuk genre Melayu sama ada klasik mahu pun moden. Epik-epik Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Raja Donan sehinggalah novel-novel klasik hingga ke kontemporari mengungkapkan banyak penyakit ini

Pepatah Melayu berselirat merata memperkatakan “Air susu dibalas dengan air tuba; harapkan pegar, pegar makan padi; balik belakang, balik gagang; bau busuk tidak berbangkai; Berjalan peliharalah kaki, bercakap peliharalah lidah; Berkerat rotan, berpatah arang.”
Apabila seorang budak, Hang Nadim mencadangkan agar Temasik (Singapura) yang diserang todak tidak lagi berkubukan betis, tetapi batang-batang pisang, banyaklah ikan itu terlekat di batang pisang dan mudah untuk dibunuh

Kerana kebijaksanaannya, timbul iri dan dendam kalangan orang besar, lalu memberikan sembah kepada Raja bahaya budak bijak itu kepada raja nanti. Raja tanpa usul periksa termakan hasutan pembesar lalu Hang Nadim pun dibunuh

‘Penyakit hati dan rohani’ ini menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam yang bermula pada tahun11 hijrah atau 632 hijrah. Penyakit ini merentasi semua masyarakat dunia tidak kira Islam atau anutan agama lain. Dimanifestasikan dalam cara diskriminasi, ethnic cleansing, peperangan dan siri pembunuhan. Hitler di Jerman, Idi Amin (Uganda), Pinochet di Peru, Kashmir, Xinjiang, Rohingya di Myanmar

Dalam The Malay Mind (1996), Abang Yusuf Puteh menyebut penyakit Melayu ini sebagai the most serious, dangerous and destructive traits of the Malay mind

Ini diwakili dengki dan dendam. Kedua-duanya disingkatkan kepada 2Ds. Bagi beliau penyakit ini tidak lain ialah :
‘The basic philosophy in the Malay heart has been this ; that everybody should be equel inpoverty and misery, and that no one should be better off either in prosperity or social standing. ’
Saya membangkitkan isu hasad dengki ini kerana inilah ‘penyakit keramat’ yang menyelubungi orang Melayu sejak sekian lama

Tanggungjawab seluruh pemimpin Melayu terhadap bangsa, agama dan negara jauh lebih besar daripada pihak lain. Peranan pemimpin kaum-kaum lain penting, tetapi Melayu adalah tunjang dan teras bagi Malaysia. Lemah orang Melayu, lemahlah Malaysia, tidak stabillah.

Oleh: ZULKIFLI JALIL

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/hasad-rosakkan-politik-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Pn Bn Politik Pentingkan Ghanimah Rosakkan Negara

Tolak Pn Bn Politik Pentingkan Ghanimah Rosakkan Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 445 hits
Kemelut yang melanda negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan akibat mainan politik Perikatan Nasional dan Umno BN sewajarnya membuka mata hati rakyat Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata sama ada PN mahu pun BN tidak mempun...
Keluarga Adib Jadi Mangsa Politik Melayu Isle

Keluarga Adib Jadi Mangsa Politik Melayu Isle

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 172 hits
Ibu Adib kecewa dan sangat bersedihNORMAN RADZUANSaya sedih sgt bila melihat kedua wajah ibu bapa arwah Adib Nyata dari raut wajah mereka ini orang yg baik baik lemah lembut orangnya Isu anak mereka telah dijadikan modal utk pemimpin pemimp...
Separuh Kematian Covid 19 Negara Libatkan Melayu Kenapa

Separuh Kematian Covid 19 Negara Libatkan Melayu Kenapa

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 475 hits
DATA dari Kementerian Kesihatan menunjukkan sebahagian besar kematian Covid 19 di negara ini melibatkan pesakit berbangsa Melayu Sehingga 3 Oktober sebanyak 13 894 kematian akibat virus itu melibatkan kaum berkenaan dengan 122 kematian berl...
Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 238 hits
Ada peminat makanan Korea ke kat sini Sila angkat tangan Kalau anda teringin nak makanan Korea boleh buat sendiri mengikut resipi ini Peminat makanan Korea Aley Arif berkongsi resipi makanan makanan yang selalu dibuatnya apabila craving ter...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 336 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 311 hits
Kalau ajar BM dengan BI sekali anak anak tak confuse ke Ini persoalan yang selalu ditanya oleh ibu ibu yang nak mula ajar English pada anak anak Soalan ini juga yang pernah diajukan oleh ibu yang homeschool Bagi menjawab persoalan ini Puan ...
Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 196 hits
Pelakon jelita Datin Rebecca Nur Al Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIklan jawatan kosong itu dihebahkan...
Rasuah Punca Tanah Rizab Melayu Menyusut

Rasuah Punca Tanah Rizab Melayu Menyusut

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 150 hits
Oleh Zuhayati Yazid Jangan sampai bangsa Melayu dibeli dengan nilai ringgit oleh orang asing BANGI Kegiatan haram rasuah atau kepentingan peribadi pemimpin didakwa menjadi punca utama penyusutan Tanah Rizab Melayu sama ada hak miliknya diba...
Diam Demi Kerajaan Melayu Isle Mak Kiah Tentu Tahu

Diam Demi Kerajaan Melayu Isle Mak Kiah Tentu Tahu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 243 hits
PANDORA PAPERS Kenapa Semua Diam RM1 800 billions dibawa lari keluar dari Malaysia Kenapa tidak bersuara MC Kiah mungkin ada jawapannya Please Share More www zunar my
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization