Media Jangan Caci Hina Pembangkang Kata Pm


 
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal media tidak mencaci dan menghina pembangkang atau pihak berbeza aliran dengan kerajaan.
Perdana menteri berkata, beliau tidak mahu melihat apa dialami parti pembangkang suatu ketika dulu berlanjutan dan mahu amalan sedemikian dihentikan.
“Yang tidak bersama kita (kerajaan), pembangkang akan dicaci dan dihina. Saya tidak mahu ini diteruskan. Kita harus berdiri tegak dalam merakam peristiwa, menilai, dan mempertahankan prinsip serta nilai akhlak itu.
Ads by Kiosked“Rakan yang tidak bersama kita memilih untuk menentukan itu, maka mereka harus diberi hak bersuara tanpa harus dicela dan dihina seperti kami alami dahulu. Ini soal nilai,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh.
Anwar berkata, pandangan disuarakannya diharap dibincangkan.
“Saya harap pandangan ini dapat saudara wacanakan dan bincang. Apa yang paling utama bagi saya adalah kesedaran. Kalau kita memupuk budaya baharu dalam dunia kewartawanan, saudara harus berasa bebas dan percayakan media,” katanya.
Katanya, timbul kebimbangan dalam sudut pelaporan cenderung mengganggu- gugat keselamatan negara.
“Gedung-gedung utama menguasai media harus diberi sedikit ruang di era baharu. Yang hanya kita gusarkan adalah kecenderungan untuk memporak-perandakan dari sudut keselamatan negara.
Ads by Kiosked“Kita menghadapi suasana yang mana usaha memekarkan sikap dan meninggalkan fahaman dangkal kaum dengan percubaan memerangkap anak-anak muda dalam pemikiran terlalu jumud, buntu dengan permasalahan kaum yang cetek serta fahaman dangkal,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/media-jangan-caci-hina-pembangkang-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Perlukan Media Bebas Dan Berani Kata Fahmi

Malaysia Perlukan Media Bebas Dan Berani Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 220 hits
MALAYSIA bukan sahaja memerlukan media yang benar benar bebas tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil Beliau berkata media sedemikia...
Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 257 hits
RANG Undang Undang Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat lewatnya Mac tahun hadapan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ketika ini kementeriannya sedang dalam fasa terakhir bagi menyiapkan draf...
Kerajaan Komited Permudahkan Aktiviti Perniagaan Sokong Pelaburan Domestik Kata Pm

Kerajaan Komited Permudahkan Aktiviti Perniagaan Sokong Pelaburan Domestik Kata Pm

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 197 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik Selain itu katanya kabinet juga menumpu ...
Himpunan Kata Kata Binatang

Himpunan Kata Kata Binatang

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 221 hits
MMSSaya bersolidariti dengan Un dalam kes ini macam mana nak faham minda bercelaru kalau lingua franca yang digunakan semua dalam balagrah al hayawan Mungkin yang faham hanyalah anak anak seluang bukan untuk orang kebanyakan
Ha Ha Ha Dah Cukup Jomlah Tawaran Sertai Kerajaan Dibuat Selepas Pru15 Kata Hadi

Ha Ha Ha Dah Cukup Jomlah Tawaran Sertai Kerajaan Dibuat Selepas Pru15 Kata Hadi

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 274 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan tawaran kepada partinya untuk menyertai kerajaan perpaduan dibuat selepas berakhirnya PRU15 Ahli Parlimen Marang itu berkata tiada tawaran yang dibuat selepas itu selepas P...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanda Tanda Seorang Lelaki Tidak Lagi Menyayangi Isterinya

Gegar Vaganza 2025

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Dengan Bidara

Printing Kotak Packaging Lipmatte Custom Tambah Nilai Premium Pada Produk Anda

Apam Eno

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global