Kpdnhep Dan Mkn Bincang Untuk Benarkan Lebih Banyak Sektor Perniagaan Beroperasi


 

PUTRAJAYA -- Perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebolehnya mahu semua sektor perniagaan belum dibuka, dibenarkan beroperasi dengan syarat semua pihak bersetuju untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di tahap yang tinggi.
“KPDNHEP sangat prihatin dan mendengar rayuan pelbagai sektor perniagaan yang meminta untuk diberikan kebenaran beroperasi. KPDNHEP memahami keperluan untuk membuka semua sektor perniagaan kerana 'ekonomi satu keperluan', dengan syarat kedua-dua peniaga dan pengguna patuh kepada SOP PKP sepenuhnya, agar penularan wabak COVID dapat dibendung demi kebaikan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi adalah kedai pakaian, kedai barangan sukan, kedai barang rumah dan peralatan dapur dan kedai kosmetik.
Sementara itu, Nanta berkata hasil tinjauan hari ini ke sebuah kilang pengeluaran dan pembungkusan minyak masak sawit di Dengkil, Selangor serta pemeriksaan pegawai penguatkuasa KPDNHEP di seluruh negara termasuk di bandar Muadzam Shah, Rompin baru-baru ini, mendapati bekalan minyak masak pek polibeg satu kilogram (kg) amat mencukupi.
Katanya berdasarkan maklumat dari lapangan, kekurangan di sesebuah premis peruncit hanyalah bersifat sementara, disebabkan kehabisan stok dan peruncit berkenaan sedang menunggu penghantaran baru dari pemborong.

Beliau berkata KPDNHEP telah mendapat mandat dan peruntukan dari kerajaan untuk melaksanakan program bersifat 'people-centric', dan salah satunya ialah menyediakan subsidi minyak masak pek polibeg 1kg pada harga kawalan, untuk meringankan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Katanya tujuan lawatan ke kilang pengeluaran dan pembungkusan minyak masak sawit di Dengkil, adalah untuk meninjau dari dekat bekalan dan proses pengeluaran minyak masak sawit dari ladang ke kilang dan dari kilang ke pemborong dan peruncit, ekoran maklum balas dari pengguna dan netizen yang bekalan minyak masak pek polibeg 1kg berkurangan di pasaran, terutama di peringkat peruncit.
“Sebanyak 60,000 metrik tan sebulan atau 720,000 metrik tan setahun minyak masak bersubsidi diperuntukkan dalam bentuk pek polibeg 1kg. Ini bersamaan dengan 60 juta peket 1kg sebulan atau 720 juta peket 1kg setahun. Jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berjumlah 32.7 juta orang, bermakna 1.8kg sebulan atau 22kg setahun untuk setiap rakyat, termasuk kanak-kanak,” katanya.
Nanta berkata terdapat sebanyak 25 pengilang dan 296 syarikat pembungkus minyak masak di seluruh negara, dan bagi tahun 2020, jumlah pengeluaran minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi adalah sebanyak 1,836,000 metrik tan setahun.
Beliau berkata sebagai langkah sementara, KPDNHEP telah melaksanakan Arahan Penetapan Had Pembelian Minyak masak Pek Polibeg 1kg di peringkat peruncit bermula 19 Jan lalu di mana setiap pengguna hanya dihadkan tiga pek polibeg 1kg untuk setiap pembelian.
Nanta juga menyeru kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi ‘mobile Price Catcher’ untuk mengetahui premis peruncit yang mempunyai bekalan di sesebuah lokaliti, contohnya di bandar Muadzam Shah itu membuktikan ketiadaan di sesebuah premis peruncit bukan bermakna bekalan terputus, malah bekalan masih ada di lebih dari tiga premis peruncit di bandar tersebut. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/kpdnhep-mkn-bincang-benarkan-lebih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkn Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi

Mkn Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 301 hits
Sektor industri kreatif kini boleh kembali beroperasi selepas mendapat kebenaran dari Majlis Keselataman Negara Bagaimanapun ia hanya melibatkan enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif Enam aktiviti yang dibenarkan itu adalah produksi a...
Lanjutan Pkp Akan Bunuh Lebih Banyak Perniagaan

Lanjutan Pkp Akan Bunuh Lebih Banyak Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 291 hits
Gabungan lebih 40 persatuan perniagaan dan profesional menyuarakan kekesalan dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi Dalam satu kenyataan bersama ini gabungan bernama Industries Unite itu ber...
Kpdnhep Gesa Mkn Benarkan Aktiviti Penjualan Makanan Dilanjutkan Sehingga Jam 12 Tengah Malam

Kpdnhep Gesa Mkn Benarkan Aktiviti Penjualan Makanan Dilanjutkan Sehingga Jam 12 Tengah Malam

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 223 hits
KPDNHEP gesa MKN benarkan aktiviti penjualan makanan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malamKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berharap Majlis Keselamatan Negara akan memberi kelonggaran bagi aktiviti penjualan mak...
Kpdnhep Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang Tempoh Pkp

Kpdnhep Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 191 hits
KUALA BERANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti dine in atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Timbalan M...
Ahli Lebih 50 000 Bersatu Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Kedah

Ahli Lebih 50 000 Bersatu Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 281 hits
by on 1 30 2021 10 06 00 AmALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kedah berhasrat kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pada masa sama Ketua Badan Pimpinan Be...
Terima Kasih Kerajaan Buka Keseluruhan Sektor Perniagaan Peruncitan

Terima Kasih Kerajaan Buka Keseluruhan Sektor Perniagaan Peruncitan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 316 hits
Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil Sektor sektor tersebut adalah o Kedai pakaian fesyen dan aksesorio Kedai Kasuto K...
Apa Dah Jadi Kata Pkp Tapi Banyak Sektor Dibuka Kes Pula Masih Tinggi

Apa Dah Jadi Kata Pkp Tapi Banyak Sektor Dibuka Kes Pula Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 376 hits
Patutnya tutup sektor perkilangan kerana punca kes melonjak BANGI Rata rata pengguna media sosial keliru dengan pelaksanaan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan yang umumkan kerajaan memandangkan kes jangkitan COVID 19 kini...
Sony Menjual Lebih Banyak Ps5 Berbanding Telefon Pintar Sepanjang 2020

Sony Menjual Lebih Banyak Ps5 Berbanding Telefon Pintar Sepanjang 2020

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 269 hits
Sony bukan lagi pengeluar telefon pintar terbesar dunia Tahun lalu mereka hanya mengeluar tiga telefon pintar iaitu Xperia 1 II Xperia 5 II dan Xperia 10 II Mereka telah menerbitkan laporan kewangan untuk suku keempat 2020 dan nampanya sepa...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach