Melangkaui Kedai Fizikal Bagaimana E Dagang Menonjolkan Perniagaan Tempatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. 97.4% perusahaan di negara ini adalah PMKS yang menyumbang kepada 38% Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)1. PMKS memacu inovasi, mengekalkan warisan budaya, dan memupuk kemakmuran tempatan melalui penciptaan pekerjaan dan penglibatan komuniti. Namun, PMKS, terutamanya perniagaan di luar pusat bandar, perlu menempuhi pelbagai cabaran dalam perjalanan perniagaan mereka seperti persaingan yang semakin meningkat dan kekangan sumber untuk mencapai pertumbuhan mampan. 
Pendigitalan menawarkan penyelesaian efektif dalam menangani cabaran ini. E-dagang, ciri penting pendigitalan menawarkan platform kukuh buat PMKS untuk mengatasi halangan ini. Ia boleh membantu perniagaan mengurangkan kos operasi, melangkaui batasan geografi, dan membuka pangkalan pelanggan baharu. Tambahan lagi, platform e-dagang sering menawarkan alat dan ciri perniagaan yang boleh meningkatkan penglibatan pelanggan dan memupuk kesetiaan jenama untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dan diperibadikan. Seterusnya, dengan mengadaptasi e-dagang, PMKS boleh bersaing di pasaran dan membuka jalan untuk kejayaan jangka panjang

Pertumbuhan Pantas Melalui Hubungan Bermakna Secara LangsungBermula sebagai perniagaan kecil di Selangor dan Kedah, ZEKE Store mempunyai impian besar untuk mempamerkan kraf dan rekaan pakaian mereka kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Namun, seperti PMKS yang lain, mereka memiliki sumber terhad dan menghadapi persaingan sengit. Memilih platform yang tepat adalah penting, dan bagi ZEKE Store, platform Shopee dapat memacu pertumbuhan mereka


Sebahagian besar kejayaan ZEKE Store adalah kepakaran strategik mereka dalam menggunakan Shopee Live. Ciri penstriman langsung inovatif ini mentransformasikan strategi penglibatan pelanggan mereka. Tidak lagi terbatas kepada imej produk statik, ZEKE Store kini menggunakan Shopee Live untuk mempamerkan kualiti, tekstur, dan gaya unik pakaian mereka secara langsung. Pendekatan dinamik ini mengukuhkan hubungan dengan penonton, membolehkan interaksi dengan demonstrasi pakaian dan menjawab soalan, serta memupuk kepercayaan dan mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan pelanggan. 
“Kami bukan sekadar menjual produk—kami membina hubungan bermakna dengan pelanggan melalui Shopee Live,” kata Lai Ya Long, Pengasas ZEKE Store. 
Dengan mengatasi halangan pembelian dalam talian seperti ingin menguji atau merasai produk sebelum membeli, Shopee membantu ZEKE Store mencapai hasil jualan hebat dengan peningkatan 65% prestasi keseluruhan kedai. Semasa kempen 6.6 pada tahun 2024, kejayaan mereka melonjak lebih tinggi, dengan peningkatan 85% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. 

Bagi ZEKE Store, Shopee bukan sekadar platform e-dagang; ia merupakan elemen penting dalam kejayaan mereka. Melalui penggunaan strategik Shopee Live, mereka telah berjaya mengukuhkan hubungan pelanggan, mempertingkatkan jenama mereka, dan merealisasikan visi Encik Lai

Lembaran Baharu: Memanfaatkan E-dagang Sasar Pencinta Buku Seluruh NegaraPada tahun 2020, Encik Yong Kon Teck, pemilik kedai buku tempatan, menceburkan diri dalam dunia e-dagang atas minatnya terhadap buku dan visinya untuk mengubah landskap penjualan buku di Malaysia. Meninggalkan model kedai buku fizikal tradisional, Encik Yong menubuhkan Funbook untuk menawarkan pelbagai buku kepada pembaca seluruh negara

Namun, peralihan ke dunia digital bukanlah tugas yang mudah. Encik Yong, seorang penjual buku yang berpengalaman tetapi baru dalam dunia e-dagang, menghadapi cabaran kebolehlihatan dalam talian dan kurang pengetahuan tentang pemasaran digital yang menyebabkan prestasi jualannya menjadi perlahan - kerisauan biasa buat mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang. Bertekad untuk berjaya, Encik Yong mencari rakan strategik


Mengenalpasti keperluan untuk pendekatan yang berbeza, Encik Yong mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Shopee dengan menggunakan alatan dan ciri perniagaan yang kukuh untuk memacu pertumbuhan. Shopee Ads menjadi faktor kritikal kejayaan Funbook. Melalui kempen bersasar dan penggunaan strategik pengiklanan, Shopee Ads meningkatkan keterlihatan jenama Funbook secara ketara. Penggemar buku kini dengan mudah dapat menemui koleksi luas Funbook. Dalam masa setahun, Funbook mengalami peningkatan jualan yang hebat sebanyak 2,789.52%, menandakan titik perubahan penting dalam perjalanan perniagaan mereka. Kini, Funbook terus berkembang, menawarkan pilihan buku yang lebih komprehensif untuk pembaca dari seluruh Malaysia dengan bantuan rangkaian luas rakan logistik Shopee

“Shopee merupakan platform yang telah berjaya mentransformasikan perniagaan kami. Terima kasih kepada Shopee Ads, kami telah memperoleh keterlihatan jenama dan kecapaian pelanggan yang kami tidak pernah peroleh sebelum ini, membolehkan kami berkembang pantas dan berhubung dengan pembaca dari seluruh Malaysia,” 
kata Encik Yong

Perjalanan Funbook tidaklah unik kepada mereka sahaja. Shopee membantu PMKS berkembang dalam era digital dengan menawarkan alatan, sumber, dan sokongan perniagaan. Dari ciri penjual hingga alat pemasaran seperti Shopee Ads dan sokongan logistik bersepadu, platform ini menyediakan penyelesaian untuk perniagaan seperti Funbook untuk membina keterlihatan dalam talian, mencapai pelanggan, dan berkembang secara mampan

Pelbagai Alatan Peniagaan Kukuh Untuk PMKS BerjayaBagi Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memberi keutamaan kepada pembangunan strategi dan penyelesaian untuk membantu perniagaan tempatan mengatasi cabaran telah menjadi fokus utama yang konsisten

Dengan sentiasa berinovasi, Shopee baru-baru ini melancarkan Shopee Video, yang menyediakan pelanggan dengan video pendek bermaklumat dan menghiburkan dari pencipta kandungan. Mirip Shopee Live, ciri baharu ini membantu penjual menjana ulasan mulut ke mulut (word-of-mouth) dan cadangan produk yang positif lalu membawa kesedaran dan kecapaian yang lebih besar untuk jenama dan produk mereka

“Di Shopee, kami komited memperkukuhkan perniagaan tempatan seperti Funbook dan ZEKE Store,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. 
“Kami bukanlah sekadar platform, tetapi juga sebagai rakan kongsi. Kami menyediakan alatan perniagaan seperti Shopee Ads, Shopee Live, logistik bersepadu, dan ciri yang membantu mereka meningkatkan perkhidmatan pelanggan, seperti pemulangan mudah dan jaminan penghantaran. Kami mengendalikan teknologi supaya mereka boleh fokus mengendalikan perniagaan mereka, sama ada sama ada mengkurasi pilihan buku terbaik seperti Funbook atau mempamerkan fesyen unik seperti ZEKE Store.”

Mengutamakan Pelanggan: Pembeli Gembira, Perniagaan MajuBuat PMKS, mengukuhkan hubungan dengan pelanggan adalah penting untuk berjaya. Shopee memahami kepentingan ini, dan baru-baru ini telah melancarkan program dan ciri bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan kepuasan pelanggan tetapi juga memacu pertumbuhan penjual

Sejak Mac 2024, Shopee telah mengembangkan polisi Ubah Fikiran, menawarkan pemulangan mudah terhadap pelbagai produk agar pelanggan mendapat ketenangan fikiran apabila membeli-belah, sambil memastikan penjual dapat mengekalkan kepuasan pelanggan dengan pemulangan pantas dan mudah. Selain itu, proses Pemulangan dan Pengembalian Wang Shopee, yang terbaik dalam industri, dapat diproses dalam tempoh dua hari buat pembayaran melalui ShopeePay—jauh lebih cepat daripada purata tujuh hari industri. 
Penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai adalah sebahagian keutamaan dan komitmen Shopee dalam membawakan khidmat berkualiti dan cemerlang melalui program seperti  Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Seterusnya, dan Jaminan Tepat Waktu. Jaminan Tepat Waktu menawarkan baucar RM5 kepada pelanggan jika pesanan tiba lewat, memberi insentif penghantaran tepat waktu dan membina kepercayaan dengan pembeli—faktor penting untuk kejayaan setiap penjual

Bekerjasama dengan rangkaian rakan logistik pihak ketiga (3PLs), Shopee juga melancarkan penghantaran percuma di seluruh platform mulai Julai 2024 untuk menambah nilai kepada pelanggan dan menyediakan mereka dengan pengalaman membeli-belah yang terbaik

“Pelanggan adalah nadi PMKS dan Shopee. Memberikan tahap perkhidmatan yang tinggi adalah keutamaan Shopee, yang pastinya turut memberi manfaat kepada penjual di platform kami, dengan meningkatkan kepuasan , kesetiaan, dan pembelian berulang pelanggan,” kata Tan

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui inisiatif-inisiatif ini, Shopee membolehkan PMKS mencapai pengkalan pelanggan yang lebih luas dan mengecapi pertumbuhan mampan. Ianya memanfaatkan kedua-dua penjual dan pembeli — pelanggan yang puas menjadi pelanggan setia, dan dedikasi Shopee terhadap pengalaman membeli-belah yang lancar dapat memupuk kejayaan ini. 
1Building MSME Resilience in Southeast Asia (United Nations Development Programme, 2024) 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/07/melangkaui-kedai-fizikal-bagaimana-e.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memandang Ke Hadapan Bagaimana Penjual Fesyen Tempatan Tawan Peluang E Dagang

Memandang Ke Hadapan Bagaimana Penjual Fesyen Tempatan Tawan Peluang E Dagang

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 151 hits
Memandang Ke Hadapan Bagaimana Penjual Fesyen Tempatan Tawan Peluang E dagang I Perusahaan mikro kecil dan sederhana dalam industri fesyen menghadapi cabaran besar untuk menarik perhatian pembeli dalam landskap runcit yang sangat kompetitif...
Apple Mencapai Perjanjian Kontrak Pertamanya Dengan Sebuah Kesatuan Perniagaan Runcit Amerika Syarikat

Apple Mencapai Perjanjian Kontrak Pertamanya Dengan Sebuah Kesatuan Perniagaan Runcit Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 155 hits
Dua tahun lalu pekerja di sebuah Kedai Apple di Towson Maryland menjadi yang pertama untuk menubuhkan kesatuan yang diiktiraf secara formal di sebuah kedai runcit Apple di Amerika Syarikat Sekarang mereka menjadi yang pertama untuk mencapai...
Drama Perang Nasi Dagang Lakonan Sabri Yunus Nora Danish

Drama Perang Nasi Dagang Lakonan Sabri Yunus Nora Danish

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 104 hits
Nantikan drama romantik komedi Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham akan datang di Astro Warna Judul Perang Nasi Dagang perenagnasidagangTonton Full Episod 1 20Tarikh Tayangan Julai 2024Rangkaian Astro WarnaPenulis Skrip Norsyiella Ann...
Tak Ada Keperluan Untuk Sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Bisnes Boleh Berjaya Juga

Tak Ada Keperluan Untuk Sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Bisnes Boleh Berjaya Juga

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 158 hits
Saya ada tulis dalam satu artikel di blog ini tentang Bagi saya ia tidak diperlukan malah tidak mampu berikan sebarang jaminan terhadap kejayaan sesebuah perniagaan Dalam erti kata lain jika nak berniaga tak perlu siapkan apa apa rancangan ...
Saya Jual Tak Aktif Berlakon Song Jihyo Dedah Bakal Lancarkan Perniagaan Sendiri

Saya Jual Tak Aktif Berlakon Song Jihyo Dedah Bakal Lancarkan Perniagaan Sendiri

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 108 hits
Selain berlakon dan terlibat dalam rancangan hiburan Song Ji hyo nampaknya ingin menceburi bidang baru pula dalam kerjayanya Artikel Berkaitan Terbaru Song Ji hyo Haha dan Ji Suk jin telah muncul sebagai tetamu dalam program Yoo Jae suk Pin...
Influencer Maut Polis Tahan Seorang Wanita Tempatan Bantu Siasatan

Influencer Maut Polis Tahan Seorang Wanita Tempatan Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 166 hits
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung ugutan terhadap seorang pempengaruh media sosial Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya pada Khamis lalu Suspek merupakan wanita tempatan berusia 35 tahun...
Senarai 9 Harga Terkini Burung Tempatan Di Pasaran Gelap Dan Kesalahan Jual Burung Tempatan

Senarai 9 Harga Terkini Burung Tempatan Di Pasaran Gelap Dan Kesalahan Jual Burung Tempatan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 287 hits
Senarai Harga Terkini Burung Tempatan Di Pasaran Gelap dan Kesalahan Jual Burung Tempatan Senarai Harga Terkini Burung Tempatan Di Pasaran Gelap dan Kesalahan Jual Burung Tempatan Penjualan burung tempatan di pasaran gelap semakin mendapat ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint