Melaka Rayu Mkn Benarkan Rentas Daerah


Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MUHAMMAD JAILANI Khamis ketika sidang akhbar di pejabat BPP Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAMELAKA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu memberi kelonggaran kepada penduduk di negeri ini merentas daerah bagi memulihkan sektor pelancongan memandangkan ia adalah nadi utama ekonomi Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP), sektor itu terus mengalami pengucupan ekoran terpaksa bergantung kepada sumbangan kecil penduduk di setiap daerah.
Beliau berkata, justeru pihaknya berharap agar MKN dapat mempertimbangkan perkara tersebut, apatah lagi sektor pelancongan merupakan penyumbang besar iaitu kira-kira 48 peratus pendapatan negeri.
“Negeri ini adalah negeri kedua terkecil selepas Perlis dan hanya mempunyai tiga daerah sahaja, jadi kita menghadapi kesukaran untuk memulihkan ekonomi dengan hanya bergantung kepada penduduk di setiap daerah.
“Sehubungan itu, kita berharap pihak MKN dapat memberi kelonggaran kepada penduduk negeri ini untuk merentas daerah bagi ‘menghidupkan’ semula ekonomi negeri menerusi industri pelancongan yang kini dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan dan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar khas di pejabat Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) di sini, hari ini.
Yang turut hadir Pengurus Besar BPP Melaka, Sha’ari Basiron.
Tambah Muhammad Jailani, dengan kelonggaran tersebut, kerajaan negeri juga dapat mengaktifkan semula Kempen Orang Melaka Melawat Melaka (Melakan Visit Melaka) 3.0 yang berpotensi menggalakkan penduduk tempatan melawat lokasi-lokasi pelancongan.
“Saya percaya orang Melaka mampu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan pada PKP lalu Melaka jatuh di tangga ketiga kadar pematuhan SOP tertinggi dengan 98 peratus,” ujarnya.
Beliau turut meminta semua pengusaha pelancongan agar terus memantau dan memastikan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi memastikan tiada lagi sekatan terhadap sektor terbabit pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, kerajaan negeri telah mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan agar pemain industri pelancongan diberi keutamaan sebagai penerima vaksin Covid-19 dalam fasa kedua.
Jelasnya, perkara itu dilihat wajar bagi memulihkan keyakinan para pengunjung ke negeri pelancongan ini, sekali gus merancakkan kembali sektor yang paling terkesan itu. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/melaka-rayu-mkn-benarkan-rentas-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkn Tolak Permohonan Melaka Untuk Rentas Daerah

Mkn Tolak Permohonan Melaka Untuk Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 195 hits
AYER KEROH Kerajaan negeri akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara yang menolak permohonan kelonggaran merentas daerah di Melaka seperti dikemukakan baru baru ini Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pihaknya menerima ke...
Persatuan Hotel Harap Kerajaan Kembali Benarkan Rentas Negeri Daerah

Persatuan Hotel Harap Kerajaan Kembali Benarkan Rentas Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 335 hits
BernamaPersatuan Pemilik Hotel Malaysia berharap kerajaan akan membenarkan hotel menerima tetamu untuk menginap di dalam bilik hotel dan mengadakan mesyuarat Presidennya Teo Chiang Hong berkata industri perhotelan yang kini sedang bergelut ...
Kpdnhep Dan Mkn Bincang Untuk Benarkan Lebih Banyak Sektor Perniagaan Beroperasi

Kpdnhep Dan Mkn Bincang Untuk Benarkan Lebih Banyak Sektor Perniagaan Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 228 hits
PUTRAJAYA Perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ale...
Seberangperai Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta Untuk Rentas Daerah

Seberangperai Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta Untuk Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 200 hits
SEBERANG PERAI Seorang pemandu wanita tergamak menyorokkan anak tirinya di dalam but kereta semata mata untuk melakukan rentas daerah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Lebuh Raya Butterworth Kulim dekat Seberang Jaya di sin
Pkpd Tapi Masih Ada Larangan Rentas Daerah Apa Kata Netizen

Pkpd Tapi Masih Ada Larangan Rentas Daerah Apa Kata Netizen

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 915 hits
PKPD Tapi Masih Ada Larangan Rentas Daerah Apa Kata Netizen Seperti yang kita semua tahu Pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Sepuluh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajay...
Kementerian Kesihatan Cadang Teruskan Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

Kementerian Kesihatan Cadang Teruskan Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 229 hits
Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan Covid 19
Covid 19 Tiada Kluster Rentas Negeri Kkm Jangka 7 Atau 8 Daerah Akan Berstatus Hijau

Covid 19 Tiada Kluster Rentas Negeri Kkm Jangka 7 Atau 8 Daerah Akan Berstatus Hijau

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 253 hits
Hasimi MuhamadMenurut Dr Adham perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas negeri yang dikuat kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 dilaksanakan pada 13 Januari lalu Gambar fail PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menjang...
Kpdnhep Akan Mohon Mkn Benarkan Majlis Perkahwinan

Kpdnhep Akan Mohon Mkn Benarkan Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 147 hits
Oleh OMAR ZIN ROSOL Wahid bersama Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia ketika sesi penyerahan akujanji pematuhan SOP restoran dalam Kempen Norma Baharu COVID 19 d...
Mkn Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi

Mkn Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 292 hits
Sektor industri kreatif kini boleh kembali beroperasi selepas mendapat kebenaran dari Majlis Keselataman Negara Bagaimanapun ia hanya melibatkan enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif Enam aktiviti yang dibenarkan itu adalah produksi a...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults