






Penggemar Nasi Ambeng, anda tentunya puas hati apabila dapat menyediakan sendiri Nasi Ambeng mengikut citarasa. Dengan nasi putih yang disediakan, pilih lauk yang digemari untuk diletakkan ke dalam pinggan nasi seperti Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng, Kacang Panjang Goreng, Serunding, Telur Itik Masin, Ikan Kering dan Nasi Ambeng pastinya tidak lengkap tanpa Mee Goreng Bodoh
Tidak cukup Johor kalau tiada Asam Pedas, maka anda boleh menikmati sahaja nasi putih bersama Asam Pedas Johor. Pilih ikan yang anda gemari untuk dimasak asam pedas secara langsung di hadapan anda. Jangan lupa minta tambahkan bendi, terung dan tomato bagi menambah 'kick' dalam asam pedas kegemaran anda


Kawankan asam pedas dan nasi putih bersama pelbagai jenis keropok, kerabu, ulam dan sambal seperti kerabu kacang panjang dan kacang botor, sambal belacan dan sambal kicap atau sambal godok serta ikan kering dan ikan masin

Bagi yang suka meratah kerabu tanpa nasi, anda pasti sukakan Kerabu Maggi, Kerabu Taugeh atau sepiring coleslaw untuk anak kecil yang tidak gemarkan sayur
Berinspirasi dari masakan Kari Kambing dan nasi berperisa yang dekat di hati warga Johor, anda pasti tertawan dengan keenakan Gulai Kari Kambing yang dimakan bersama nasi berperisa dengan rempah khas
Atau apa kata anda menghirup semangkuk sup campur dengan potongan roti yang disediakan secara langsung di hadapan tetamu sambil menikmati sate daging dan ayam yang baru dibakar
Johor juga terkenal dengan aneka jenis hidangan mee seperti Mee Bandung dan Mee Rebus termasuklah juga Mee Soto dan Laksa Johor dan kesemua ini akan dihidangkan secara langsung di Mee Gerobok Corner
Begitu juga dengan makanan Street Food seperti Carrot Cake Stir Fried yang juga disediakan mengikut permintaan anda



Aneka pencuci mulut seperti jeli, puding, kek dan kuih melayu tradisi serta pengat turut disediakan termasuklah buah-buahan dan jangan lupa basahkan tekak anda dengan teh dan kopi tarik
The 'Meh Makan' Johor Food Buffet PromotionHarga : RM38 bersih dewasa dan RM19 bersih kanak-kanakDapatkan satu makan percuma (dewasa) dengan pembelian 5 orang dewasa (5 + 1)
The 'Meh Makan' Johor Food Buffet hanya ditawarkan pada :
Tempat letak kereta percuma|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |