Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Serious Sedap




Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee goreng basah cara saya. Saya memang penggemar mee goreng. Kalau mee, saya kurang gemar mee lain, hanya mee goreng juga yang kena dengan selera. Setiap orang menpunyai cara menyediakan mee yang mungkinn berbeza walaupun bahan lebih kurang sama.
Saya pula bila memasak, memang berjimat walaupun untuk makan sendiri. Saya tidak berlebihan meletak udang yang mahal mahal. Seadanya sahaja yang penting sedap. 
Tapi sebelum kita masuk bab resipi, meh kita kongsikan dulu, bab resipi dan makanan minda iaitu perkongsian ilmu. Semoga bermanafaat dan kita semua mendapat pahala yang dijanjikan. 
Perkongsian ilmu oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan tanda seseorang dekat dengan kematian. Orang bijak akan melihat tanda tanda ini. Analogi seperti orang bermain saham yang akan membeli saham bila tanda tanda harga saham akan naik. Bukan beli setelah harga saham naik. Tapi sebelum. lagi dengan melihat tanda tandanya.

Tanda tandanya ialah bila mana kita tidur makin banyak. Jadi orang yang bijak akan banyak berzikir untuk masa ketika tidur yang banyak adalah merugikan umur kita. Sampai masa memang kita akan tidur samada di hospital. Itu tandanya. Tidur lama lain macam kejap kejap rasa mengantuk lain macam. Tanda ini supaya kita tak persiakan masa yang ada. Cepat cepat guna masa yang ada untuk beramal soleh. 
Kedua, bila mana kita mula hilang selera makan. Kalau orang yang bijak, ketika ini mereka akan banyak melakukan puasa sunat untuk beroleh pahala. Kalau dah tak ada selera, elok lah puasa untuk kejar usia kita. Kena ada amalan khas untuk cover. Jangan sia siakan tanda. 
Ketiga, bila mana kita mula mula tidak mahu bermasyarakat dengan orang. Mula kita rasa nak menyendiri, nak seorang diri. Itu sebab orang mati, akan disedari oleh keluarganya sikapnya yang suka mendiamkan diri dari biasa hanya selepas mereka mati. Binatang pun bila nak mati, akan cari tempat tersorok untuk mati. Itu fitrah setiap makhluk Allah. Bila rasa nak menyepi, gunakan masa untuk beribadah seperti mengaji. Dah tak nak buat perkara kebiasaan yang dia suka buat dulu. Kita ada perasaan bahawa aura kematian terlalu kuat. Sehingga bertahun sebelum mati, dah datang auranya. Ini yang dikatakan buang tabiat bila dia akan buat sesuatu yang dia tak biasa buat. Covid juga ada tanda tanda, bukan terus ada covid. Allah juga hadirkan tanda kematian kepada makhluk. 
Keempat, mula berlaku perubahan kepada penghadaman kita. Selain kurang selera makan sikit tapi penghadaman kita juga berubah. Bila makan jer, kita cepat untuk membuang air besar. Mudah mengalami masalah buang air seperti sakit perut. Ini bermakna rezeki sudah sempurna. Seorang tidak akan dimati sehingga disempurnakan rezekinya. Bila makan perut dah tak boleh proses, seolah tak ada benda yang boleh dimakan. 
Kelima, badan kita makin kurang panasnya. Kita tidak lagi tahan berada di tempat sejuk atau di dalam aircond seperti. dulu dulu. Fizikal kita mula pucat, darah berkurangan dan badan mulai sejuk. Tahap kepanasan fizikal menurun. Bukan bila ada tanda, akan terus mati. Allah buat tanda untuk semua benda. Nak rasa sakit pun, ada tanda. Nak tsunami pun ada tanda cuma orang tak ambil berat pada tanda. Kita tengok tanda pada diri kita. 
Akhir sekali, badan kita mulai rasa lemah. Kalau dulu, buat kerja lebih sikit, tak menjadi masalah tapi sekarang selepas melakukan aktiviti sedikit pun, telah terasa penat dan letih. Saraf dan badan dah lemah. Semua tanda ini untuk kita melihat tempat tuju kita sebenarnya adalah akhirat. Tempat tinggal kita yang sebenarnya adalah akhirat. 
Haa dari tanda tanda di atas, berapa tanda yang telah ada pada kita? Semoga kita memperbanyakkan amal ibadah untuk persiapan kita menghadapi hari kematian. Peringatan dari kuliah Tokku Pasir Gudang ini sangat bagus kerana ianya dibahaskan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami. 
Sebelum kita melihat resipi, jangan lupa untuk melihat video penuh penyediaan mee goreng basah yang sangat sedap ini di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. 
Saya memang penggemar mee goreng dan agak cerewet kerana banyak mee goreng yang saya pesan atau makan di restoran tidak menepati selera saya. 
Jom jangan lupa untuk subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan klik follow blog saya. Selamat mencuba. Rugi kalau tak mencubanya tau ... 

Mee Goreng Basah Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 pek mee¼ cawan minyak masak1-2 sudu besar cili kisar2-3 sudu besar sos cili1sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tomatoKicap lemak manis2 biji telur5-6 ekor udang2 keping fish cakeSawiTaugeh
Bahan tumbuk:2-3 biji bawang merah3 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahantumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Jika perlu, masukkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan masak sebati.
Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan fish cake dan batang sawi. Jika perlu masukkan sedikit air lagi.
Masukkan mee dan daun sawi. Kacau rata. Masukkan kicap dan sos cili jika perlu. Kacau rata.
Ketepikan sedikit mee dan pecahkan telur. Biarkan sehingga telur separuh masak, baru dikacau rata dengan mee.
Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau rata. Sedia untuk ditutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/08/mee-goreng-basah-azie-kitchen-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Goreng Ala Thai Yang Sedap

Daging Goreng Ala Thai Yang Sedap

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 328 hits
Hai semua tahu tak resepi daging ni memang ada banyak tapi tak termasak semuanya kan Tapi nak share satu resepi daging yang sangat sedap dan mudah dibuat Kalau korang tahu dan biasa makan Daging Bakar Danok atau Daging Bakar Ala Thai resepi...
Masak Nasi Goreng Daging Sedap Guna Resipi Ni Memang Padu

Masak Nasi Goreng Daging Sedap Guna Resipi Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 233 hits
Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging Cukup rasa dan sangat membuka selera Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi makan tengahari mahupun makan malam Ada pelbagai versi nasi goreng...
Cuba Nasi Goreng Udang Style Ini Pula Serius Sedap Apalagi Kalau Ada Yang Tolong Masakkan

Cuba Nasi Goreng Udang Style Ini Pula Serius Sedap Apalagi Kalau Ada Yang Tolong Masakkan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 199 hits
Nasi goreng memang merupakan menu favourite ramai orang kerana simple dan mudah dibuat campak campak pun jadi Dalam banyak banyak jenis nasi goreng apa kata cuba nasi goreng Udang telur ni serius nampak mengiurkan daripada step by step foto...
4 Petua Nak Buat Sambal Belacan Yang Sedap Giler Korang Mesti Belum Tau Kan

4 Petua Nak Buat Sambal Belacan Yang Sedap Giler Korang Mesti Belum Tau Kan

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum semua Hai hai hai Selamat tengah hari Cikla agak kebanyakan orang mesti suka makan sambal belacan kan Lagi lagi kalau cicah dengan ulam ulaman Perghhh membuka selera terus Silap silap berpinggan pinggan nasi habis Hihi Namun...
Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 284 hits
Kek Oren antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah Cepat siap dan mudah untuk disediakan inilah resipi yang dikong...
Sedap Ke Kunafa

Sedap Ke Kunafa

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 185 hits
Viral sungguh kunafa sejak kebelakangan ni kan Hat yang viral nun di area Bukit Bintang sana kan main beratur panjang orang ramai nak mencubanya Adik dan adik ipar kak ana dari Manjung baru baru ni kebetulan ada urusan kerja dan depa stay d...
Donat Susu Lagi Sedap Lembut Gebu Kisar 2 Bahan Ni Saja Berebut Anak Makan

Donat Susu Lagi Sedap Lembut Gebu Kisar 2 Bahan Ni Saja Berebut Anak Makan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 200 hits
Anak kecil mana yang tidak suka donat Paling sedap dan manis Tambah lagi kesedapan dan khasiat dengan salutan susu Nak buat macam mana Perkongsian resipi donat ringkas tapi sedap oleh ini lain dari yang lain Makin sedap bila ditambah susu J...
Tom Yum Goong Yang Sangat Sedap Tak Boleh Blah

Tom Yum Goong Yang Sangat Sedap Tak Boleh Blah

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum wbtSETELAH beberapa bulan kita melalui Fasa Peralihan Endemik bermulalah episod Sayang Bini Tinggal Tinggalkan Minggu ini Pak Inche bertugas ke luar kawasan lagi Kalau minggu lepas Pak Inche diarahkan ke Negeri Che Siti Wan ...
Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

Resipi Mashed Potato Ala Kfc Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 180 hits
Mashed potato atau kentang putar ni memang sedap dimakan panas panas kan Rasanya yang lembut dan berlemak memang nikmat Jika dulu mashed potato KFC yang popular nah sekarang boleh saja buat sendiri di rumah Mudah sangat Resipi yang dikongsi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya