Mekanisme Selesai Pertikaian Pengguna Syarikat Automotif Antara Kajian Lemon Law


 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata pendekatan itu dapat mengurangkan kos dan tempoh penyelesaian sebagai alternatif kepada proses mahkamah dan tatacara perundangan lain. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan skim ombudsman khas untuk industri automotif sebagai suatu mekanisme bagi menyelesaikan pertikaian di antara pengguna dan syarikat kenderaan akan dijadikan antara agenda dalam kajian pewujudan perundangan berkaitan Lemon Law.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata elemen penyelesaian pertikaian alternatif yang merupakan antara ciri utama dalam skim ombudsman sedang dirintis kementerian sebagai kaedah penambahbaikan serta-merta dan langkah interim.
“Ini dilaksanakan melalui penubuhan pasukan rundingan khas berkaitan aduan kenderaan bermotor di kementerian sebagai pemudah cara bagi aduan pengguna berkaitan kenderaan bermotor di Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024.
“Kaedah yang digunakan adalah rundingan tiga pihak antara kementerian, pembeli kereta (pengguna) dan pengedar atau pengilang. Melalui platform rundingan khas ini, disasarkan akan dapat mencari solusi yang adil dan seimbang untuk semua pihak,” katanya dalam sesi kamar khas di Parlimen.
Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai cadangan penubuhan ombudsman di Malaysia supaya pelaksanaan Lemon Law menjadi lebih holistik dan berkesan.
Armizan berkata pendekatan itu sekali gus dapat mengurangkan kos dan tempoh penyelesaian sebagai alternatif kepada proses mahkamah dan tatacara perundangan lain.
“Dalam temu bual mendalam bersama pihak industri automotif, kita akan mendapatkan maklum balas industri terhadap ketersediaan mereka untuk terlibat dalam skim ombudsman khas tersebut,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kementerian juga sedia maklum isu dan kes terkait hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan dibekalkan gagal mematuhi gerenti yang juga menyentuh beberapa perundangan lain.
“Ini termasuk beberapa akta dan peraturan merentasi kementerian dan agensi di Malaysia seperti Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967. Atas sebab itu, kajian yang sedang dilaksanakan kementerian bersama kumpulan perunding ini juga akan melihat aspek ini merentasi semua kerangka perundangan,” katanya.
Beliau berkata kajian pewujudan perundangan berkaitan Lemon Law yang bermula Jun lepas dijangka selesai hujung September ini di mana hasilnya akan dijadikan asas pertimbangan bagi menetapkan keputusan dasar di peringkat kementerian dalam menentukan hala tuju kerangka perundangan yang komprehensif dan kondusif dengan tuntutan semasa.
“Ini termasuk sama ada kita perlu menambah baik perundangan sedia ada iaitu Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau mewujudkan perundangan baharu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/mekanisme-selesai-pertikaian-pengguna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertikaian Harta Rm2 Bilion Milik Jamaludin Jarjis Selesai Secara Baik Selepas 6 Tahun

Pertikaian Harta Rm2 Bilion Milik Jamaludin Jarjis Selesai Secara Baik Selepas 6 Tahun

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Kes tuntutan harta berjumlah lebih RM2 bilion yang dikemukakan oleh balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya sejak enam tahun lalu berakhir hari ini Dalam prosiding ...
Kajian Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia

Kajian Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 189 hits
Kajian oleh The Global Economy merumuskan bahawa kualiti jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia Kajian yang bersumberkan data dari World Economic Forum menunjukkan negara kita memperoleh skor agrerat 5 3 meletakkan Mal...
Antara Terbaik Pernah Diperkenal Sspa Bakal Diumumkan Pm

Antara Terbaik Pernah Diperkenal Sspa Bakal Diumumkan Pm

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 101 hits
BANGI Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan diumumkan nanti adalah antara yang terbaik yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan Perdana Menteri berkata kenaikan gaji kakitangan awam lebih 13 peratu...
Isu Lompat Parti Perbezaan Di Antara Moral Compass Dan Undang Undang

Isu Lompat Parti Perbezaan Di Antara Moral Compass Dan Undang Undang

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 166 hits
Isu lompat parti perbezaan di antara moral compass dan undang undang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be aktvA4IV7XQ src in org https www youtube com embed aktvA4IV7XQ wmode transparent rel 0 feature oembed src in mo...
Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 138 hits
MELAKA Seorang ibu tiga anak dan dua rakan sekerja kakitangan pihak berkuasa tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat pengiklanan sejak dua tahun lalu Kesemua tertuduh Suh...
Antara Bengong Bodoh Bahlul

Antara Bengong Bodoh Bahlul

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 124 hits
Apakah ramai yang tersalah tembak apabila Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Rafizi Ramli dipersalahkan dalam kekalahan calon kerajaan perpaduan pada PRK Sungai Bakap Sabtu lalu Tidak hanya daripada penganalisis politik malah ia turut me...
Antara Kempen Pn Di Sg Bakap Ialah Ph Menang Ron95 Akan Naik Harga

Antara Kempen Pn Di Sg Bakap Ialah Ph Menang Ron95 Akan Naik Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 172 hits
Mohd FairulPenyasaran subsidi bukanlah rahsia Sebuah kerajaan yang baik dan bertanggungjawab kepada status kewangan negara pasti akan melakukan penyasaran semula subsidi ini PH menang atau kalah di Sg Bakap Penyasaran subsidi Ron95 akan tet...
Di Antara Laporan Audit Dan Pendakwaan Di Mahkamah

Di Antara Laporan Audit Dan Pendakwaan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 178 hits
Nim HasyudeenApabila laporan laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimen satu negara biasanya kecoh Ini adalah kerana dapatan yang dilaporkan itu membolehkan rakyat tahu bagaimana wang rakyat digunakan dengan kaedah yang tidak berhe...
Antara Kunci Kejayaan Pas Sekarang 5 Media Sosial Utama

Antara Kunci Kejayaan Pas Sekarang 5 Media Sosial Utama

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 127 hits
Zuwairi Md YusofAntara kunci kejayaan PAS Sekarang 5 media sosial utama Tiktok Telegram Whatsup Facebook Twitter mereka sudah tawan Naratif mereka pegang Jika 2024 ini ada lagi yang kata sosial media itu tak sepenting kerja di lapangan elok...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur