Media Kini Berjuang Untuk Bernafas


Faisal Asyraf  
   
Organisasi media berjuang untuk 'terus bernafas' susulan perubahan trend penggunaan media dan pada masa sama penglibatan gergasi teknologi antarabangsa.

Ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan, pengurus besar Karangkraf Ahmad Nazri, editor Astro Awani Melisa Idris dan editor Star Online A Asohan berkongsi pandangan mereka di forum "Who's Killing Malaysian Media?" anjuran Malaysian Institute for Debate and Public Speaking di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Menurut Melisa, landskap media sudah berubah dan kini perlu menyesuaikan diri dengan kitaran berita 24 jam dan pada masa sama berdepan dengan media sosial.

"Ini bermakna penyebaran berita sepanjang 24 jam. Pada masa sama berlaku kebangkitan media sosial di mana semua orang ada pandangan sendiri...Perkara kecil menjadi berita utama (tetapi) wartawan dibataskan dengan kekangan masa," katanya.

Menyatakan sentimen yang sama, Asohan berkata, "kita perlu dapatkan berita dengan cepat. Tetapi sebaik saja kita dapat mengesahkan maklumat tertentu, khabar angin telah tersebar di media sosial dan ia mungkin tak tepat."

Beliau juga menekankan kepentingan untuk membaca keseluruhan berita berbanding membaca beberapa maklumat terutama di media sosial.

Mengulas keadaan kewangan dalam industri media, Gan berkata gergasi teknologi seperti Facebook dan Google memberi kesan kepada perniagaan media atas talian.

"Organisasi media tidak mampu bersaing dengan syarikat ini. Mereka tahu sasaran mereka, dan pergi ke pemilik perniagaan dan berkata: 'Kami boleh memberikan anda golongan yang kemungkinan besar akan membeli produk anda'.

"Dalam hal ini organisasi media seperti kami tidak mampu bersaing (untuk mendapat pengiklan)," katanya lagi.

Nazri pula membuat kesimpulan bahawa media bercetak 'sudah mati' kerana "tiada jalan lagi untuk membuat keuntungan".

"Dalam masa lima hingga sepuluh tahun, kita tak akan lihat lagi akhbar dan majalah bercetak," katanya.

Katanya lagi, organisasi media perlu memikirkan jalan untuk menggunakan platform atas talian untuk membuat keuntungan dan faktor utama ialah mengetahu golongan sasaran.

Setakat ini, menurut Nazri, proses itu tidak sepenuhnya berjaya.

"Kami perlu melabur dalam teknologi tertentu untuk mendapatkan data. Kami perlu guna pelbagai program untuk belajar tentang audiens kami. Tetapi ia tak sepenuhnya berjaya... Kami banyak melabur dalam teknologi tetapi pulangan pelaburan tidak ada," katanya lagi.

Melissa berkata pengguna media perlu menukar cara pandangan mereka daripada mendapatkan berita secara percuma kepada melanggan.

"Kita sudah terbiasa mendapat berita percuma di internet. Jadi bila dikenakan bayaran, kita akan tanya 'mengapa saya perlu bayar?'.

"Jika anda boleh bayar untuk streaming muzik dan filem, mengapa tidak melanggan untuk berita?" soalnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/media-kini-berjuang-untuk-bernafas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Android

Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Android

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 276 hits
Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang dibangunkan oleh bekas pembangun Opera ia menyertakan sejumlah ciri ciri seumpama pelayar web Opera dan telah ditawarkan untuk desktop sebelum ini Terbaru selain hanya untuk desktop pihak pemban...
Asyik Kini Ada Ruang Baca Buku Di Semua Stasiun Mrt Jakarta

Asyik Kini Ada Ruang Baca Buku Di Semua Stasiun Mrt Jakarta

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 272 hits
Nantinya buku akan dipinjamkan dari stasiun pertama yang penumpang naiki dan akan dikembalikan di stasiun tujuan Buku juga disediakan di dalam tap area sehingga hanya penumpang yang sudah melakukan tap saja yang bisa mengakses buku tersebut
Tm Kini Menawarkan Pelan Unifi 30mbps Tanpa Had Kuota Pada Harga Rm89 Sebulan

Tm Kini Menawarkan Pelan Unifi 30mbps Tanpa Had Kuota Pada Harga Rm89 Sebulan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 491 hits
Telekom Malaysia sebelum ini telah menawarkan pelan Unifi 30Mbps yang hadir dengan kuota 60GB sebulan pada harga RM79 sebulan Kini selain daripada penawaran berkenaan TM turut telah menambah satu lagi pelan baru yang menawarkan kelajuan int...
Ahli Politik Tak Termasuk Senarai Tommy Thomas Kini Tan Sri

Ahli Politik Tak Termasuk Senarai Tommy Thomas Kini Tan Sri

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 590 hits
Sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baginda perkenan untuk menganugerahkan kepada 795 individu Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 Daripada jumlah itu 42 individu akan mener...
Yamaha Ysuku Kini Dalam Pemerhatian Polis

Yamaha Ysuku Kini Dalam Pemerhatian Polis

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 799 hits
Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis Assalamualaikum dan salam sejahtera Fuh lain macam la tajuk kita hari ini Saja lah kita nak menulis pasal motosikal yang dikatakan paling laris sekarang ni Sana sini orang bercerita pasal Ysuku ini ...
Spotify Kini Menyokong Perkongsian Muzik Ke Snapchat

Spotify Kini Menyokong Perkongsian Muzik Ke Snapchat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 233 hits
Mendengar muzik kini adalah aktiviti yang dikongsi ke laman media sosial Muzik yang terkini dikongsi dengan rakan bagi menunjukkan anda mempunyai seleksi muzik yang selari dengan trend semasa Spotify hari ini mengumumkan sokongan perkongsia...
Aeril Zafrel Wawa Zainal Bersyukur Kini Bergelar Jutawan

Aeril Zafrel Wawa Zainal Bersyukur Kini Bergelar Jutawan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 501 hits
Tahniah buat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sudah bergelar jutawan dalam bidang perniagaan Terbaru Wawa meluahkan rasa syukur apabila The post appeared first on
Pocophone F1 Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm959

Pocophone F1 Kini Boleh Didapati Pada Harga Rm959

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 401 hits
Bersempena dengan 9 9 pelbagai peranti ditawarkan pada harga diskaun Salah satu peranti yang turut ditawarkan dengan harga diskaun adalah telefon pintar keluaran Xiaomi iaitu Pocophone F1 Pocophone F1 hadir dengan spesifikasi tinggi termasu...
Bola Panas Revisi Uu Kpk Kini Di Tangan Jokowi

Bola Panas Revisi Uu Kpk Kini Di Tangan Jokowi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 308 hits
ICW melihat ada dua masalah yang telah dilemparkan Jokowi ke DPR Pertama adalah seleksi calon pimpinan KPK dan revisi UU KPK Dua hal tersebut banjir kritikan
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies